Tuesday, September 1, 2009

Sejarah Berulang ?



Mungkinkah sejarah Umno merampas Negeri Perak akan berulang sedkit masa lagi? Sasaran kali ini oleh Pok Jib adalah Negeri Selangor. Terdahulu semasa merasmikan mesyuarat Perwakilan Bahagian Kuala Selangor 9 Ogos lalu , beliau secara terang-terangan mengisytiharkan niatnya secara terbuka untuk ‘merampas semula Selangor'. Berbeza dengan rampasan kuasa Negeri Perak yang berlaku dalam diam...Namun kali ini beliau lebih berani dan dengan bongkaknya mengisytiharkan niatnya tanpa berselindung lagi.

Lebih menyakinkan lagi apabila ADUN Pelabuhan Klang dari PKR, Badrul Hisham Abdullah tidak dapat dikesan. Sepertimana yang berlaku di Perak, ADUN terbabit pada kebiasaannya ‘hilang' sebelum muncul semula untuk mengumumkan mereka telah keluar parti. Inilah yang berlaku dalam kes ADUN Perak - Jamaluddin Mohd Radzi, Osman Jailu, Hee Yit Foong dan Nasharuddin Hashim.


Mungkinkah akan ada katak di Selangor ?



Apakah ini akan berlaku? dan adakah Pakatan Rakyat hanya akan melihat sahaja perkembangan ini tanpa berbuat sesuatu untuk menghalangnya? Mungkinkah strategi untuk menawan semula Selangor oleh Umno sudah berjalan sekian lama? Dan sekarang Umno sedang mengorak langkah memburukkan kerajaan Pakatan rakyat di Selangor dengan isu-isu sensai sekarang ini. Mungkinkah Umno adalah dalangnya perarakan 'Lembu' baru-baru ini?

Persoalannya, mampukah Pakatan Rakyat bertahan dari serangan bertubu-tubi Umno di Selangor. Khir Toyo seperti dirasuk hantu mencari segala kesalahan mahu pun kesilapan kecil yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat disegenap inci tanah di Selangor. Dan secara konsisten mengkritik perjalanan pentadbiran Kerajaan Selangor biarpun baru setahun setengah diperintah Pakatan Rakyat.

1 comment:

Anonymous said...

Tahniahhhh!!!!!!! Anda telah berjaya menjadi seorang blogger TBI.Teruskan perjuangan enta