Thursday, December 3, 2009

Rakyat DiDahulukan.....Ptui...


Rakyat Malaysia selama ini memang sudah lama mempraktikkan slogan 1Malaysia yang dipolularkan oleh Najib ini..iaitu 'Rakyat Didahulukan'. Ini terbukti apabila rakyat sentiasa mendahului dalam menanggung segala kenaikan harga barangan mahupun perkhidmatan kerana 'Pencapaian Diutamakan' oleh kerajaan BN .

Terbaru, ada ura-ura kerajaan hendak menghapuskan susidi gula yang berjumlah RM 742 Juta setahun, kononnya untuk mendidik rakyat agar lebih berhemah menggunakan gula selain untuk menjamin kesihatan rakyat. Dan alasan yang terpopular selama ini terus digunapakai oleh kerajaan iaitu , harga gula di Malaysia terendah berbanding dengan harga dinegara jiran. Jika subsidi ini ditarik balik, rakyat akan menanggung kenaikkan harga gula daripada RM 1.45 sekilogram kepada RM 2.45 sekilogram.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian memandang serius cadangan tersebut dan keputusan sama ada mahu memansuhkan subsidi gula akan dibincangkan di peringkat kabinet tidak lama lagi. Katanya, faktor cadangan pemansuhan subsidi itu dipertimbangkan antaranya kerana Malaysia satu-satunya negara yang membekalkan subsidi gula kepada rakyat.

Inilah wajah yang sebenarnya pemimpin-pemimpin Umno/BN selama ini yang tanpa segan dan silunya mendahulukan rakyat untuk menghadapi kesukaran dimasa hadapan. Bayangkanlah kenaikkan harga barangan yang lain jika harga gula dinaikkan kelak. Tak terfikirkah oleh mereka kesan daripada kenaikkan tersebut kepada rakyat secara langsung. Jika sebelum ini rakyat ditimpa musibah akibat kenaikkan harga petrol dan sesetengah daripada rakyat telah kehilangan kerja, sedangkan kerajaan masih lagi berbincang mengenai penghapusan subsidi dengan alasan untuk berjimat cermat. Sedangkan pelbagai bentuk penyelewengan dana kerajaan masih berlaku secara berleluasa tanpa diambil apa-apa tindakan.

Amat malang sekali bagi rakyat Malaysia jika seringkali ditindas oleh kerajaan yang lebih mementingkan kepentingan peribadi daripada mendahulukan kebajikan rakyat. Memang benarlah apa yang dilaung-laungkan oleh Najib..Rakyat Memang Didahulukan.....

1 comment:

juna said...

Sekarang ni dah ada 2 pusat karoake kat kepala batas dan 2 di tasek gelugor dan ianya wujud di era pentadbiran kerajaan PR dan Pas. Ini sangat tidak sihat pada pandangan rakyat terhadap PR. seolah PR yang menggalakan pertumbuhan unsur negatif ini.tak tahu samada mempunyai lesen atau tidak tapi ia boleh membuka peluang untuk UMNO menghentam PR. Mohon rujuk pada MPSP dan kerajaan negeri.