Thursday, November 5, 2009

Kelantan = Terengganu


Bermula tahun hadapan 2010, besar kemungkinan Negeri Kelantan akan dapat menganjurkan satu lagi sukan laut bertaraf antarabangsa setanding dengan Monsoon Cup di Kuala Terengganu. Dan mungkin juga akhirnya Kelantan akan mempunyai stadium permainan gasing mahupun untuk pertandingan mencanting batik yang juga bertaraf antarabangsa. Ataupun ... mungkin juga Kelantan akan boleh menganjurkan pelbagai aktiviti-aktiviti yang bertaraf lima bintang mulai tahun hadapan.

Rakyat Kelantan akan mengecapi semua ini disebabkan oleh persetujuan kerajaan pusat menyalurkan 'Wang Ehsan' terus kepada rakyat Kelantan. Kerajaan Persekutuan pada dasarnya bersetuju menyalurkan wang hasil royalti minyak di persisiran pantai negeri dan akan memastikan wang tersebut diagihkan terus kepada rakyat melalui perancangan pembangunan.

Kalau dibiarkan perkara ini berlaku, Kelantan mungkin akan menjadi seperti Terengganu dimana hanya kerajaan negeri sahaja yang bermegah-megah dengan infrastruktur bertaraf lima bintang sedangkan rakyat terus dibelenggu kemiskinan. Terengganu mengecapi 'Wang Ehsan' berbillion ringgit yang disalurkan terus kepada satu dana pembangunan yang diseliakan oleh Umno sebelum ini mengakibatkan terbinanya pelbagai mercu tanda yang tidak berfaedah langsung kepada rakyat. Setiap tahun kerajaan Terengganu tidak pernah gagal menghabiskan RM 300 Juta untuk menganjurkan satu perlumbaan bot yang tidak berfaedah iaitu 'Monsoon Cup'. Dengan 'Wang Ehsan' jugalah antaranya terbinanya masjid kristal, stadium sukan yang runtuh baru-baru ini dan juga Taman Tamaddun Islam. Semua mercu tanda yang disenaraikan ini lebih menguntungkan kroni - kroni yang terlibat secara langsung untuk menjayakannya sahaja, sedangkan rakyat negeri Terengganu terus menerus diselubungi kemiskinan hinggakan mereka tersenarai sebagai negeri termiskin di Malaysia.

Secara ringkasnya, jika kerajaan pusat terus berpegang kepada perinsip mengkayakan kroni mahupun segelintir rakyat yang mesra kerajaan pusat dengan 'Wang Ehsan' mereka, tidak mmustahil Kelantan juga akan berakhir seperti negeri Terengganu. Rakyat Kelantan akan dilanda kemiskinan sambil melihat pembangunan yang tidak memberi faedah kepada mereka terus menerus dibina oleh kerajaan pusat.

Yang pastinya , pemimipin-pemimpin Umno tersenyum lebar dengan langkah ini kerana merekalah yang akan menentukan siapa yang akan mendapat tender-tender kerajaan pusat melalui 'Wang Ehsan' ini. Dan mereka jugalah yang akan mendabik dada selepas ini bermegah dengan 'Wang Ehsan' seperti duit bapak mereka yang punya.

No comments: