Friday, November 13, 2009
Sumpah Laknat....
Gambar Hiasan
"Wallahi, Wabillahi, Watallahi, bahawa saya (nama calon) yang diamanahkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding bagi (nama pilihan raya dan kerusi) bersumpah dengan nama Allah, sama ada saya menang atau saya kalah dalam pilihan raya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini.
"Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan parti ini, maka saya akan dilaknati Allah, para malaikat dan sekalian para pelaknat."
Itulah lafaz Bai'ah yang diamalkan oleh Parti Pas sejak tahun 1974 lagi , lapor Setiusaha Agung Pas Dato' Mustafa Ali. Salahkah Pas mengamalkan sumpah Bai'ah sedemikian?
Janganlah disebabkan tokok tambah oleh segelintir media mempromosikan Bai'ah Talak Tiga mutakhir ini menenggelamkan keadaan yang sebenarnya. Dan jika adapun Bai'ah Talak Tiga ini , ianya merupakan kes-kes terpencil yang ditambah oleh wakil rakyat itu sendiri tanpa pengetahuan pemimpin-pemimpin atasan Pas. Kita haruslah sedar bahawa Umno/BN akan melakukan apa saja melalui media-media dan blogger-blogger mereka memburukkan Pas dimata masyarakat Islam terutamanya. Umno/BN melalui NGO juga akan terus mempermainkan isu ini sebanyak mungkin agar Pas dilabelkan sebagai parti yang menindas kaum hawa.
Jika diperhalusi dan dinilai Bai'ah sebenar yang menjadi amalan calon-calon Pas sebelum ini, ianya telah berjaya mengelak calon-calon Pas dari mengkhianati amanah yang diberikan kepada mereka. Kecenderungan pihak Umno/BN mempengaruhi pemimpin-pemimpin Pas sejak sekian lama untuk bersama-sama mereka telah gagal sampai sekarang ini. Jadi janganlah kita merasa pelik dengan tindak tanduk Umno/BN ini kerana mereka akan mencuba sedaya upaya mereka untuk menjatuhkan maruah Pas dimata penyokong-penyokong Pas.
Menjadi seorang calon bagi Pas merupakan satu amanah ALLAH untuk mereka sebagai pemimpin menegakkan Islam di Malaysia. Jadi jika amanah ini tidak dilindungi, ianya akan menyebabkan pemimpin itu sendiri ditenggelami oleh pujuk rayu mahupun wang ringgit yang ditaburkan oleh Umno/BN. Jadi tidaklah menjadi hal jika Bai'ah laknat dilakukan untuk melindungi amanah tersebut.
Wallahualam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment