Wednesday, October 21, 2009

Songkok Tinggi


Sesudah berusrah semalam , kami ke Cherita Kedai Kopi di kiosk Bertam untuk 'supper'. Tertarik dengan pelayan-pelayan lelaki kedai itu yang semuanya bersongkok tinggi. Kemungkinan besar tuan punya kedai semestinya penyokong setia Umno, kerana , Umno dan Songkok Tinngi memang dah sinonim sejak azali.

Umno ni memang suka kepada yang tinggi-tinggi...Nak bangunan nak yang tinggi....komisen nak yang tinggi .... nak wang rasuah pun nak yang tinggi....pendek kata nafsu mereka memang tinggi. Teringat akan seorang sahabat aku...orang Perak. Sejak aku kenal dia, saiz dia dari sekolah dulu sampai la sekarang ni..tak tinggi - tinggi. Namun, sebagai seorang ahli Umno tegar, nafsu dia memang tinggi. Dia sanggup berbelanja ratusan ribu ringgit sehinggakan ke angka Setengah Juta ! untuk melabur menjadi Ketua Pemuda Bahagian sedikit masa dulu. Katanya, "Alaih Rm 500 ribu ni akan beranak berlipat kali ganda bila aku menang nanti". Politik Wang Lagi!!

Rentetan rasuah di negara kita ini kalau dibongkar satu persatu tidak berkesudahan dan hanya menyakitkan hati setiap yang mendegarnya. Negara kita ini tidak mungkin akan terlepas dari gejala rasuah jika pemimpin pun tidak begitu teringin nak menghalangnya. Rasuah dan Umno dan Songkok Tinggi dah jadi sedarah sedaging. Setiap kali rasuah berlaku mesti terlibat dengan ahli Umno yang bersongkok tinggi. Mungkinkah..lagi tinggi songkok dia lagi tinggi rasuah dia?

Terbaru, hospital besar di Pekan Pahang, harga RM 100 juta, tapi sampai sekarang hospital ini terbiar begitu saja kerana tidak memenuhi kriteria bangunan dan kekurangan kelengkapan hospital. Duit dah dibayar, tapi kontraktor selamba saja dan tidak ada 'sense of urgency ' nak lengkapkan pembinaan hospital tersebut. Kalau diselidiki lebih lanjut, tak mustahil ada yang bersongkok tinggi terlibat didalam skandal ini. Bayangkan jika duit sejumlah ini dibelanja dengan berhemah dan telus..tidak mustahil negara kita ini akan lebih makmur dan sejahtera jika bebas dari segala gejala rasuah.

Kesimpulannya Songkok Tinggi = Umno = Rasuah

1 comment:

jusaidi salleh said...

assalammualaikum.. terimakasih atas kunjungan saudara ke CHERITA kedai kopi tempohari. untuk pengetahuan saudara, imej songkok bukan milik umno sahaja. imej tsbt di bina untuk mengambarkan melayu era 40an-60an. kami dengan penuh rasa rendah diri ingin meyatakan objectif kedai kopi adalah untuk menyediakan pilihan makanan ala kopitiam yang halal kpd umat islam di seluruh malaysia insyaallah. bermula kecil dan dengan penuh tawadduk membina ekonomi ummah dan menyediakan pekerjaan kepada saudara sesama islam adalah antara matlamat kami. insyaallah awal tahun depan cawangan di pulau (pinang) akan di buka. insyaallah , saya bermula dari membasuh pinggan di restoran melayu milik kaum cina dan sekarang di tempat kan saya di sini menggalas tanggungjawab yang lebih besar. kejayaan kami , insyaallah adalah dari sokongan saudara2. terimakasih dan jumpa lagi.