Tuesday, November 3, 2009

Pi Mai Pi Mai ..Kroni Juga Yang Terlibat...


Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2009, membongkarkan perihal lebihan kos Projek Keretapi Berkembar dari Rawang ke Ipoh sebanyak RM 1.43 Billion. Jelas sekali lagi wang rakyat akan digunakan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab dengan sewenang-wenangnya sekali lagi. Belum pun reda dengan skandal PKFZ dibawah seliaan MCA , kini timbul pula satu lagi penyelewengan yang besar dibawah selian Umno pula. Lebih menggemparkan adalah kerana Ketua Hakim Negara sekarang ini, Zaki Azmi.

Zaki Azmi adalah pemegang saham terbesar 58% merangkap Pengerusi didalam syarikat Emrail Sdn Bhd, salah sebuah syarikat yang terlibat secara langsung didalam pembinaan landasan berkembar ini. Emrail Sdn Bhd mendapat kontrak dibawah pakej infrastruktur yang dikendalikan oleh DRB-Hicom salah satu daripada kontraktor utama projek landasan berkembar ini. Maklumat menunjukkan bahawa Emrail Sdn Bhd telah mendapat kontrak yang jumlahnya bernilai RM700 juta (nilai pada tahun 2007) dalam projek Landasan Berkembar Elektrik ini.

Namun, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2009, kelewatan projek disiapkan, peralatan dibeli melebihi keperluan, perolehan tren tidak diselaraskan dengan pembangunan infrastruktur dan lain-lain masalah, telah mengakibatkan projek ini berakhir dengan menelan RM5.77 bilion, dengan peningkatan kos sejumlah RM1.43 bilion.

Laporan Ketua Audit Negara 2009 menunjukkan Pakej Infrastruktur yang dipertanggungjawabkan kepada DRB-Hicom Berhad hanya menyiapkan 76.8% daripada projek tersebut, pada hari terakhir had tempoh, iaitu 10 Disember 2003. Laporan syarikat perunding yang dilantik Kementerian Pengangkutan, KS-Opus menunjukkan masalah penangguhan dalam projek Pakej Infrastruktur semakin serius antara November 2002hingga Oktober 2003. Dan Emrail Sdn Bhd hanya menyiapkan 56.9% daripada projeknya pada 10 Disember 2003, merupakan syarikat yang paling serius dalam masalah lewat siap.

Begitulah kisahnya..........Rakyat boleh menilai sendiri.

No comments: