Friday, October 30, 2009

Piirah...Mat Sembab


Katak - Katak

Kata Muhyiddin, BN sedia membantu wakil rakyat bebas yang 'Mesra Umno' menjalankan tugas mereka bagi menjamin kesejahteraan rakyat.
Ia bertujuan untuk membantu melicinkan tugas mereka demi menjaga kepentingan rakyat, katanya kepada para pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Kolej Marlborough di Iskandar Malaysia, di sebuah hotel di Putrajaya.

Memang dah sah telahan rakyat selama ini, Umno/BN menganggap segala duit kerajaan selama ini milik mutlak Umno/BN. Dan bagi mereka mereka satu-satunya berhak menentukan samaada sesuatu kawasan itu mendapat peruntukkan penuh dari kerajaan ataupun tidak. Terbukti sekali lagi bahawa hanya mereka yang menyokong sepenuhnya Umno/BN sahaja akan mendapat layanan istimewa dari kerajaan. Selanjutnya, jika ada kawasan Parlimen ataupun DUN yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat, pengundi - pengundi kawasan tersebut akan dianaktirikan.

Sikap tidak professional kerajaan selama ini amatlah dikesali dan seharusnya tidak terjadi jika mereka benar-benar ingin menjamin kesejahteraan keseluruhan rakyat tanpa syarat-syarat tertentu. Rakyat berhak keatas segala peruntukkan yang diedarkan tidak kira samaada ianya dikuasai Pakatan Rakyat ataupun BN.

Pendapatan kerajaan dari sumber-sumber semulajadi negara seperti minyak dan gas serta cukai pendapatan individu mahu pun cukai perniagaan, seharusnya diagih sama rata kepada seluruh rakyat Malaysia. Bukannya diagih secara pukal ataupun secara terus ke kawasan-kawasan yang dikuasai Umno/BN sahaja tanpa mengambil kira keperluan sesuatu kawasan itu dipanjangkan ataupun tidak.

Jauh disudut hati, rakyat seharusnya lebih peka dan bertindak menurut lunas undang-undang yang sedia ada bagi mendesak kerajaan supaya lebih bersikap terbuka dan adil kepada semua rakyat. Bukannya hanya kepada mereka yang tertentu sahaja menurut paras sokongan mereka kepada kerajaan ataupun tidak. Tindakan Muhyiddin menegeluarkan kenyataan sebegini hanya menambahkan lagi kemarahan rakyat diatas dasar politik sempit Umno/BN selama ini.

Buat wakil-wakil rakyat Pakatan yang telah pun beralih arah mahupun yang sedang menimbang untuk beralih arah, janganlah bersikap seperti orang 'innocent' seakan-akan baru sedar dari tidur atau mimpi ngeri sehinggakan sanggup bersekongkol dengan orang-orang yang suatu masa dahulu ditentang habis-habisan. Mereka-mereka ini seharusnya lebih bersikap profesyional kerana majoriti mereka dipilih pada Pru 12 yang lalu adalah kerana rakyat menolak Umno/BN. Dan mereka seharusnya berkhidmat kepada rakyat melalui banner Pakatan Rakyat bukannya sebagai katak - katak 'ong' kerajaan. Jik alau anjing, akan mengelak dari mengigit tuannya, inikan pula manusia !!.

Satu Lagi Katak ......


Port Klang - Berita semalam tidaklah begitu mengejutkan apabila Adun Port Klang Badrul Hisham Abdullah mengisytiharkan diri beliau keluar dari PKR dan menjadi 'Adun Bebas Mesra BN'. Tingkah laku Badrul Hisham sebelum ini telah pun mendatangkan spekulasi beliau keluar parti sudah kedengaran berbulan-bulan sebelum ini. Namun beliau telah menafikannya dan sewenang-wenangnya berbohong berulang kali kepada seluruh pengundi Port Klang khasnya.

MB Selangor , Tan Sri Khalid sebelum ini telah pun berulang kali mendesak 'under perform' Adun ini meletakkan jawatan sebagai Adun setelah ada ura-ura beliau akan melompat parti. Namun, perkara ini hanya senyap begitu sahaja sehinggalah pengisytiharan beliau keluar parti semalam.

Menurut beliau sebab utama yang menyebabkan pengunduran beliau sebagai ahli PKR ialah kerana tidak sanggup lagi bersekongkol dengan pemimpin yang tidak bermoral. Apa yang dikaitkan beliau adalah berkenaan dengan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim , yang beliau sifatkan cuba melengah-lengahkan perbicaraan dan berpendapat adlah wajar bagi beliau keluar parti daripada bersubahat dengan permasaalahan ini. Tindakan beliau menyenaraikan kes liwat ini sebagai pendorong untuk beliau meletakkan jawatan amat memalukan dan tidak mencerminkan beliau sebagai seorang yang bermaruah. Mengapakah beliau sanggup mendahului hakim bagi menentukan seolah-olahnya Datuk Seri Anwar telah pun bersalah sebelum perbicaraaan bermula?

Pucuk pimpinan Parti PKR haruslah segera membuat post mortem untuk mengelakkan lebih ramai lagi Adun dari PKR melompat parti dan menyertai BN di masa hadapan. Dengan kemelut kepimpinan yang melanda PKR di Sabah , Sarawak dan juga Perak, pemimpin atasan mereka mestilah bertindak cepat dan menyelesaikan pelbagai masaalah dalaman parti agar ianya tidak mencacatkan kelancaran Pakatan Rakyat menuju Putra Jaya.

Wednesday, October 28, 2009

Semua Serupa...



Dah pelbagai suruhanjaya ditubuhkan sejak akhir-akhir ini..samaada dimasa pemerintahan kuku besi Tun Mahathir , disambung pula oleh pemerintahan anak beranak Tun Dollah dan sekarang ini Najib pula. Semua suruhanjaya yang ditubuhkan tidak lebih kepada hanya untuk mengaburi mata rakyat sahaja. Acap kali suruhanjaya yang ditubuhkan hanya bersifat harimau yang kehilangan taringnya. Harimau sebegini kalau menggigit hanya mengelikan sahaja tanpa dapat mencederakan mangsa.

Terbaharu adalah mengenai kes video VK Lingam. Setelah hampir lebih daripada 1 tahun penyiasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Diraja dan diakui ketulinan video tersebut , kerajaan pula dibawah P 1M , bertindak tidak mahu meneruskan tindakan susulan. Kerajaan sekarang dibawah pemerintahan P 1M Najib Tun Razak, bertindak sedemikian rupa kerana besar kemungkinan bertujuan untuk melindungi individu-individu tertentu yang secara terus terlibat dengan skandal yang menggocangkan institusi badan kehakiman negara sedikit masa lalu.

Padahal, rakyat seharusnya berhak keatas sebuah institusi kehakiman yang adil dan telus bukannya dibawah hakim-hakim yang korup. Untuk menidakkan saranan Suruhanjaya Diraja ini tanpa mengheret mereka yang terlibat kemuka pengadilan, akan mengakibatkan kecenderungan rakyat untuk merasa sangsi keatas badan kehakiman negara ini.

Untuk membersihkan institusi kehakiman negara kita ini agar rakyat merasa lebih selamat, kerajaan seharusnya bertindak cepat atas kapasiti sebagai pemerintah untuk membersihkan badan kehakiman ini secara menyeluruh. Kerajaan seharusnya lebih bersikap telus dan adil untuk memastikan setiap hakim yang dilantik tidak dipengaruhi oleh mana-mana individu yang berkepentingan.

Boikot Kosmo....



Diharap seluruh ahli Pas bersama-sama memboikot akhbar Kosmo kerana mengaitkan peristiwa Memali dengan ajaran sesat semalam. Artikel yang bertajuk 'Jangan Pandang Remeh Ajaran Sesat' terang-terangan berniat jahat kerana mengaitkan peristiwa yang berlaku di Memali dahulu adalah hasil dari ajaran sesat yang dibawa oleh Ustaz Ibrahim Libya.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kamaruzaman Mohamad, dalam kenyataannya, amat kesal dengan artikel tersebut yang jelas berunsur fitnah yang melampau dan berniat jahat terhadap PAS.

Oleh itu, diharap seluruh ahli Pas menentang niat jahat ini dengan bersama memboikot akhbar Kosmo sampai bila-bila. Kosmo sepatutnya lebih perihatin dengan nasib yang menimpa ahli keluarga syahid Memali dan bukannya semberono berniat jahat melabelkan mereka pengikut ajaran sesat.

Tuesday, October 27, 2009

Apa ! UG (Unity Government )?



Ya ALLAH ..Perkukuhkanlah Tali Persaudaraan Kami

Presiden Pas TGHH hari ini sekali lagi menegaskan tidak ada gerak kerja antara Pas dan Umno untuk menubuhkan UG. "Sudah tutup buku"..tambahnya. Jadi, diharap selepas ini tidak akan ada lagi ura-ura dari sesiapa sahaja baik dikalangan pemimpin atasan Pas mau pun dari golongan pemimpin pertengahan agar setiap ahli-ahli Pas tidak terkeliru dengan apa saja mainan politik kotor dan sempit Umno.

Ahli-ahli Pas dan penyokong - penyokong Pas yang tidak begitu gemar dan menentang UG bolehlah menghela nafas sedikit setelah kekeliruan ini dileraikan oleh Presiden sendiri. Kemelut yang tercetus bermula akibat dari kekalahan Pas di Bagan Pinang dan komentar tajam dari pengamatan Prof Aziz Bahari, mungkin tidak akan berlaku jika tiada asasnya. Ataupun mungkin juga andaian yang dibuat Prof lebih kepada pendapat peribadi dan mungkin juga hasil daripada desas desus yang bertiup sejak akhir-akhir ini.



Diperkuatkan lagi oleh beberapa tindakan segelintir pemimpin Pas menangani isu-isu panas dibeberapa tempat, ianya telah menjadi pemangkin untuk menghangatkan lagi salah faham diantara pucuk pimpinan Pas. Dan tanpa 'batu api' samaada dari media-media pro Umno mahu pun daripada blogger Umno, kemelut ini tidak akan menjadi besar sehingga memerlukan satu bentuk EGM untuk meleraikannya.

Setelah hampir 58 tahun Pas ditubuhkan, kemelut sebegini bukannya baru, namun Pas telah membuktikan kepada seluruh rakyat bahawa Pas mempunyai cara yang unik menangani segala permasaalahan yang hampir serupa sebelum ini. Pas melalui musyawarah dalam suasana mahabbah sesama pemimpin telah berjaya meleraikan pelbagai bentuk permasaalahan. Jadi, sebagai pendokong perjuangan Pas , ahli-ahli Pas sendiri haruslah bersikap rasional dan tidak mudah melatah jika perbezaan pendapat terjadi. Berbeza pendapat ataupun pandangan akanlebih mematangkan kita dan akan dapat membantu kita menyelesaikan kekeliruan yang terjadi antara pamimpin.

Cuma, apa yang ahli-ahli Pas diperingkat bawahan mahu, agar pemimpin-peminpin atasan Pas harus lebih berhati-hati mengeluarkan apa -apa bentuk kenyataan agar tidak dieksploitasikan oleh mana-mana pihak untuk memburukkan lagi keadaan.

Umno sebenarnya berada didalam keadaan yang terdesak, sokongan rakyat kepada Umno sebenarnya lebih kepada kebendaan semata-mata. Pemimpin - pemimpin Umno sedar akan situasi ini, dan melalui proksi-proksi mereka , Umno akan terus mencetus pelbagai bentuk provokasi untuk meleraikan ikatan Pakatan Rakyat yang semakin kukuh. Umno sedar, Paktan Rakyat mempnyai potensi yang cukup besar untuk memerintah Malaysia. Jadi Umno akan terus berusaha dulu , kini dan selamanya untuk menjauhkan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

Mengapa Saya Saja Digelar Katak ?



Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali kesal kerana hanya dia seorang saja yang digelar katak sedangkan ramai lagi ahli politik yang lain melompat seperti beliau sebelum ini. Katak - katak yang lain termasuklah Datuk Seri Anwar Ibrahim , Datuk Rais Yatim , Datuk Sabery Cheek dan lain-lain lagi. Tambahannya , lompat-melompat ini lebih ketara di Sabah dan Sarawak, namun malang sekali hanya beliau sahaja yang dikenali umum sebagai katak.

Apa yang dikatakan beliau ada kebenarannya dan tidak pernah dinafikan oleh rakyat bahawa ramai ahli politik melompat seperti beliau, tetapi, apa yang beliau cuba sembunyikan ialah beliau merupakan satu-satunya 'Katak Ong' , iaitu satu spesies katak yang melalak tak kira masa dan tempat.



'Katak Ong' merupakan salah satu spesies katak di Malaysia dan merupakan spesies yang paling popular dikalangan katak-katak di Malaysia. Hampir seluruh rakyat Malaysia termasuklah kanak-kanak mengenali 'Katak Ong' ini dan subjek mengenainya juga diajar seawal pra-sekolah kepada anak-anak kita. Datuk Ibrahim Ali sepatutnya lebih berbangga dengan gelaran tersebut dan dengan gelaran tersebut menjadikan beliau seorang ahli politik bebas yang terkenal berbanding katak-katak yang lain.

Umum mengetahui perihal perangai Datuk Ibrahim Ali sehinggakan beliau digelar 'Katak Ong'. Peribadinya yang suka melalak tak tentu pasal, menghentam orang sesedap ikut mulut dia saja hatta sanggup melalak terhadap orang yang berbudi padanya. Jadi usahlah beliau menyesal akan gelaran tersebut kerana tingkah laku beliau sendiri yang menyebabkan gelaran tersebut dihambur kepadanya.

Monday, October 26, 2009

Luahan ..Hati.



Pemimpin tertinggi PAS sepatutnya lebih terbuka dengan senario politik dan keadaan sekarang yang memerlukan kerjasama yang erat diantara mereka. Pendokong - pendokong PAS selama ini ataupun yang dikatakan ahli-ahli PAS memandang tinggi pemimpin-pemimpin PAS dan juga amat berharap segala kekecohan atau perselisihan faham diatasi segera dalam suasana mahabbah demi keutuhan parti yang mereka sayangi.

Sehubungan dengan itu , ahli-ahli PAS yang berlatarbelakangkan pendidikan yang berbeza ingin melihat satu titik pertemuan yang jitu antara golongan yang dikatakan ulamak dan golongan professional. Pemimpin harus bertindak bijak menangani kepelbagaian latarbelakang ini agar seluruh ahli-ahli PAS merasa diri dan pandangan mereka dihargai.Tidak dapat dinafikan ada diantara mereka yang begitu memandang tinggi akan seseorang pemimpin itu sehinggakan sanggup bertegang leher mempertahankannya. Dan tak kurang juga ada yang sanggup bertindak diluar batasan menghina pemimpin-pemimpin yang dirasakan tidak layak memimpin mereka.

Bagi mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan perjuangan PAS akan merasa tersinggung dengan keadaan yang melanda kepimpinan PAS mutakhir ini. Pandangan umum mengenai kemelut atau ketidakstabilan pucuk pimpinan parti terus dirasai oleh mereka. Ulasan-ulasan pemimpin didalam media arus perdana sejak akhir-akhir ini terus menerus menghantui mereka. Media arus perdana pula yang terang terangan dimiliki oleh Umno mengambil kesempatan mengeksploitasikan permasaalahan ini. Mingguan Malaysia baru-baru ini memuatkan hampir 6 berita mengenai EGM PAS, termasuklah dimuka hadapan akhbar tesebut.



Pemimpin-pemimpin tertinggi PAS perlu sedar bahawa satu-satunya sumber berita yang dapat diakses oleh sebahagian besar ahli dan pendokong PAS adalah media-media arus perdana yang kesemuanya diungguli oleh Umno. Alternatif yang lain hanyalah dapat dilayari oleh mereka di internet dan hanya sebahagian kecil saja yang mempunyai kesempatan tersebut.Jika keadaan sebegini tidak dapat dimenafaatkan oleh mereka, oleh itu tercetusnya berita-berita sensasi sebegini akan dapat mempengaruhi sebahagian besar ahli ataupun pendokong PAS. Pemimpin - pemimpin PAS juga sepatutnya lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan agar tindak tanduk mereka tidak dapat diterjemahkan sebaliknya. Saranan Presiden PAS TGHH agar segala permasaalahan diselesaikan secara musyawarah amat dialu-alukan walaupun setelah sebahagian besar isu ini telah menjadikan ahli-ahli PAS dalam keadaan bercelaru.

Keadaan yang berlaku sekarang ini telah sedikit sebanyak mencalar imej PAS selama ini. Imej PAS yang terus dihormati oleh kawan dan lawan telah terhiris disebabkan oleh isu perselisihan ini. Tidak dapat dinafikan lagi memang akan ada pelbagai bentuk ketidakpuasan hati ataupun perselisihan pendapat dikalangan apa-apa pertubuhan, namun ianya dapat diselesaikan dengan bermusyawarah. Pun begitu, saranan TGNA agar diadakan satu bentuk mesyuarat khas ataupun EGM juga perlu diambil kira oleh pemimpin tertinggi. Setiap mata dan telinga ingin melihat sendiri kebenaran yang ada jika satu bentuk kerjasama PAS dan Umno benar-benar terjadi disebalik tabir seperti yang diperkatakan oleh sesetengah pihak.

Bukan hanya ahli-ahli PAS sahaja yang inginkan kebenaran tersebut, sebaliknya mereka yang diatas pagar dan juga yang bukan Islam menanti dengan penuh minat akan situasi ini. Muktamar yang lalu telah mengambil satu ketentuan untuk mengeratkan hubungan PAS didalam Pakatan Rakyat dan menolak apa saja hubungan politik dengan Umno. Jadi, rakyat ingin melihat sejauh mana ketetapan ini dipatuhi dan rakyat inginkan kepastian dari pemimpin-pemimpin tertinggi PAS dalam hal ini.

Sunday, October 25, 2009

SPRM ...Nak Tunggu Apa Lagi ???


RM 42,000 ????

Nak kata sedih pun ada marah pun ada apabila melihat laporan Ketua Audit Negara untuk tahun 2008 yang lalu. Sedih kerana masih ada golongan manusia yang cerdik pandai bergelumang dengan penyelewengan atasan berjumlah ratusan juta ringgit. Marah kerana kerajaan yang ada sekarang ini masih memekakkan telinga dan masih lagi membicarakan apa yang perlu dibuat untuk membenteras jenayah rasuah dan penyelewengan. Padahal, laporan audit negara untuk tahun 2007 yang lalu pun masih belum diselesaikan.


RUMAH PEMIMPIN UMNO

Masih ingatkah kita akan penyelewengan pemutar skrew yang berharga RM 400 pada laporan audit tahun 2007 yang lalu? Bayangkan pada tahun 2008 pula, untuk sebuah komputer riba yang berharga RM 5000 Kolej kemahiran Tinggi Mara di Balik Pulau telah membaya pada harga berlipat kali ganda iaitu RM 42,000?


MASIH ADA RAKYAT SEBEGINI DIMALAYSIA

Kolej tersebut juga membeli 450 unit komputer CAD pada harga RM3.45 juta untuk kegunaan 12 makmalnya. Harga sebenar seunit komputer tersebut ialah antara RM5,350 (untuk monitor 17 inci) dan RM6,500 (19 inci). Harga yang dibeli oleh kolej berkenaan ialah RM7,500 dan RM8,500. Ertinya lebih bayar RM2,000 setiap unit. Bayangkan berapa banyak duit yang terlebih bayar untuk 450 unit?

Antara penyelewengan lain yang didedahkan termasuklah pembinaan Hospital Pekan berharga RM81.59 juta yang tidak sempurna sebab binaan tidak mengikuti spesifikasi kontrak, kerja pembinaan tidak berkualiti. Lebih pelik lagi Sijil Perakuan Siap sudah dikeluarkan pada hal projek tersebut belum siap!

Sebuah perpustakaan di UiTM Sabah sudah retak dan mengundang bahaya walaupun belum lama digunakan. Punca keretakan: pasir yang digunakan adalah pasir laut, menyebabkan besi berkarat dan binaan retak. Kerja membaik pulih bangunan tersebut pula menelan belanja juta-juta ringgit.

Ini tidak termasuk dengan beberapa lagi penyelewengan dari segi penggunaan minyak, tuntutan elaun dan lain-lain salah guna kuasa. Kalau campur semua penyelewengan yang didedahkan dalam laporan tersebut, jumlah yang hilang berjuta-juta ringgit.

Apakah kerajaan tidak perihatin sehinggakan tidak menyedari perihal penyelewengan sedemikian? Tidak adakah badan pemantau selama ini menapis setiap tuntutan elaun ataupun setiap bayaran yang dikeluarkan? Ataupun, memang sudah menjadi lumrah kerajaan untuk tidak memantau setiap sen wang rakyat yang dibelanjakan ?

Lebih menyedihkan lagi apabila SPRM seakan tidak memperdulikan segala laporan audit yang terdahulu sehinggakan tahun 2008 masih ada bahalol-bahalol yang berani meratah setiap sen duit rakyat untuk memenuhi kantong mereka sendiri. Yang menjadi persoalan sekarang ini adalah kerana biarpun begitu lantang kerajaan mencanang untuk memerangi habis-habisan rasuah, sedangkan rasuah yang terjadi dihadapan muka sendiri pun seakan tidak dipedulikan. Atau mungkin penyelewengan-penyelewengan ini ada hubung kait dengan mereka yang berkuasa?

Sedih bila pada masa yang sama ada rakyat yang hidup kais pagi makan pagi membanting tulang empat kerat menyara keluarga demi sesuap nasi. Malang sekali kerana masih ada ketua-ketua jabatan ataupun mereka yang memegang amanah rakyat sanggup mengenepikan hak rakyat dan serakus-rakusnya melahap segala peluang yang ada.

Salah siapakah gejala ini berleluasa? Jika diperhalusi, gejala yang begini hina seharusnya dapat dielakkan jika ketetapan hukum hakam Islam dijadikan pedoman dan aturan dalam kehidupan kita seharian. Allah sudah pasti akan mengelakkan perkara sebegini yang berlaku secara berleluasa jika peraturan Allah dipatuhi. Namun, sebahagian dari kita sebagai rakyat Malaysia masih lagi buta agama disebabkan pengaruh dunia semata-mata. Ditambah pula dengan keadaan negara sekarang ini yang diperintah oleh golongan sekular. Golongan sekular ini yang sudah secara terang terangan menjadikan rasuah sebagai satu cara hidup dan sudah pasti tidak akan membenteras gejala rasuah ii selain daripada hanya menyalak seperti ' anjing menyalak bukit'.


Dato' Sri Haji Ahmad Said bin Hamdan

Seluruh rakyat kini berpaling kepada SPRM untuk mengambil tindakan sewajarnya. Rakyat ingin melihat sejauh mana SPRM dan kerajaan serius menangani gejala rasuah ini. Jangan hanya pandai menangkap ikan-ikan kecil dan membiarkan segala jerung berleluasa di lautan. Jangan hanya pandai menangkap orang yang melakukan rasuah ratusan ringgit dan membiarkan mereka yang menyeleweng ratusan juta ringgit bebas tanpa rasa bersalah langsung.Ataupun SPRM hanya gah pada nama dan hanya gah pada mereka - mereka yang berjawatan rendah yang tidak mempunyai kuasa bertindak.

Teoh Beng Hock



Apakah kematian Teoh Beng Hock akan terbela? Apakah misteri kematiannya dan dalang disebalik kematian beliau akan terjawab nanti? Mungkinkah akan ada satu suruhanjaya diraja menyiasat secara terperinci kematian TBH?

Pakar Patologi dari Thailand, Dr Pornthip di inkues kematian TBH pada Rabu lalu membuat satu pendedahan yang memerlukan kerajaan bertindak pantas dan dengan lebih telus. Beliau mendedahkan beberapa fakta yang mendorong kepada kematian TBH.Antaranya mengenai kecederaan kepala TBH bukannya disebabkan impak daripada jatuh bangunan tetapi adalah disebabkan kepalanya dipukul dengan kuat. Dan selanjutnya, hasil pengamatan beliau , kesan lebam ditengkuk mangsa adalah kesan jari yang mencengkam. Kesimpulannya, kematian TBH merupakan satu pembunuhan bukannya kejadian bunuh diri.

Untuk memastikan kelancaran siasatan yang adil dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana kuasa luar yang berkepentingan ,kerajaan disaran menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes kematian TBH dengan lebih telus dan adil. Ini bagi menjamin satu bentuk siasatan yang lebih dipercayai oleh keluarga mangsa. Sehubungan dengan itu , Kerajaan Negeri Selangor berpendapat satu suruhanjaya dapat membantu melicinkan perjalanan siasatan hasil dari maklumat inkues yang terkini.



Rakyat Malaysia amnya dan keluarga mangsa khasnya berhak keatas satu siasatan yang adil bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada institusi pihak berkuasa. Jika tiada ketelusan dalam siasatan itu nanti, rakyat bimbang ianya akan dimnipulasikan oleh pihak tertentu dan mereka yang benar-benar terlibat dilindungi dan kematian TBH menjadi sia-sia. Dan rakyat juga akan berasa tidak selamat lagi jika institusi pihak berkuasa yang sepatutnya melindungi rakyat boleh dimanipulasikan oleh mereka-mereka yang berkepentingan untuk menjamin kesinambungan karier politik dan kuasa mereka.

Saturday, October 24, 2009

Persidangan Dun Perak DR



Mungkinkah akan ada satu lagi pertembungan klasik antara Pakatan Rakyat dan BN pada sidang Dun Perak pada Rabu ini? Masih ingatkah kita pada Mei lepas, insiden yang menjadi sejarah baru politik sempit Malaysia? Ingatkah kita speaker yang sah dilantik oleh rakyat ditarik keluar dan digantikan oleh speaker haram , BN?

Rabu ini , rakyat akan menyaksikan satu lagi episod kekerasan digunakan oleh pihak berkuasa. FRU yang menjadi pecacai BN selama ini akan terus digunakan dengan alasan untuk menjaga keamanan. Rakyat Perak akan terus dihantui oleh ketidaktentuan politik mungkin sehingga PRU 13 nanti. Dunia akan terus menyaksikan kebiadaban BN dan kuncu-kuncu mereka menidakkan hak rakyat kepada kerajaan yang sah.

Rentetan peristiwa demi peristiwa yang memalukan ini mungkin tidak akan berlaku jika SPR bertindak bijak mengosongkan 3 kerusi katak - katak dulu. Rakyat mungkin tidak terpaksa melalui episod memalukan ini jika SPR lebih telus dan adil. Mungkin ini juga dapat dielakkan jika wakil - wakil rakyat yang melompat dulu redha dengan ketentuan dan nasib mereka akibat dari tindakan mereka sendiri.

Tindak tanduk SPR yang selama ini diterajui oleh mereka yang bersikap berat sebelah dan keras kepalalah yang menyebabkan keadaan tidak menentu senario politik Malaysia. Mereka-mereka ini yang seperti 'Lemlu-lembu dicucuk hidung' lebih ketara membela ketidakadilan daripada bersikap lebih terbuka dan adil.

Wednesday, October 21, 2009

Songkok Tinggi


Sesudah berusrah semalam , kami ke Cherita Kedai Kopi di kiosk Bertam untuk 'supper'. Tertarik dengan pelayan-pelayan lelaki kedai itu yang semuanya bersongkok tinggi. Kemungkinan besar tuan punya kedai semestinya penyokong setia Umno, kerana , Umno dan Songkok Tinngi memang dah sinonim sejak azali.

Umno ni memang suka kepada yang tinggi-tinggi...Nak bangunan nak yang tinggi....komisen nak yang tinggi .... nak wang rasuah pun nak yang tinggi....pendek kata nafsu mereka memang tinggi. Teringat akan seorang sahabat aku...orang Perak. Sejak aku kenal dia, saiz dia dari sekolah dulu sampai la sekarang ni..tak tinggi - tinggi. Namun, sebagai seorang ahli Umno tegar, nafsu dia memang tinggi. Dia sanggup berbelanja ratusan ribu ringgit sehinggakan ke angka Setengah Juta ! untuk melabur menjadi Ketua Pemuda Bahagian sedikit masa dulu. Katanya, "Alaih Rm 500 ribu ni akan beranak berlipat kali ganda bila aku menang nanti". Politik Wang Lagi!!

Rentetan rasuah di negara kita ini kalau dibongkar satu persatu tidak berkesudahan dan hanya menyakitkan hati setiap yang mendegarnya. Negara kita ini tidak mungkin akan terlepas dari gejala rasuah jika pemimpin pun tidak begitu teringin nak menghalangnya. Rasuah dan Umno dan Songkok Tinggi dah jadi sedarah sedaging. Setiap kali rasuah berlaku mesti terlibat dengan ahli Umno yang bersongkok tinggi. Mungkinkah..lagi tinggi songkok dia lagi tinggi rasuah dia?

Terbaru, hospital besar di Pekan Pahang, harga RM 100 juta, tapi sampai sekarang hospital ini terbiar begitu saja kerana tidak memenuhi kriteria bangunan dan kekurangan kelengkapan hospital. Duit dah dibayar, tapi kontraktor selamba saja dan tidak ada 'sense of urgency ' nak lengkapkan pembinaan hospital tersebut. Kalau diselidiki lebih lanjut, tak mustahil ada yang bersongkok tinggi terlibat didalam skandal ini. Bayangkan jika duit sejumlah ini dibelanja dengan berhemah dan telus..tidak mustahil negara kita ini akan lebih makmur dan sejahtera jika bebas dari segala gejala rasuah.

Kesimpulannya Songkok Tinggi = Umno = Rasuah

Monday, October 19, 2009

Kalau Dah Bukan Ajalnya Lagi....

Seorang bayi yang baru berusia satu tahun terselamat dari digilis keretapi laju di Australia..Kelekaan ibunya hanya satu saat menyebabkan kemalangan ini berlaku..Namun Allah lebih mengetahuinya ...Wallahualam


Pemuda Pemudi Harapan Bangsa ..



Hiruk pikuk perayu undi tidak lagi kedengaran, komen-komen yang tak berilmiah dari Umno tiada lagi, kelibat dan gelagat terhegeh-hegeh puteri dan putera Umno tidak kelihatan lagi ... setelah berakhirnya PRK Bagan Pinang 2 minggu lalu.

Apakah mungkin kita akan kembali lagi ke PRK yang ke 10 di Kota Seputeh seperti apa yang dimaklumkan oleh MB Kedah di Bagan Pinang? Apapun spekulasinya sekarang, Pas seharusnya sentiasa bersedia mengharungi apa-apa PRK walau dimana pun ianya dijalankan. Pas semestinya sentiasa mempunyai badan pemantau perjalanan jentera pilihanraya disetiap kawasan Parlimen. Pengalaman PRK Bagan Pinang seharusnya menjadi iktibar untuk Pas. Untuk hanya mempunyai 4 cawangan di sesuatu kawasan dimana Pas akan bertanding seperti di Bagan Pinang sewajarnya tidak berlaku dimasa hadapan.


Mahukah Kita Dipimpin Oleh Orang Seperti Ini ?

Untuk PRU 13 nanti, Pas dan Pakatan Rakyat semestinya bergerak sekarang untuk mengatur strategi bergerak kearah Putrajaya. Pendekatan mendekati golongan muda yang layak mengundi seramai 7juta orang mestilah disegerakan agar Pakatan Rakyat tidak berputih mata nanti. Tidak mustahil Umno akan mengerah segala jentera sekular mereka menarik pemuda-pemudi yang agak ketinggalan dalam agama menyertai Umno. Antara aktiviti sekular Umno akan dipelbagaikan dan berbentuk kemaksiatan seperti Jom Heboh akan duipergiatkan. Konsert artis-artis dari luar akan diperhebatkan agar pemuda-pemudi ini khayal dalam dunia mereka sendiri. Golongan artis akan dipergunakan untuk menarik lebih ramai pemuda pemudi bangsa Melayu tenggelam dalam kenikmtan dunia.


Akhlak Sebegini Mestilah DiElakkan

Pemuda Pas haruslah menjadi pemangkin kepada Pakatan Rakyat dengan pendekatan yang lebih bermoral dan Islamik, disamping menjadi tunjang kepada anak-anak muda di intitusi pengajian awam. Tarbiah haruslah diperhebatkan agar mereka-mereka ini tidak dihanyutkan oleh kenikmatan dunia sehingga terabainya tanggung jawab agama.

Mutakhir ini kita dapat melihat golongan remaja dipergunakan oleh Umno untuk menarik pengundi - pengundi muda, baik di Permatang pasir mahu pun di Bagan Pinang. Kelibat pemuda pemudi ini walaupun tidak meraih undi sudah cukup memberi impak positif kepada Umno. Kehadiran mereka-mereka ini walupun dibayar sedikit sebanyak memberi 'political mileage' kepada Umno/BN. Jadi Pakatan Rakyat hendaklah bertindak bijak mengatur strategi menarik golongan muda ini menyertai Pakatan Rakyat.

Saturday, October 17, 2009

Dewan Ulamak Umno


Bakal Ketua Ulamak Umno

Cadangan Ketua Bahangian Umno Tasek Gelugor , Shabudin Yahaya agar Umno menubuhkan Dewan Ulamak hanyalah untuk mengaburi mata rakyat Malaysia secara halus. Jika benar cadangan ini diterima kelak, ulamak yang akan terpilih nanti akan mengalami krisis keagamaan yang teruk dan besar kemungkinan hanya menyebabkan martabat agama Islam itu sendiri tersungkur jauh dan institusi ulamak akan dihina dimasa hadapan.


Beranikah Ulamak Umno Mencegah Perbuatan Ini?

Ulamak yang akan menerajui dewan ini kelak akan terpaksa mengikut telunjuk Presiden Umno yang mempunyai kepentingan politik. Sanggupkah ketua dewan ulamak Umno kelak menegur segala kemungkaran yang diterajui bapak presiden Umno nanti? Beranikah ulamak Umno nanti untuk langkah yang pertama menegur dan memaksa lebih daripada 90% wanita Umno menutup aurat mereka lebih-lebih lagi Rosmah Mansoor? Sanggupkah mereka melepaskan segala aktiviti - aktiviti haram mereka yang selama ini menjadi tunjang parti Umno. Berfungsikah nanti ulamak Umno untuk menegur segala kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno?

Jika diperhalusi cadangan ini, ianya tidak lebih daripada hanyalah langkah survival politik Umno untuk menarik sokongan Melayu Islam yang semakin sedar akan kejahilan pemimpin-pemimpin Umno. Umum juga sebenarnya sudah jelak dengan pendirian 'ulamak-ulamak' Umno , kerana mereka seperti lembu dicucuk hidung, kerana tidak berani menegur kemungkaran yang dilakukan pemimpin-pemimpin Umno. Dan kalau ada pun hanyalah untuk memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin mereka walaupun ianya jelas bertentangan dengan akidah Islam.

Friday, October 16, 2009

Tiru..Tiru..Tiru



Memang dah cofirm dah, Umno sebuah parti photostat. Najib pulak orang yang amat suka meniru dan mencuri idea orang lain.

1Malaysia tiru 1Israel

Umno For All tiru PAS for ALL

Kelab penyokong Umno tiru Kelab penyokong Pas

Dewan Ulamak Umno tiru Dewan Ulamak Pas


Dah macam takdak idea lain nak tiru..Itulah Umno yang semakin terdesak untuk kembali mendapat sokongan orang Melayu. Umno yang semakin jauh dari hati orang Melayu Islam tidak akan berjaya jika perubahan yang asas iaitu memertabatkan hukum dan ajaran Islam di Malaysia tidak dilaksanakan.

Memetik kata Tuan Guru Nik Aziz dahulu...

PAS Sebagai Pembangkang Adalah Sebagai Penegur Dan Penasihat Kepada Pemerintah. Seandainya Kerajaan Pemerintah Menukar Perlembagaan Negara Dengan Meletakan Islam Sebagai Wadah Perjuangan Dan Perlembagaan Negara, PAS Tidak Akan Menentang. Sebaliknya PAS Akan Bekerjasama Dan Bersatu Dengan Pemerintah Demi Kedaulatan Dan Keutuhan Negara.

Umno perlu ingat bahawa perubahan yang hanya retorik pada kata-kata sahaja tidak akan mendapat tempat dihati orang Melayu Islam. Sejak 52 tahun yang lalu sebagai pemerintah, Umno tidak mungkin lari dari perjuangan uynag berlandaskan keduniaan.

Katak Dah Bebas...Oii


Kedah..Seperti yang telah dijangkakan dari awal lagi, SPRM Negeri Kedah telah pun dengan bangganya menutup penyiasatan mereka keatas YB Radzi, katak dari Dun Lunas. Penyiasatan terhadap beliau mengenai tuntutan elaun perjalanan yang tidak munsabah berjumlah RM 148000 itu hanyalah dibuat untuk memberi tekanan kepada beliau untuk keluar parti PKR sedikit masa dulu.

Dun Lunas sekarang ini mempunyai wakil rakyat bebas setelah YB Radzi bertindak keluar parti hasil tekanan tersebut dan Umno berharap beliau akan berhijrah ke Umno sedikit masa lagi. Jangkaan Pakatan Rakyat mengenai kes ini didapati tepat dan Umno ternyata telah menggunakan SPRM sperti juga di Perak sedikit masa lalu.

Perancangan Umno untuk merampas Kedah dari Pakatan Rakyat seperti yang berjaya mereka lakukan di Perak ternyata telah dapat dihidu oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan strategi untuk memujuk wakil rakyat yang lain untuk keluar parti telah dapat dielakkan buat masa ini.

Umno amat terdesak sekarang ini, sokongan rakyat kepada parti yang berlandaskan perkauman sekarang ini sudah ditolak oleh pelbagai lapisan masyarakat. Rakyat semakin jelak dan bosan dengan tindak tanduk pemimpin-pemimpin Umno yang lebih gemar memperkayakan kroni dan diri mereka sendiri.

Jadi pelbagai cara mereka lakukan untuk berusaha mengembalikan sokongan rakyat kepada Umno termasuklah menggunakan cara yang kotor dan jijik seperti menggunakan SPRM untuk memeras ugut wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Wednesday, October 14, 2009

Orang PAS Menangkan Isa ?


PRK Bagan Pinang telah pun berakhir, kejayaan besar Umno/BN menjadi bualan rakyat hingga kesaat ini.Penganalisa politik tumbuh bak cendawan selepas hujan, disegenap penjuru kedai kopi rakyat bercerita, mengulas senario politik sekarang , memberi pelbagai cadangan dan pendapat. Tidak kurang juga mereka - mereka yang berkesempatan ke Bagan Pinang menjadi pelipur lara becerita mengenai pengalaman mereka di Bagan Pinang. Memang unik senario politik Malaysia sekarang ini, lebih - lebih lagi bila berbicara mengenai pertembungan dua buah parti politik terbesar Melayu di Malaysia , Umno dan Pas. Pertembungan yang selalunya sengit dan penuh dengan keadaan tegang sebelum maupun selepas pilihanraya menjadi bualan yang menarik di seluruh Malaysia.

Kejayaan Umno/BN mempertahankan kerusi Bagan Pinang ini memanglah sudah dijangka terlebih dahulu setelah mengambil kira jumlah undi pos sebanyak 4600 , yang sememangnya dijamin akan memihak kepada BN oleh kerana ketidaktelusan perlaksanaan undi Pos selama ini.

Antara andaian yang diperkatakan Umno mengenai kemenangan yang besar ini adalah disebabkan oleh apa yang dikatakan sebagai 'swing vote' daripada penyokong-penyokong Pas sendiri. Ahli Parlimen Jerlun , Dato Mukhriz Mahathir membuat andaian tersebut berdasarkan majoriti undi yang berjaya diraih oleh Tan Sri Isa Samad.

Adakah ini merupakan satu titik perubahan sokongan rakyat terhadap parti Pas ataupun ianya hanya berlaku di Bagan Pinang sahaja? Kekalahan di peti-peti undi kaum India amatlah ketara dan haruslah diambil iktibar akan keputusan ini. Adakah disebabkan tertubuhnya parti 'Makhal Sakhti' sebagai alternatif kepada MIC yang ditolak majoriti oleh kaum India ? Ataupun disebabkan oleh pengaruh Pas keatas kaum India semakin berkurangan? Mungkin strategi yang dijalankan oleh Umno/BN dengan melemparkan pelbagai janji-janji pembangunan untuk golongan ini berjaya membawa kejayaan besar ini kepada Umno/BN.

Menilai kepada kesemua keputusan-keputusan 8 peti undi tersebut, undi Pas merosot dengan teruk terutamanya di majoriti orang Melayu iaitu di Kg Bagan Pinang. Juga kemerosotan undi jelas di majoriti kaum India menyumbang kepada majoriti yang lebih besar termasuklah undi Pos. Oleh itu teori penyokong Pas beralih arah di Bagan Pinang mungkin ada kebenarannya. Besar kemungkinan faktor termakan budi Tan Sri Isa Samad memungkinkan keadaan ini berlaku. Jasa Tan Sri Isa Samad di kampung halamannya ini tidaklah boleh dipandang remeh, dan kejayaan ini membuktikan kebenarannya.

Wallahualam.....

Sunday, October 11, 2009

7 - 2



Akhirnya Umno/BN berjaya menyekat kemenangan berturut-turut Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya kecil sejak March 2008 dengan memenangi kerusi Bagan Pinang dengan majoriti sebanyak 5435 undi.

Kelebihan undi yang banyak dicapai oleh Tan Sri Isa Samad mewakili BN merupakan satu kejutan yang besar memandangkan reputasi beliau sebagai perasuah politik sebelum ini. Tan Sri Isa Samad berjaya meraih undi sebanyak 8013 berbanding pencabarnya dari PAS , Dr Zulkefli Mohd Omar yang hanya mampu meraih 2578 undi. Manakala, undi rosak pula berjumlah 222 undi dari keseluruhan jumlah pengundi yang menjalankan tanggungjawab mereka hari ini iaitu 10813 undi ataupun 82% daripada pengundi yang berdaftar.

Amat malang sekali didalam keadaan rakyat secara amnya mahukan perubahan berdasarkan senario politik semasa sekarang ini, kejutan ini lebih memberi impak yang mendalam kepada keadaan sosio politik Malaysia. Kemenangan Tan Sri Isa Samad memberi gambaran betapa rakyat secara amnya tidak begitu kisah dengan reputasi calon yang mereka pilih sebagai pemimpin walaupun terang-terangan calon tersebut terbukti bersalah sebelum ini kerana mengamalkan politik wang.

Jika dibandingkan dengan PRK sebelum ini iaitu di Permatang Pasir, faktor integriti calon amatlah dititikberatkan oleh pengundi, namun keadaan sebaliknya berlaku di Bagan Pinang. Berdasarkan keputusan ini, kesimpulan yang senang dapatlah dinilai bahawa rakyat akan terus memilih parti tanpa mengambil kira kredibiliti calon tersebut.



Mantan Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah juga sebelum ini membayangkan bahawa kemenangan Tan Sri Isa Samad akan memburukkan lagi keadaan Umno dan Kerajaan. Kemenangan Tan Sri Isa membayangkan bahawa rakyat secara terus mengiktiraf rasuah politik didalam parti Umno dan juga kerajaan khasnya. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad juga berpendirian serupa dan rela Umno/BN kalah lagi kerana integriti caon yang dipilih telah menyalahi norma-norma kepimpinan yang sepatutnya.

Lebih memburukkan lagi , seluruh dunia telah menyaksikan betapa kematangan berpolitik rakyat Malaysia masih lagi ditakuk lama dan tidak bergerak mengikut peredaran dan kehendak semasa. Secara amnya, seluruh dunia sekarang ini menolak kepimpinan yang korup dan pemimpin yang mempunyai kredibiliti dan integriti yang teruk tidak dapat diterima masyarakat. Malangnya, di Malaysia, rakyat masih lagi bergelumang dengan pemikiran sempit dan ortodoks. Bagi pengundi di Bagan Pinang, mungkin keselesaan dibawah Umno/BN lebih diutamakan daripada ketelusan pemimpin itu sendiri.

Kesimpulannya jika sesuatu kawasan tersebut merupakan kubu kuat Umno/BN, Umno/BN boleh meletakkan calon yang mungkin merupakan 'perogol bersiri' , 'pembunuh bersiri' , 'Along' ataupun 'penagih dadah' sebagai calon kerana pengundi tetap akan mengundi mereka berdasarkan parti bukannya kredibiliti calon.

Hari ini rakyat Malaysia dan dunia telah menyaksikan satu lagi episod duka didalam politik Malaysia kerana Tan Sri Isa Samad yang merupakan seorang perasuah politik telah berjaya mengalahkan calon yang lebih bersih daripadanya. Diharap, Bagan Pinang akan menjadi satu titik noktah kepada unsur rasuah dalam politik dan ianya diharap tidak akan berulang dimasa hadapan.

Bagan Pinang..Selamat Mengundi



Setelah 8 hari bermula pada hari penamaan calon dan setelah tamatnya proses berkempen, hari ini merupakan hari penentuan survival politik Umno/BN di Malaysia. Juga sejauh mana penolakkan rakyat terhadap calon rasuah dan sampai tahap manakah penerimaan rakyat terhadap pakatan Rakyat.

Yang pastinya, Umno/BN akan menerima padahnya walaupun jika kemenangan berpihak kepada mereka memandangkan PRK Bagan Pinang ini yang penuh dengan penyelewengan politik. Bermula dengan ketidaktelusan daftar pemilih pengundi-pengundi Pos yang bertindih dan keujudan pengundi hantu pos. Umno/BN bermula dengan buruk setelah Tan Seri Isa Samad yang korup dipilih menjadi calon berdasarkan undang-undang dan hukuman sempit Umno terhadapnya. Tan Seri Isa Samad menjadi lambang betapa Umno/BN hanya bertopengkan kata-kata manis memerangi rasuah, sedangkan mereka sendiri bergelumang dengan rasuah.

Pun begitu, rakyat amnya dan pengundi Bagan Pinang khasnya haruslah bersikap lebih realistik dan bijak dalam memilih wakil yang akan membawa kemenangan rakyat Malaysia keseluruhannya. Umum mengetahui perihal rasuah politik yang dilakukan oleh Tan Seri Isa Samad dan umum juga amat arif perihal segala kebobrokkan beliau selama 22 tahun menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan, jadi untuk sekali lagi memperjudikan masa depan mereka kepada beliau merupakan satu yang seharusnya dielakkan.



Seluruh Rakyat Malaysia dan dunia hari ini ternanti-nanti keputusan pilihanraya Bagan Pinang ini memandangkan ianya merupakan hala tuju survival politik Umno/BN dan juga untuk menilai tahap kematangan berpolitik rakyat Malaysia. Dunia berminat dengannya disebabkan oleh calon yang korup, dan dunia ingin melihat sejauh mana rakyat Malaysia menolak rasuah.

PRK Bagan Pinang juga menyaksikan cara berpolitik yang tidak bermoral dan penuh keganasan yang dibawa oleh samseng-samseng Umno/BN. Terdapat puluhan laporan Polis mengenai serangan yang melibatkan kecederaan perayu-perayu undi PAS di sini. Namun, pihak berkuasa gagal bertindak adil serta gagal bertindak secara profesyional dan sebaliknya menyalahkan parti PAS.

Harapan kepada pengundi-pengundi di Bagan Pinang amat tinggi kerana keputusan nanti diharap dapat menyerlahkan kematangan berpolitik rakyat Malaysia. Undilah calon yang bersih dan berwibawa dan bukannya disebabkan oleh rasuah politik seperti janji-janji pembangunan.

Friday, October 9, 2009

Umno Legacy


SAY NO TO UMNO

Umno/BN after 52 years of long service to the people of Malaysia has becoming more and more corrupt than ever. Started of brilliantly and diplomatically , the first PM , Tunku Abdul Rahman managed to persuade the majority and gained independent for Malaya back then. After that came along Tun Abdul Razak, who through people friendly approached, led the people to another level and Malaysia had gained respect from neighboring countries in the region. Neighboring countries such as Singapore, Thailand and Philippine envied Malaysia as one of the well managed countries despite of multiple ethnics diversity.

Not much to talk about the third PM , Tun Hussein Onn, who quietly appointed but blatantly ousted by his predecessor Tun Mahathir Mohammad.The infamous Tun Mahathir, brought Malaysia to the current stage right now, filled with corruption, nepotism and cronyism. In his era of 22 years in power, dictatorship bloomed to the extend of most of the opposition could not express their voice freely without ending up in Kamunting Jail either under ISA or OSA ordinance. ISA was widely used and without hesitation from the authority, lots of people suffered miserably due to this draconian law. And during hie era also, we saw the NEP was used to ensure scores of people closed to the government especially Umno members gained lots of governments' contracts and projects. Lots of Ali Babas were borned through this unfair distribution of wealth.

Came along the so called Mr Clean, Tun Abdullah..and through his short stint as the 5th PM , nothing special happen except we saw another group of Malays became fast millionaires. Lots of direct grant of contracts and projects were given to cronies and friends from BN component parties. RM 60 billion from Petronas were granted to the Abdullah's management since 2004 but the people got nothing out of it except were shocked from so many scandals including the recent PKFZ money laundering.

This legacy continues with the appointment of Najib as the latest PM for 1Malaysia. The appointment started off with a bang including the Altantuya controversial murder case. And as usual, Najib also proved to behave like most of former PMs , afraid of losing the power to the opposition and started to squeeze the opposition through corrupted judiciaries and with the help of SPRM.


Can Pakatan Rakyat outsmarts BN in 2013 General Elections ?

Sad to say , until today believe it or not , there are still number of Malaysians feel that Umno and BN are the right owner of Malaysia and only them deserve to rule Malaysia. Hope the Bagan Pinang by elections will prove them wrong with the Pakatan Rakyat success of capturing the seat or reducing the majority significantly...InsyaAllah.

Chicken.....out ?


SI BONTOT

Paris: Winning the Bagan Pinang by-election is more important to Barisan Nasional than the size of the majority obtained, said Prime Minister Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. After went through 8 by elections which saw BN lost all of them except one in Batang Ai, the PM feel that there is no way that BN can win with big margin anymore. He started to realize and admitting to the defeat now as he admitted to the truth that the people are rooting for Pakatan Rakyat instead.

Admitting to the fact that BN once again is making a big mistake by choosing Tan Sri Isa Samad as the candidate, he just hope that BN can retain the seat by getting most of it from the corrupted postal votes. The fact that BN has no longer support from the majority of the people, PM has to openly raising the white flag few days before the voting day.

As for the Pakatan Rakyat, being able to reduce the majority signifies the triumph considering the amount of postal votes in Bagan Pinang. Pakatan Rakyat has a significant chance to ousted the former Menteri Besar as the people are now realize the fact that Umno/BN is truly a corrupted party. Tan Sri Isa Samad reputation previously clearly shown the true color of Umno/BN against corruption.

Therefore .. People of Bagan Pinang need to make a right choice as to show to the whole Malaysia and the world that Malaysian are against corruption.

Umno Terdesak


Serangan Jam 3:30 pagi secara ganas oleh ahli Umno keatas petugas Pas di Bagan Pinang tempoh hari lebih merupakan berapa terdesaknya Umno/BN sekarang ini. Politik ganas sedemikian yang selama ini dimonopoli oleh mereka lebih terserlah di Bagan Pinang.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi tadi, sekumpulan lebih 20 lelaki bermotosikal dan juga kereta dipercayai penyokong UMNO/BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menyerang petugas yang berada di situ.Selain ditumbuk, pemuda PAS terbabit juga dihalau keluar meninggalkan markas itu. Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS dipukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.



Namun berita yang sedemikian tidak mungkin dilaporkan oleh media - media elektronik untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia. Bukannya untuk mensensasikan berita namun untuk menunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia siapa Umno/BN sebenarnya. Acapkali berita yang dimanipulasikan menunjukkan keganasan petugas-petugas Pakatan Rakyat, tetapi bila kejadian yang benar berlaku dan membabitkan Umno/BN, media seakan tidak nampak. Itulah yang dinamakan demokrasi yang berat sebelah. Pun begitu Pakatan Rakyat terus menerus berjuang walaupun sedar akan ketidakadilan pemerintah dalam setiap pilihanraya. SPR pula semakin menjadi-jadi bertindak dibawah telunjuk Umno/BN.

Tuesday, October 6, 2009

Bersatu Menentang Kezaliman



PRK Bagan Pinang kali ini tidak terkecuali menyaksikan kebangkitan segenap lapisan masyarakat tak kira laterbelakang agama dan bangsa bersama - sama berganding bahu menentang BN. Jelas kelihatan rakyat pelbagai bangsa membawa sepanduk mengutuk kezaliman BN dan tidak kurang juga kelihatan rakyat berbangsa Cina dan India memakai baju berlambangkan Parti Pas berduyun-duyun mengiringi calon Pas semasa hari penamaan calon Sabtu lalu.



Adakah mereka ini dipaksa untuk menghabiskan masa mereka berhujan dan berpanas beramai-ramai dan hinggakan ada yang sanggup membawa anak dan isteri bersama? Senario bangsa selain daripada bangsa Melayu menyokong Pas amatlah jelas selepas tertubuhnya Pakatan Rakyat.




Namun senario begini tidak memberi kesan kepada kerajaan kerana BN masih berpendapat bahawa mereka satu-satunya yang layak memerintah Malaysia. Jadi rakyat Malaysia seharusnya bangkit pada PRU 13 nanti dan buktikan kepada dunia, kita sebenarnya boleh berubah....

Mungkin Kah?



Mungkinkah Bagan Pinang menyaksikan satu lagi kemenangan rakyat Malaysia setelah diumumkan calon Pas menang pada 11 Oktober nanti? Persoalan yang bermain didalam benak seluruh rakyat sekarang ini adalah, apakah pengundi di Bagan Pinang nanti mempunyai keberanian untuk berubah, mempunyai kesediaan untuk menempatkan diri mereka seiring dengan pengundi - pengundi terdahulu seperti yang berlaku di Kuala Terengganu.

Berani menunjukkan kuasa rakyat yang sebenarnya..berani menolak calon yang rasuah serta berani menongkah arus membenam Umno di kubu mereka sendiri. Rakyat Bagan Pinang sebenarnya berhak kepada calon yang bersih dari segala rasuah atau penyelewengan. Biarpun dicanangkan bahawa Isa telah pulih setelah menjalani hukuman dari Umno. Umum mestilah sedar, hukuman yang dijatuhkan tidaklah setimpal dengan jenyah yang dilakukan. Isa sepatutnya diadili didalam mahkamah rakyat, jika ada pesalah rasuah menjalani hukuman penjara dek kerana beberapa helaian duit RM 50, apa istimewanya Isa yang hanya digantung keahlian Umnonya dari dipenjara akibat ratusan ribu ringgit politik wang? Dimanakah rasionalnya jika sesetengah rakyat layak diadili oleh mahkamah sivil, sedangkan orang yang berkepentingan terlepas begitu sahaja akibat pengaruhnya?

BN dan Umno terus bongkak kerana masih lagi berpendapat rakyat khasnya pengundi - pengundi Bagan Pinang masih lagi boleh dicucuk hidung mereka dan menurut segala telunjuk mereka biarpun calon yang dipilih bergelumang dengan dosa. Umno terus menerus menghina rakyat seolah - olah rakyat selama ini dengan senang dapat dijinakkan dengan wang ringit dan dengan segala bentuk kebatilan dan terus menyoong Isa Samad.

BN dan Umno terus bongkak berdiri dibelakang SPR yang terus menerus mempertahankan penyelewengan Undi Pos yang berjumlah lebih daripada 4500 undi. Terus menerus bersandiwara dengan lagak bak pembela rakyat khasnya masyarakat tentera. Menari dengan rentak yang sumbang, berdolak dalih mempermainkan hati rakyat, walhal , pelbagai bentuk kezaliman menjadi agenda khas mereka. Agama dikesampingkan jauh-jauh dalam pemerintahan mereka selama ini.

Mungkinkah kemenangan Pas dikubu kuat Umno nanti akan menjadi titik permulaan kepada kejatuhan Umno dan BN. Tidak mustahil jika kemenangan ini nanti menambahkan satu lagi episod duka kepada pemimpin-pemimpin yang korup. InsyaAllah....

Monday, October 5, 2009

Bagan Pinang...Satu Perubahan



Tirai hari penamaan calon di Bagan Pinang sudahpun berlabuh, hiruk pikuk riuh rendah lautan manusia sudah berakhir, dan gendang peperangan pun sudah mula kedengaran. Seperti biasa, Umno dengan senjata media arus perdana mereka sudah mula memainkan peranan mereka sebaik-baiknya. Isu - isu yang kecil diperbesarkan agar dapat menagih simpati rakyat kepada mereka. Harap-harap kekalahan mereka yang lalu dapat dihindarkan.



Terbaru , kecoh isu penyokong Pas mengganas di Bagan Pinang. Media pro BN memainkan peranan mereka dengan provokasi-provokasi murahan. Azeez yang mengaku dipukul oleh 9 orang penyokong Pas memainkan peranan beliau sebaik mungkin untuk menunjukkan keburukan penyokong Pas. Tiada kesan calar atau lebam dan bajunya pun bersih ketika beliau berjumpa dengan YB Salahuddin Ayub sejurus beliau dipukul.Taktik yang sedemikian rupa diguna oleh mereka sebaik mungkin untuk menghentam Pas tanpa dapat dijawab balik oleh Pas.



Namun , setiap kali penamaan calon yang melibatkan calon Pas, rakyat dari seluruh Malaysia tanpa dapat disekat - sekat berbondong-bondong datang memberi sokongan padu. Rakyat dari segenap lapisan masyarakat dan dari latarbelakang yang berbeza bersatu hati menunjukkan solidariti yang kuat menyokong calon Pas. Hatta, rakyat dari keturunan Tiongha dan juga India juga sanggup datang ke Bagan Pinang untuk menunjukkan sokongan mereka sekarang, walupun hujan lebat mncurah-curah diawal pagi.


Inilah perubahan yang amat ditakuti oleh rejim pemerintah sekarang ini. BN begitu takut jika rakyat bersatu menentang kezaliman mereka selama ini. Diharap perubahan yang menunjukkan rakyat berbilang bangsa menyokong Pas memberi gambaran yang jelas kepada seluruh pengundi di Bagan Pinang bahawa 1Malaysia perlukan perubahan bermula di Bagan Pinang. Tolak Rasuah Rakyat Sejahtera.