Wednesday, September 2, 2009
Episod Duka di Perak
Hari ini 2 hb September 2009 , seluruh rakyat Malaysia menyaksikan satu lagi episod duka di Perak. Episod yang membawa kepada kemungkinan satu lagi keadaan tegang politik negeri Perak. Selepas 7bulan pemerintahan yang sah digulingkan oleh BN dengan kerjasama pihak berkuasa Polis dan Mahkamah, wakil - wakil pilihan rakyat cuba mengadakan sidang DUN telah dihalang oleh kerjaan haram BN. Sekali lagi pihak yang tidak bertanggung jawab ini menggunakan segala saluran penguatkuasaan bagi menghalang hak yang terkandung didalam perlembagaan Malaysia.
Episod yang duka ini menyaksikan lagi bagaimana pihak yang tidak bertanggungjawab ini menyalahgunakan kuasa yang mereka perolehi secara haram bertindak diluas batasan menghalang penjawat awam menjalankan tugas mereka. Ditambah pula dengan kekejaman dan kerakusan pihak polis yang tanpa segan silu untuk bertindak diluar batasan setiap kali perhimpunan diadakan oleh Pakatan Rakyat. Dan akan hanya memandang dari jauh jika ianya dilakukan oleh BN.
Hari ini rakyat Perak khasnya telah ditidakkan hak mereka kerana kerajaan yang mereka pilih secara sah melalui proses pilihanraya telah dibenarkan untuk menjalankan tugas mereka. Sekalipun BN menyatakan bahawa mereka adalah kerajaan yang sah di Perak, namun legitimasinya tetap dipersoalkan dan rakyat tetap tidak akan menerima sebuah kerajaan yang tidak dibentuk dari pilihan mereka.
Umum termasuklah mereka yang diluar negara telah pun mengetahui bagaimana BN dibawah pemerintah yang gila kuasa Najib , menggunakan pelbagai bentuk tekanan melalui saluran undang-undang yang dipengaruhi mereka untuk merampas kuasa. Walau apa pun alasan yang diberikan, rakyat tidak akan mengiktiraf pemerintahan yang tidak dipilih rakyat. Dan jika DUN Perak dibubarkan, Umno/BN akan mengalami kekalahan yang amat dahsyat dan tidak mustahil tampuk pemerintahan akan beralih kepada Kerajaan Rakyat,'Pakatan Rakyat'.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment