Sunday, November 1, 2009
Tak 'Perform'...Boleh Blah La...
Ahli Parlimen Gading, Datuk Mohammad Aziz semalam membuat satu kenyataan yang mengguris hati mungkin kepada kebanyakkan ahli-ahli Parti Gerakan yang lain apabila menyarankan Tan Sri Koh Tsu Koon, Presiden Parti Gerakan berundur dari kabinet kerana tidak mendapat sokongan rakyat. Maka melentinglah mereka terutamanya Pemuda Gerakan, berdemolah mereka menggesa Majlis Tertinggi Barisan Nasional mengambil tindakan tegas keatas Datuk Mohamad kerana tidak memikirkan kesan keatas parti komponen yang lain apabila membuat sebarang kenyataan melibatkan parti komponen yang lain dalam BN. Lebih-lebih lagi jika ianya mengganggu gugat kestabilan politik parti lain.
Gesaan mereka agar atuk Mohamad dikenakan tindakan disiplin menggambarkan betapa ceteknya pemikiran ahli-ahli politik kita selama ini. Beginilah keadaannya jika majoriti ahli politik kita lebih kepada untuk menjaga hati dan perasaan pemimpin daripada menilai prestasi mereka. Sanggup menjadi hipokrit demi menjaga periuk nasi mereka sendiri dan berpuak-puak untuk mencapai agenda tertentu mereka sendiri.
Seharusnya, bukan hanya Tan Sri Koh Tsu Koon, malah seluruh ahli politik kita hendaklah menilai prestasi diri sendiri dan berarak memperbaiki kelemahan masing-masing. Tetapi, akibat ingin memastikan kuasa terus menerus ditangan, keadaan sebaliknya berlaku. Pemimpin sekarang ini menilai strategi manakah yang harus diambil untuk menjaga jawatan yang ada. Percaturan politik sendiri lebih diutamakan berbanding dengan masa depan rakyat dan pengundi-pengundi mereka. Oleh kerana itulah kita melihat ada pemimpin Parti Komponen BN yang tewas pada pilihanraya umum yang lalu masih ditampuk jawatan Presiden parti masing-masing biarpun majoriti rakyat menolak mereka antaranya Koh Tsu Koon , Samy Vellu dan juga Kayveas.
Mangapakah harus dipertahankan jawatan mereka yang dipilih cuma oleh segelintir ahli parti mereka ? Adakah sebagai Presiden Parti Komponen ianya bermakna tiket secara automatik untuk menerajui mana-mana portfolio dalam kerajaan menjadi hak mereka? Sedarlah wahai pemimpin-pemimpin yang telah ditolak rakyat, kamu seharusnya berusaha untuk berkhidmat kepada rakyat dan bukannya bertindak untuk meneruskan kesinambungan jawatan kamu.
Begitulah juga diharapkan kepada seluruh kepimpinan dan YB Pakatan Rakyat sekarang ini. Mungkin PRU 12 yang lalu menyaksikan segelintir pemimpin dilantik menerusi pemilihan yang longgar ataupun lebih kepada 'tangkap muat', namun diharap pemimpin atasan memantau prestasi mereka dengan lebih teliti agar diterima rakyat secara keseluruhan. Rakyat dimasa ini sedang memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membuktikan kemampuan mereka menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dan tidak akan berpaling lagi jika Pakatan Rakyat gagal menjalankan tugas mereka dengan baik. PRU 13 akan menetukan samada gelombang PRU 12 akan terus memihak kepada Pakatan Rakyat ataupun rakyat berubah kembali kepada BN kerana prestasi hambar Pemimpin Pakatan Rakyat yang seolah-olah mengalami krisis dalaman yang semakin memualkan rakyat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment