N3 - KOTA SEPUTEH
Setelah bertungkus lumus selama hampir 4 jam hari ini ,Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, hari ini memutuskan tiada kekosongan kerusi bai DUN Kota Seputeh. Pilihan raya kecil itu menjadi sebutan banyak pihak ekoran kemungkinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Seputeh, Datuk Abu Hassan Sarif – dari Umno-BN – digugurkan daripada jawatannya kerana gagal hadir dua kali sidang DUN tanpa kebenaran Speaker.
Keputusan ini sebenarnya sudah dijangka lebih awal memandangkan keadaan Umno/BN yang tenat sekarang ini dan tak mungkin bagi mereka untuk menempuh satu lagi kekalahan yang mengaibkan ini. Umno/BN menang kerusi DUN Kota Seputeh pada PRU 12 yang lalu dengan kelebihan majoriti yang kecil iaitu hanya 495 undi.
Dalam keadaan semua parti - parti komponen BN yang terdesak sekarang ini, MCA dengan Tiongnya , MIC dengan Sothianya dan PPP dengan Kayveasnya, besar kemungkinan BN dengan kuasa yang ada mempengaruhi SPR untuk membuat keputusan yang sedemikian rupa. Dengan keputusan ini, jelas sekali lagi , SPR memperkosa undang-undang yang ada sewenang-wenangnya. Jelas sekali kuasa Speaker sekali lagi telah diketepikan dan dikotak-katikan oleh SPR sesuka hati. Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.
Episod membelakangi kuasa Speaker ini bermula diPerak, dan sekarang seakan menjadi tradisi untuk merebak kenegeri-negeri Pakatan Rakyat. Umno/BN dengan kuasa yang ada tidak segan silu melangar segala undang-undang yang ada. Mungkin ada tangan - tangan ghaib yang haprak disebalik keputusan ini?
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment