Friday, April 29, 2011

Apa Dah Nak Jadi...

Apa dah nak jadi dengan media di negara kita sekarang? Sejak bila pula kita mula memberi laluan kepada media untuk menayangkan apa sahaja gambar yang penuh kontroversi dan lucah dikaca TV? Sejak bila media diberi kelonggaran sedemikian rupa hanya kerana untuk kepentingan politik pihak tertentu...

Apakah begitu rendah moral pengendali stesyen tv sekarang ini hingga sanggup menggunakan ruang yang ada ini untuk mengaibkan individu-individu tertentu dikaca tv? Tak malukah kita sebagai umat Islam kepada penganut agama lain dan apakah tiada langsung sekelumit rasa hormat dalam diri kita kepada mereka dan keluarga mereka ?

Semalam sebuah stesyen tv bertindak menayangkan sebahagian video klip lucah semasa waktu perdana untuk tontonan ramai, walupun telah dikaburkan gambarnya, namun susuk tubuh masih dapat dilihat dengan jelas. Tindakan ini amatlah menggemparkan seluruh rakyat negara ini kerana tidak sepatutnya tv dijadikan alat oleh pihak tertentu untuk mengaibkan individu - individu tertentu dan memberi gambaran kononnya sipelaku merupakan ketua pembangkang DSAI.

Hari ini kita dikejutkan pula dengan telatah 3 VVVVVVVVVVIP iaitu Trio 3T yang melakukan sumpah laknat dimasjid. Dilindungi ketat oleh pihak polis, VVVVVVVVVVIP yang sebelum ini bertindak menayangkan video lucah untuk tontonan awam wartawan, bertindak melakukan satu lagi tindakan drastik iaitu cubaan mempengaruhi rakyat terutamanya orang Melayu agar mempercayai tuduhan mereka terhadap DSAI dengan bersumpah.

Islam mengajar kita agar menjauhi diri dari memfitnah kerana balasan memfitnah amatlah azab dan pedih, tambahan pula jika sipembawa berita gagal membawa 4 orang saksi sebagaimana dituntut Islam dan akan dikenakan hukuman 'qazaf' keatasnya jika gagal berbuat demikian.

Apa akan terjadi selepas ini setelah Eskay melakukan sumpah laknatnya tadi ? Yang pastinya media-media elektronik dan cetak milik Umno akan berlumnba-lumba menayangkan klip video sumpahan Eskay dengan harapam lebih ramai dripada rakyat terikut-ikut dengan rentak mereka an mula menjauhi Pakatan Rakyat kelak.

Sunday, April 24, 2011

Erti Sebuah Kemenangan .....

Pas bertanding 5 kerusi pada PRN Sarawak baru-baru ini, dan seperti dahulu, Pas tidak menang di kelima-lima kerusi tersebut. Pas kalah lagi ! Pas patut menilai prestasi sendiri ! Presiden Pas liabiliti ! Itu antara komen serta kritikan pedas segelintir pengkritik bebas, malah, ada diantara kita pendokong Pas juga mengiakannya. Tak kurang juga yang merasakan kesedihan atas kekalahan ini. Sejak berakhirnya PRN Sarawak, Pas dikecam hebat, Pas dilihat lemah dari segi jentera parti dan tak kurang juga mengatakan Pas harus merubah saf kepimpinannya untuk berganding seiring bersama Pakatan Rakyat.

Apa sebenarnya erti kemenangan? Menangkah kita jika kita bertanding mana-mana kerusi dan menang kerusi tersebut? Cukupkah jika kemenangan Pas di salah satu dari 5 Dun yang ditandinginya ? Pincangkah kepimpinan yang ada sekarang hinggakan ada yang sanggup bermain api antara kita? Ada yang sanggup mencadangkan perubahan hinggakan keperingkat tertinggi hanya kerana Pas kalah dikerusi-kerusi tersebut?

Malah apa hak mereka yang diluar sana mencadangkan agar TGHA meletak jawatan dan digantikan dengan pemimpin lain? Bukankah ahli-ahli Pas yang lebih berhak menentukan siapa yang sepatutnya berada ditampuk kerusi tertinggi Pas dan bukannya mereka-mereka yang berada diluar sana...

Kemenangan bukannya bermakna Pas perlu menang semua kerusi yang disertai Pas. Bukannya kalah itu maksudnya Pas harus bertindak merombak saf kepimpinannya dan kalah bukan juga bermaksud Pas harus lari dari tanggungjawab sebenar dan tujuan penubuhan Pas yang sebenarnya, memertabatkan Islam di Malaysia.

Malah jika dinilai penerimaan masyarakat berbilang kaum di Sarawak kepada Pas sepanjang kempen PRN telah menunjukkan kemenangan Islam sebenarnya. Bayangkan ayat-ayat Allah berkumandang didalam rumah-rumah panjang yang sebelum ini tidak pernah diimpikan. Bayangkan penerimaan ketua-ketua suku kaum yang bukan beragama Islam datang mendengar ceramah TGNA yang diselitkan ayat-ayat suci AlQuran. Bukankah ini merupakan satu kemenangan kepada Islam sebenarnya ????????

Saturday, April 23, 2011

Kempen Kutip RM 11.5 Juta ?

Umno PP semakin tertekan bermula hari ini apabila 115 ribu warga emas dinegeri Pulau Pinang mula diagihkan wang saguhati RM100 seorang dibawah skim khas Penghargaan Warga Emas oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Umno PP yang dahulunya bertindak lantang menyanggah program ini atas alasan kononnya wang yang diberikan datang dari sumber haram kerajaan negeri. Sehinggakan Umno bertindak mengutip puluhan ribu ringgit untuk dipulangkan kepada kerajaan negeri beberapa bulan lepas. Kononnya, Umno didatangi ribuan warga emas yang tidak berpuas hati dan ingin mengembalikan wang mereka semula kepada kerajaan negeri. Namun, sehingga semalam, wang dan juga nama-nama warga emas yang ingin berbuat demikian tidak pula dapat disediakan Umno PP.

Sebaliknya, Umno PP sengaja ingin mempolitikkan isu ini atas hasad dan dengki serta iri hati terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat tempat dihati rakyat PP. Program Penghargaan Warga Emas yang memasuki tahun kedua ini jelas menunjukkan keperihatinan kerajaan negeri dibawah kepimpinan LGE. Malah , hasil jimat cermat serta pembasmian ketirisan yang ketara serta ketelusan pemerintahan inilah memungkinkan perbelanjaan ini dikawalselia serta disediakan kerajaan negeri untuk tahun kedua ini.

Penghargaan Warga Emas yang dimulakan tahun lepas berjaya direalisasikan sekali lagi tahun ini hasil daripada ketelusan serta kecekapan kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir negeri jika dibandingkan dengan kerajaan pimpinan Koh Tsu Koon dan Umno dahulu. Apakah alasan Umno kali ini untuk menabur fitnah keatas kerajaan negeri berhubung wang RM100 ini? Apakah akan ada kutipan serta gambar lakonan titisan air mata rakyat PP menghiasi dada-dada akhbar mengadu perihal RM 100 ? Ataupun mungkinkah akan ada muka-muka tak malu dipancarkan melalui tv 3/4 meraung-raung kesedihan ? Kita tunggu dan lihat.......

Friday, April 22, 2011

Perlukah Kita Menukar Pemimpin ?

Kekadang kita terfikir untuk bertindak lebih drastik setiap kali menjelang pemilihan pucuk pimpinan parti samaada diperingkat cawangan, kawasan , negeri malah pusat. Sekonyong-konyong jugalah ada pengkritik-pengkritik yang tak diundang meluahkan kritikan masing-masing samaada yang berbentuk membina minda dan tak kurang juga yang jauh menyimpang menghentam kononnya beliau berhak atas tiket sebagai seorang pengkritik bebas.

Umum mengetahui, semua orang berhak mengeluarkan pendapat masing-masing keatas mana-mana pemimpin. Dan sememangnya lumrah manusia untuk bertindak mengikut kemahuan dan pendapat masing-masing yang kekadang menyinggung dan menarik reaksi yang berbeza-beza. Ada kalanya didorong sentimen dan situasi semasa, pengkritik menghamburkan pelbagai kritikan-kritikan yang kadangkalanya jauh menyimpang dari tujuan untuk membantu. Walhal, kepimpinan yang ada sekarang itu bukannya seburuk yang disangka dan bukan pula yang jauh dari matlamatnya.

Adakalanya, kita meluahkan pendapat kita seolah-olah kepimpinan yang ada sekarang memerlukan perubahan. Tapi sedarkah kita, setiap perubahan yang dilakukan tanpa diperhalusi ataupun dinilai secara terperinci akan mendatangkan lebih keburukan?

Baru-baru ini , TGHA dikritik hebat oleh pakar politik Malaysia Pro Abdul Aziz Bari dn dinilai sebagai liabiliti kepada Pakatan Rakyat jika terus memimpin Pas. Lantas dengan pantas ditepis oleh kebanyakkan kepimpinan Pas dan ada juga yang berpendapat lebih moderate dengan memberi pelbagai komen yang sedikit sebanyak mengiakan apa yang diluahkan Prof Aziz Bari. Tapi, perlu diingatkan dalam menilai pemimpin, semua aspek harus diteliti dan bukannya hanya bersifat yang menguntungkan saja. Adakalanya pemimpin sepatutnya ditukar namun benarkah apa yang diinginkan kelak akan membawa hasil yang lebih baik dari yang terdahulu? Bercakap untuk membuat perubahan merupakan sesuatu yang cukup senang dari menghadapi perubahan itu sendiri.

Acapkali juga kita lebih bersikap mementingkan golongan tertentu untuk memimpin dan kerapkali juga kita tersandung dengan gerak kerja kita sendiri dalam memastikan individu - individu tertentu menjadi pemimpin. Tidak kurang juga ada diantara kita bergerak menuju kearah lobi - melobi dengan tujuan individu-individu tertentu dipilih menjadi pemimpin. Bukannya salah untuk berbuat demikian, namun, batas-batas agama dan norma-norma serta garis panduan yang perlu diikuti mestilah diberi perhatian. Jangan dalam keghairahan kita untuk berkempen, kita lupa kita telah meredah garisan halus pemisahan antara kebaikan dan keburukan yang akhirnya menimbulkan bibit-bibit perpecahan diantara kita.

Dalam pada itu, musuh-musuh politik diluar akan terus memainkan peranan mereka untuk memecahbelahkan keharmonian antara pemimpin. Gerakerja yang begitu halus tanpa disedari kita menular untuk memastikan perpecahan antara kita terjadi kerana lebih senang kita dimusnahkan jika tidak ada keserasian antara saf kepimpinan. Berfikirlah secara lebih matang dalam memilih pemimpin yang akan menerajui kita untuk 2 tahun akan datang lebih-lebih lagi menjelang PRU 13 nanti.

Saf kepimpinan kawasan, negeri malah pusat nanti akan membentuk barisan hadapan kepimpinan menerajui parti bergandingan dengan PKR dan DAP dalam PRU 13 nanti. 'Chemistry' ataupun keserasian cukup penting dan amatlah bermakna untuk kita agar kesinambungan gerak kerja nanti terpelihara dan berjalan lancar. Keserasian ini penting untuk memastikan satu bentuk persetujuan yang jitu dapat di'interpretasikan' kepada tindakan yang lebih bersifat realistik daripada yang bersifat bermuka-muka.
Justeru itu adalah menjadi kewajipan kita untuk memastikan kepimpinan ynag dipilih nanti bukan saja dapat bekerjaama dengan baik dan membentuk keserasian yang jitu malah dapat juga diterima oleh majoriti ahli.

Persoalan samaada perlu atau tidak untuk kita menukar pemimpin bukannya terletak atas memastikan kemenangan PRU sahaja, tapi, juga untuk memastikan kesinambungan perjuangan parti terlaksana dan keharmonian serta keluhuran antara saf kepimpinan juga perlulah diambil kira.

Wallahualam.....

Wednesday, April 20, 2011

TG Nik Aziz jawab Aziz Bari

Saya diminta oleh pihak media untuk memberikan respon terhadap kenyataan seorang pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang ditukar ekoran kekalahan PAS di Terengganu pada tahun 2004 dan juga kekalahan PAS di dalam siri beberapa pilihanraya kecil kebelakangan ini termasuk juga kegagalan PAS merebut sebarang kerusi di dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lalu.

Pertama saya ingin menyatakan bahawa Dr Abdul Aziz Bari selaku seorang warganegara Malaysia yang layak untuk mengundi berhak untuk mengeluarkan pandangan beliau terhadap PAS.

Ini kerana PAS selaku parti yang bertanding di dalam pilihanraya memerlukan undi daripada rakyat dan bukan hanya sekadar undi ahli-ahlinya sahaja untuk menang di dalam pilihanraya.

Justeru, ini merupakan hak Dr Abdul Aziz Bari untuk mengeluarkan pandangan beliau. Selebihnya, terserahlah kepada ahli-ahli PAS untuk membuat penilaian dan keputusan yang terbaik.

Namun, perlu saya ingatkan, PAS mempunyai kaedah-kaedahnya yang tersendiri untuk memilih pemimpin. Menukar pemimpin semata-mata kerana kalah dalam pilihanraya adalah satu langkah yang kurang tepat. Ini kerana belum tentu jika individu lain dipilih, PAS boleh menang pilihanraya.

Sememangnya memenangi pilihanraya ialah satu perkara yang dikehendaki, namun kegagalan untuk menang dalam pilihanraya bukan sahaja berlaku hari ini, bahkan ia telah berlaku semenjak PAS ditubuhkan lagi.

Hakikatnya, kekalahan dan kemenangan sentiasa silih berganti dalam perjuangan PAS.
Jika hanya kerana mengalami kekalahan, PAS mahu menukar pemimpin, apa kata jika PAS terus kalah apabila pemimpin ditukar? Adakah pada masa itu sekali lagi pemimpin akan ditukar?

Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT.

Sekian, wassalam

What Liability ?

Recent comments by Prof Aziz Bari on Pas President was uncalled for.... To label the President Pas as sole liability to Pakatan Rakyat on the upcoming PRU 13 cannot be acceptable at all considering the amount of all the hard work done by the TGHA for the past years.

Pas has groomed under his leadership and recognized throughout Malaysia and even the whole world. Pas under his leadership has begun to be acceptable by the non Muslim community. Pas under TGHA transformed to a better PAS and begun to gain respect from coalition parties in Pakatan Rakyat and also from Umno. And it was unfair for Aziz Bari to criticise TGHA and put on all the blames on the President shoulder.

To indict TGHA solely on the loss of Trengganu to BN during the PRU 12 is not fair considering the other factors involved. Trengganu was very special to BN due to its oil reserved. As such, BN put extra efforts to secure the state including lots of undesirable actions during the elections ,even to the extend of extending the vote hours. And at some places, the rate of voters turned out to vote were above the par up until more than 99%.

Why in the mist of Pas party election, such remarks made by this prominent political analyst ? Or why Aziz seems to gear up his criticism now right after the PRN Sarawak ? However, we need not to entertain such political views and begin to retaliate considering the facts that everybody can has their own opinions.What matter the most are the party members perception , Pas members are matured enough to think and matured enough to make their own decision and need not to heed on other people views especially coming from an outsider.

Remember that under TGHA leadership, Pas had doubled up the Parliment seats , captured Kedah and secured Kelantan during the 2008 election. Aziz Bari might has his own opinions on TGHA, however, Pas members are the rightful owner to decide on this and Aziz Bari should reconsider his thoughts. Honestly, the timing to make such opinions or remarks especially before the party election is not called for........

Sunday, April 17, 2011

Bila PRU 13 ?

Percaturan politik BN ditangan Najib sekarang ini. Selepas PRN Sarawak berakhir semalam, Najib yang sebelum ini mungkin berkira-kira untuk mengumumkan PRU 13 sedikit masa lagi mungkin akan menundanya memandangkan keputusan PRN Sarawak menunjukkan penyerosotan yang ketara undi popular BN. Apakah kesan dari PRN Sarawak memungkinkan PRU 13 ditunda hingga ke tahun 2013 ?

Najib semakin tertekan sebenarnya setelah tamatnya PRN Sarawak. Berlandaskan keputusan semalam, biarpun BN memenangi lebih dari 2/3 kerusi yang dipertandingkan, undi-undi yang diterima oleh BN masih lagi menunjukkan tsunami politik 2008 sudahpun melanda Sarawak. Rakyat dikawasan bandar secara terang-terangan menolek kepimpinan BN dan keputusan ini sudah cukup untuk menggentarkan Najib. Seperti di Semenanjung padaa tahun 2008 lalu, rakyat di kawasan bandar-bandar yang mempunyai kemudahan internet menunjukkan perubahan drastik untuk menyokong Pakatan Rakyat. Ini adalah kerana media-media yang diperlopori BN telah memutarbelitkan fakta-fakta hinggakan memaksa rakyat Sarawak beralih kepada media elektronik seperti blog-blog dan juga portal-portal berita yang lain.

Kesan dari angin perubahan yang melanda Semenanjung sebelum ini, sentimen kepincangan tampuk pemerintahan BN di Sarawak menjadi isu yang hebat dan ditambah pula dengan kesan terus dari politik fitnah yang membabitkan DSAI. Rata-rata penganalisa politik berpendapat Najib tidak akan semudah itu untuk mengisytiharkan pembubaran Parlimen sedikit masa lagi.

Najib sedar kemenangan BN mengekalkan 2/3 majoriti kerusi di PRN Sarawak sebenarnya tidak boleh dibanggakan kerana jika diambil kira undi popular rakyat, BN hanya mendapat 55% berbanding Pakatan Rakyat dan Pembangkang lain. Justeru itu, untuk membubarkan Parlimen dengan kesan dari keputusan PRN Sarawak jelas mempunyai risiko yang tinggi. Malah, Najib berira-kira pula untuk memperkukuhkan cengkaman mereka dibandar-bandar seluruh negaraa sebelum bertindak untuk membubarkan Parlimen Malaysia.

Tambahan pula, ada ura-ura negeri - negeri Pakatan Rakyat mungkin tidak akan bersama BN untuk turut membubarkan Dun negeri masing-masing, lantas, ini menambahkan lagi kerisauan Najib dan pemimpin-pemimpin BN yang lain.

Kepada rakyat Malaysia, teruskanlah momentum ini dan berusahalah untuk memastikan Pakatan Rakyat berjaya kali ini demi Malaysia Baru....

BN Menang lagi..

Semalam, Taib Mahmud sekali lagi mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru untuk penggal ketujuh dihadapan Yang DiPertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng. Meskipun rakyat seakan-akan mampu bangkit untuk membuat perubahan besar pada PRN semalam, namun, kesempatan yang diberikan ini gagal dimenafaatkan oleh mereka dan sekali lagilah rakyat Sarawak akan menerima nasib yang serupa.

PRN Sarawak yang dijangkakan akan berlaku perubahan dalam pemerintahan tertinggi negeri telah melabuhan tirainya dan sekali lagi BN menguasai kerusi-kerusi di luar kota sementara Pakatan Rakyat berjaya menggandakan jumlah kerusi mereka di bandar-bandar.

Pun begitu, sejumlah 44% rakyat Sarawak sebenarnya menolak BN berdasarkan jumlah peratusan undi yang diterima. Namun, oleh kerana kedudukan serta taburan kerusi mengikut Dun, BN berjaya mengekalkan 2/3 majoriti ini.

BN -> Menang 55 (372,379 undi)
PKR -> Menang 03 (117,100 undi)
DAP -> Menang 12 (134,847 undi)
PAS -> Menang 0 (9,719 undi)
SNAP -> Menang 0 (15,663 undi)
PCM -> Menang 0 (2,895 undi)
Bebas -> Menang 01 (20,064 undi)

Apapun, PRN kali ini telah membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia, perubahan besar bakal terjadi jika trend sebegini berterusan dan rakyat semakin berpengetahuan dan menggunakan media-media alternatif seperti internet untuk mendapat kesahihan berita.

Ucapan Tahniah kepada seluruh jentera pilihanraya Pakatan Rakyat yang selama 10 hari berkampung untuk membantu rakyat menbuat pilihan yang tepat. Walaupun Pakatan Rakyat kalah , namun, undi yang meningkat menggambarkan keikhlasan rakyat untuk teru mamberi sokongan padu mereka.

Saturday, April 16, 2011

Siapa Menang ...?

SPR menjangkakan keputusan penuh PRN Sarawak hari ini selewat-lewatnya pukul 8 malam...Setelah hampir 10 hari berkempen sejak 6 April yang lalu, hari ini penentuan samada BN akan terus memerintah Sarawak ataupun sebuah kerajaan baru pimpinan Baru Bian akan dinobatkan.

10 hari waktu berkempen tamat beberapa jam lalu, dengan sambutan besar ceramah finale Pakatan Rakyat di Kuching mendapat sambutan luar biasa dengan hampir 20000 pengunjung. Melihat sambutan rakyat yang sedemikian rupa, teringat, tsunami politik 2008 yang lalu, dan adakah ianya akan menjadi kenyataan di Sarawak akan terjawab malam ini. Pun begitu, PRN Sarawak kali ini cukup istimewa untuk kita menilai samada rakyat berubah dari segi mentaliti dan kepompong lama dibawah BN ataupun membuat keputusan untuk melangkah kehadapan demi generasi akan datang.

Terpulanglah kepada pengundi-pengundi rakyat Sarawak hari ini untuk merenung sejenak dan menilai semula apa yang sepatutnya mereka perolehi dari kerajaan BN selama ini dari terus dimomok apa yang telah diberikan BN sebelum ini. Bukannya ingin bersifat tamak ataupun tidak menghargai apa yang BN lakukan selama ini, namun hakikatnya adalah lebih kepada keburukan yang dilaksanakan BN dan penindasan serta penyelewengan Taib Mahmud lebih 30 tahun menjadi KM Sarawak.

Hari ini diharap segala pembongkaran serta pendedahan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat akan kepincangan BN selama ini menjadi pedoman pengundi-pengundi untuk membuat pilihan yang terbaik. Diharap juga segala penat lelah jentera Pakatan Rakyat membuahkan hasil yang baik dan menjadi satu kelebihan kepada rakyat untuk meneruskan agenda perjuangan menyingkirkan korupsi dan penyelewengan dari pemerintahan Sarawak dan Malaysia kelak.

Perjalanan untuk meyakinkan rakyat untuk bersama-sama Pakatan Rakyat menerajui Malaysia kearah negara yang sepatutnya lebih makmur dan maju mungkin bermula dengan merampas Sarawak dari BN dan memberi tahu seluruh rakyat Malaysia yang lain, perubahan memerlukan pengorbanan.

Kini terpulanglah kepada rakyat Sarawak untuk membuat keputusan yang terbaik dan menyatakan pendirian mereka untuk berubah......

Thursday, April 14, 2011

Ingatan TGNA Untuk Sarawak....


Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Menemui sekalian pengundi Sarawak budiman. Semoga kita semua berada dalam rahmat Tuhan dan bersedia menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi bagi pilihan raya ke-10 Negeri Sarawak. Sesungguhnya Tuhan telah memberi ingatan kepada kita semua:

Maksudnya: “Pada hari manusia akan keluar berselerak untuk diperlihatkan kepada mereka setiap amalan mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” (surah Al-Zalzalah, ayat 6-8)

Maksudnya: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.” (surah Az-Zariyat ayat 56)
)Justeru mematuhi ingatan Allah ini, kita hendaklah melakukan sesuatu itu dengan niat beribadat, kerana ibadat itu akan mendapat pahala. Pahala pula adalah bekalan untuk kita hidup aman-sejahtera selepas kita mati (berada di akhirat) nanti.

Begitu pula kita kena hendaklah percaya, apabila mengundi itu diniatkan sebagai ibadat, maka ia sama juga dengan sembahyang. Apa yang kita dapat dari sembahyang adalah pahala. Maka mengundi itu juga kita akan dapat pahala. Pahala adalah umpama duit yang yang boleh berjual-beli ketika di alam akhirat (hidup selepas mati).

Apa yang penting, kita hendaklah mengundi calon dan parti yang membawa kebaikan dan membela nasib kita untuk hidup aman-sejahtera. Sesungguhnya calon Pakatan Rakyat, sama ada dari PAS, DAP dan KeADILan adalah terdiri daripada mereka yang layak untuk dipilih. Ini kerana semua mereka memiliki kesungguhan dan sedia membela nasib dan hak kita semua.

Yakinlah, mengundi seorang calon yang layak, pastinya akan dapat berkhidmat dengan baik kepada kita semua. Ia adalah satu amal ibadat yang mulia, dan pasti mendapat restu Tuhan ke arah mencapai hidup yang aman-sejahtera.

Oleh itu, saya berharap agar kita semua dapat melakukan perubahan ke arah membina Sarawak Baru yang menjanjikan keadilan dan kesejahteraan untuk semua rakyat.Terima kasih dan tahniah kerana mengundi calon Pakatan Rakyat––PAS, DAP dan KeADILan.

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan
Al-Mursyidul Am PAS
9 Jamadil Awal 1432H/12 April 2011M.

Wednesday, April 13, 2011

2/3 Bonus????

Ek ele..BeeEnd hanya memerluan majoriti mudah dan jika menang 2/3 kerusi Dun PRN Sarawak, ianya dikira bonus..kata Najib. Najib sekarang ini merasakan peluang BeeEnd untuk menang mudah kali ini semakin sukar memandangkan sambutan rakyat kepada Pakatan Rakyat semakin meningkat. Tambahan pula sentimen kebencian rakyat kepada Taib Mahmud semakin menjadi-jadi.

Pakatan pula akan dikatakan menang besar jika berjaya menidakkan BeeEnd majoriti 2/3 kali ini kerana jentera pilihanraya yang digunakan BeeEnd bukannya sedikit, malah, janji-janji yang ditabur BeeEnd kepada rakyat Sarawak demi meraih undi bukannya sedikit. Jadi, jika dinilai secara terperinci, kejayaan sebenar Pakatan Rakyat jika mereka berjaya mengurangkan majoriti BeeEnd kali ini.Melihat kepada sambutan rakyat kepada Pakatan Rakyat, Najibsemakin terdesak untuk menghampiri rakyat dengan berbaki hanya 2 hari lagi tempoh berkempen.

Rata-rata penganalisa politik sekarang ini berpendapat tidak mustahil lagi untuk BeeEnd tumbang di Sarawak kali ini. Pakatan dikatakan bakal mermpas 19 kerusi terutamanya dikawasan bandar manakala 24 kerusi lagi peluangnya 50-50 diantara BeeEnd dan Pakatan, selebihnya 28 kerusi masih lagi memihak kepada BeeEnd.

Pun begitu, serangan terakhir BeeEnd yang memasuki fasa terakhir ini mungkin digunakan Najib yang terus berkampung di Sarawak hingga ke hari mengundi nanti. BeeEnd akan lebih agresif menabur janji-janji pilihanraya mereka disamping meneruskan usaha meraih undi mereka melalui projek-projek mee segera mereka.

Sejarah bakal terlakar jika momentum sambutan rakyat terhadap Pakatan Rakyat selama tempoh 10 hari berkempen ini diterjemahkan kepada undi. Keadaan semakin berdebar melihat perkembangan mutakhir dengan kedua-dua jentera pilihanraya BeeEnd dan Pakatan Rakyat melipat gandakan usaha meraih undi...

Sama-samalah kita menanti keputusan PRN Sarawa nanti menjelang tengah malam 16 April 2011 kelak. Apakah Najib akan pulang ke Semenanjung dengan berbekalkan kekalahan ataupun kemenangan hanya dapat ditentukan oleh Rakyat Sarawak sendiri....

Tuesday, April 12, 2011

Untukmu Malaysia..

PRN Sarawak mungkin membawa era baru senario politik Malaysia dan mungkin juga akan melakar sejarah tersendiri setelah 50 tahun BeeEnd memerintah Malaysia.Pengundi-pengundi Sarawak mungkin ada yang tidak sedar betapa pentingnya undi mereka kali ini untuk Malaysia khasnya berbanding dimasa tahun 2006 yang lalu. Signifikasinya undi-undi mereka biarpun satu undi akan tercatit dalam lipatan sejarah untuk selamanya.

Rakyat Sarawak haruslah sedar akan kepentingan undi mereka kali ini berbanding dengan tahun 2006 yang lalu. Undi mereka kali ini mencerminkan pendirian seluruh rakyat Malaysia amnya yang inginkan perubahan kepimpinan. Hasil daripada usaha 5 tahun kebelakangan ini oleh pihak yang inginkan keadilan terutamanya Pakatan Rakyat akan ditentukan pada 16 April nanti. Diharap seluruh rakyat Sarawak bermuhasabah dan memandang perihal perilaku kepimpinan BeeEnd selama ini keatas rakyat Sarawak dan Malaysia keseluruhannya.

Kepimpinan BeeEnd selama ini langsung tidak menjurus kepada kesejahteraan rakyat melainkan janji-janji serta pembangunan terpilih yang diatur oleh mereka. Rakyat Sarawak mestilah merenung sejenak kepentingan undi mereka kali ini kepada pembangunan yang sekata serta meliputi seluruh daerah negeri Sarawak dan bukannya ditabur didaerah-daerah yang berkepentingan pemimpin-pemimpin BeeEnd.

Diatas kertas mungkin kemenangan Pakatan Rakyat sukar direalisasikan memandangkn begitu bnyk dana dan jentera kerajaan yang digunakan BeeEnd untuk memancing undi , namun kita tidak seharusnya mengenepikan sentimen anti Taib Mahmud sekarang ini. Jelas perubahan ditagih rakyat Sarawak setelah lebih 30 tahun Taib Mahmud berada disinggahsana, rakyat , tidak kira dari suku kaum , berganding bahu untk menjatuhkan 'rejim' Taib Mahmud. Indikasi menunjukkn rakyat semakin jelak denagn corak pemerintahan Taib Mahmud yang berkait rapat dengan pelbagai bentuk kemewahan dan kekayaan peribadi.

Mutakhir ini, kebangkitan rakyat Sarawak yang semakin cenderung untuk menyokong Pakatan Rakyat semakin jeas. Bayangkan suku kaum Iban sekarang ini semakin berani mengibarkan bendera PAS dihari penamaan calon. Bayangkan ribuan rakyat Sarawak membanjiri jalan-jalan ditempat ceramah-ceramah yang diadakan Pakatan. Atas alasan inilah BeeEnd semakin tertekan dan dilihat semakin menggelupur di Sarawak. Jentera parti BeeEnd dilihat semakin lesu dengan perkembangan ini dan cuba mempertingkatkan keupayaan mereka dengan menabur pelbagai janji-janji kemakmuran serta wang ringgit untuk memancing sebanyak mana undi pada 16 April nanti.

Pun begitu, semakin kita menghampiri detik mengundi, semakin rancak kedua-dua pihak berkempen untuk meraih sokongan padu rakyat Sarawak kali ini. Harapan majoriti rakyat ingin melihat perubahan ataupun transformasi minda serta tindakan pengundi-pengundi Sarawak untuk membuat satu-satunya perubahan yang signifikan ditahun 2011 ini.Jom Berubah......

Monday, April 11, 2011

The Barber....

A friend of mine mailed me this yesterday..Just for thought..


One day a florist went to a barber for a haircut. After the cut, he asked about his bill, and the barber replied, 'I cannot accept money from you, I'm doing community service this week.' The florist was pleased and left the shop. When the barber went to open his shop the next morning, there was a 'thank you' card and a dozen roses waiting for him at his door.

Later, a cop comes in for a haircut, and when he tries to pay his bill, the barber again replied, 'I cannot accept money from you, I'm doing community service this week.' The cop was happy and left the shop. The next morning when the barber went to open up, there were a 'thank you' card and a dozen donuts waiting for him at his door.

Then a Member of Parliament came in for a haircut, and when he went to pay his bill, the barber again replied, 'I can not accept money from you. I'm doing community service this week.' The Member of Parliament was very happy and left the shop. The next morning, when the barber went to open up, there were a dozen other Members of Parliament lining up waiting for a free haircut.

And that, my friends, illustrates the fundamental difference between the citizens of our country and the politicians who run it.

BOTH, POLITICIANS AND DIAPERS NEED TO BE CHANGED OFTEN, AND FOR THE SAME REASON!.....So for the next GE let’s vote for change
Vote Pakatan Rakyat....

Sunday, April 10, 2011

Apa Istimewanya Sarawak ?...


Apa istimewanya sangat PRN Sarawak kali ini hinggakan Najib tidak senang duduk dan terus berkampung bersama-sama Taib Mahmud disana?? Selalunya Najib tidak akan berasa begitu tertekan dengan mana-mana PRK dan selalunya juga timbalan beliau akan mengepalai jentera pilihanraya untuk bertempur secara dekat dengan pembangkang. namun disebabkan senario politik yang begitu mencengkam sekarang ini, Najib terpaksa turun padang kerana kemaraan Pakatan Rakyat serta penerimaan rakyat kali ini amat luar biasa.

Tidak seperti biasa, BN akan mendapat tempat dan mendahului dengan selesa setelah dibantu pebagai agensi kerajaan serta media-media samada tempatan mahupun diperingkat pusat, namun, berbeza kali ini apabilaa ceramah-ceramah serta pendekatan Pakatan Rakyat kali ini cukup istimewa dan seringkali dilihat mendapat respon yang cukup positif dan tidak pernah dilihat sebelum ini pada PRN tahun 2006 yang lalu.

Adakah ini petanda tsunami politik yang melanda semenanjung dahulu kini meresapi keseluruh sanubari rakyat Sarawak? Apakah kelibat DSAI serta pemimpin-pemimpin dari Semenanjung yang dilabel' jembalang' oleh Muhyidin kini menghantui Najib dan jentera pilihanraya BN ? Atau mungkinkah Najib berasa tidak selamat setelah isu-isu seperti video seks , kes Liwat 2 tidak mendapat tempat dihati pengundi Sarawak?

Selalunya Najib akan membiarkan Muhyidin mengetuai setiap PRK namun kali ini semuanya serba tak menjadi dan kebangkitan rakyat menjadi duri dalam daging menyebabkan Najib pening dan terpaksa sekali lagi menyantuni pengundi sendiri. Tambahan pula kelibat Taib yang semakin tidak disukai pengundi menjadikan beliau semakin terdesak untuk memastikan kemenangan 2/3 BN tercapai untuk kali ini.

Berbeza dengan DSAI serta pemimpin-pemimpin Pakatan yang lain, kelibat Najib di Sarawak terutamanya di Sibu, Miri dan Kuching membayangkan kerisauan BN akan sambutan rakyat kepada ceramah-ceramah Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini. Kali ini Najib akan terus endabik dada dan menabur pebagai janji-janji rasuah pilihanraya yang baru untuk memastikan kubu kuat BN ini tidak tumbang kali ini. Walau bagaimanapun, Pakatan Rakyat tidak akan berdiam diri dan akan terus menggempur kubu -kubu BN untuk memberi gambaran kepada rakyat keseluruhannya betapa pentingnya kerajaan korup BN ditumbangkan kali ini.

Rakyat Sarawak mestilah tidak dapat tidak menolak kedua-dua 'Tok Uban' dari bumi Sarawak dan memilih Pakatan Rakyat untuk memimpin kerajaan baru Sarawak. Dengan cara ini, BN akan terus menggelupur dan tidak mustahil PRU 13 nanti, kita akan dapat sebuah kerajaan Persekutuan pilihan rakyat yang sebenarnya. Sudah tiba masanya rakyat memberitahu BN siapa yang berkuasa sebenarnya. Hanya dengan cara menolak kerajaan BN sahajalah yang dapat menyelamatkan negara kita dari terus dicengkam oleh pelbagai masaalah korupsi dan ketidaktelusan pemerintahan.

Aceh Sudah..Malaysia Bila Lagi ?



Seorang wanita Irdayanti Mokhtar, 34, menerima sembilan sebatan oleh Polis Syariah kerana mengadakan hubungan sulit dengan seorang lelaki lain, ketika dia di dalam proses penceraian suaminya.

Hukuman ini dijalankan di hadapan 200 orang penduduk di luar Masjid Al Munawwarah di Jantho, Indonesia.


Pegawai Syariah membawa Irdayanti yang pengsan selepas disebat ke hospital



Hukuman Sebat Jual Makanan Pada Bulan Puasa

Ratusan rakyat berkumpul untuk menyaksikan Murni Amris, 27, menerima tiga sebatan dan Rukiah Abdullah, 22, menerima dua sebatan di sebuah masjid di bandar raya Jantho, tenggara ibu negeri wilayah Banda Aceh, Indonesia.
Dua wanita yang didapati bersalah kerana menjual makanan pada bulan puasa Ramadan ,dan melanggar undang-undang syariah Islam.





Hukum Hudud yang sepatutnya dijalankan juga di Malaysia untuk membendung gejala sosial yang semakin hari diluar jngkauan pihak berkuasa untk membendungnya. Gejala sosial yang kian merebak hingga keusia anak-anak yang baru akil baligh terutamanya dikalangan remaja Islam amat membimbangkan seluruh ibubapa Islam.

Gejala seks bebas yang berakhir dengan pembuangan anak luar nikah terus membelenggu masyarakat biarpun cuba diatasi melalui pelbagai undang-undang manusia. Bahkan, kesan dari gejala sosial ini, statistik Kementerian yang bertanggung jawab, setiap 19minit, akan lahirlah seorang anak luar nikah di Malaysia. Statistik yang mungkin hanya akan bermain dibibir - bibir kita seharusnya tidak tejadi jika pendekatan Islam dijalankan pemerintah.

Keperluan kepada undang-undang ALLAH di Malaysia ini amatlah meruncing kerana kegagalan pemerintah menjalankan tugas mereka menjaga kedamaian dan kesejahteraan rakyat selama ini....

Saturday, April 9, 2011

Sarawak , Jom Ubah.....


Slogan Pakatan Rakyat untuk menghadapi PRN Sarawak cukup mudah dan 'catchy'...Dimana-mana rakyat kini mula bertutur perihal slogan ini. 'Sarawak..Jom Ubah' cukup membawa mesej yang amat penting untuk rakyat mula menilai pemerintahan yang ada sekarang ini. Disamping kekalutan BN untuk terus mempertahankan pemerintahan mereka di bumi kenyalang ini, rakyat sudah mula nerkira-kira untuk membuat kejutan yang kn menggegarkan Malaysia kali ini.

Dimana-mana ceramah yang diadakan Pakatan Rakyat diSarawak, rakyat berduyun-duyun menyambut kedatangan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Kalau dulu , rakyat Sarawak tidak begitu berminat dengan Pakatan Rakyat, namun kali ini, senario politik dan tahap penerimaan rakyat kepada Pakatan Rakyat semakin meningkat dari hari demi hari.

Mungkinkah, kali ini rakyat Sarawak akan menjadi pencetus kepada kebangkitan seluruh rakyat Malaysia untuk bergerak membelah badai membuat satu-satunya perubahan yang besar kali ini? Melihat kepada penerimaan rakyat kepada Pakatan Rakyat kini, tidak mustahil BN yang gah memerintah Sarawak dan Malaysia akan menjadi sejarah menjelang PRU 13 nanti.

Kemungkinan juga , PRN Sarawak kali ini juga dapat memberi gambaran yang lebih jelas kepada seluruh rakyat negara ini agar mula mengatur langkah berkira-kira untuk menerima Pakatan Rakyat sebagai sebuah kerajaan yang baru setelah 50 tahun diperintah oleh BN.

Senario politik semasa samaada di Malaysia mahupun didunia memang mendambakan kepada perubahan pemerintah. Dunia sebenarnya sekarang ini menyaksikan kebangkitan rakyat menentang kezaliman rejim-rejim dinegara mereka yang bertahun-tahun memerintah. Rakyat dinegara luar bangkit mencetus fenomena politik yang jelas berbeza. Rakyat dinegara seperti Mesir , Libya malah Sudan sekarang ini telah mencerminkan kebangkitan rakyat sebenarnya dapat merubah kerajaan jika keadaan memerlukan. Jadi tidak mustahil jika Sarawak menjadi pencetus kepada fenomena kebangkitan rakyat di Malaysia yang selama ni ditindas BN dalam pelbagai aspek. Ketidaksamarataan pembahagian kekayaan negara kepada rakyat mencerminkan kedangkalan BN dalam merealisasikan keperluan rakyat selama ini. Demokrasi yang dilaungkan BN cuma ujud untuk golongan yang menjadi pak turut kepada mereka. Hak rakyat di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat tidak dilaksanakan sepenuhnya. Malah jika ada pun ianya akan digembar-gemburkan sedemikian rupa untuk kepentingan politik basi BN.

Untuk keperluan apa, rakyat di kawasan Parlimen yang dimenangi Pakatan Rakyat dinafikan hak peruntukan ahli Parlimen? Untuk apa , hak rakyat dikawasan -kawasan ini ditindas dan dinafikan keperluan asas sebagaimana kawasan-kawasan yang dimenangi BN? Malah, atas kapasiti apa ataupun alasan apa yang memberikan hak kepada BN untuk terus mengugut rkyat supaya memilih BN jika mahu bantuan dteruskan?

Semua yang dipantau BN selama ini jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi tulen. Jelas rakyat dikotak katikan BN demi mengekalkan kuasa yang ada pada mereka selama ini , dan, tidak mustahil bentuk ugutan serta penindasan hak akan terus dimainkan BN setiap kali pilihanraya diadakan. Rakyat seharusnya lebih bersikap terbuka dalam isu ini kerana setiap individu samaada yang menyokong Pakatan Rakyat mahupun BN merupakan negarawan yang sah dan tertaluk dibawah undang-undang serta perlembagaan Malaysia. Jadi untuk seseorang pemimpin apatah lagi jika pemimpin tertinggi memainkan sentimen ugutan dan budaya menghancurkan pembangkang , seharusnya ditolak rakyat mulai sekarang.

Friday, April 8, 2011

Sarawak Bakal Jadi Negeri Terkaya Di Malaysia


Alkisah....Manifesto BN untuk menghadapi PRN kali ini lebih menumpukan kesejahteraan rakyat yang selama ini dinafikan hak mereka oleh kepimpinan BN hampir 50 tahun. Sarawak akan di'transformasi'kan (pinjam sat depa punya favorite word) dari antara negeri termiskin kepada negeri yang terkaya di Malaysia jika mandat terus diberikan kepada kepimpinan BN sekali lagi.

Umum mengetahui perihal kekayaan sebenar negeri Sarawak. Kita juga mengetahui betapa hasil bumi yang dimiliki Sarawak cukup besar untuk dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Kekayaan hasil laut ,minyak , hasil bumi , balak , malah hasil tanaman di Sarawak cukup lumayan dan jika dikumpulkan dan digunapakai dengan telus dan berhemah, Sarawak memang sepatutnya diisytiharkan sebagai negeri terkaya di Malaysia.

Malangnya, rakyat telah ditipu dan ditindas selama ini oleh pemerintahan yang lebih kepada ketidaktelusan dari segi perbelanjaan mengurus malah pembahagian kekayaan ini juga telah dimanipulasikan kerajaan BN selama ini. Penduduk Sarawak yang berbilang bangsa dan mengamalkan pelbagai budaya telah dipesongkan pemikiran mereka dengan menjadikan adat resam serta kepentingan budaya sebagai kepentingan mutlak dan kemajuan-kemajuan yang sepatutnya dikecapi mereka dijadikan sebagai batu penghalang kepada budaya mereka. Kepercayaan serta ideologi begini berjaya diterap oleh BN secara halus dan berjaya disemai sekian lama hinggakan rakyat diulit mimpi dan menjadi seperti 'pak turut' menuruti segala kemahuan pemerintah.

Malah, kepimpinan yang ada juga selama ini juga telah mengambil kesempatan yang ada dan bukannya bergerak untuk membela rakyat , tetapi , berlumba-lumba untuk menjadi pemimin kerana hasil yang lumayan dapat dikaut oleh mereka anak beranak....Setelah hampir 50 tahun bergelumang dengan penindasan, rakyat Sarawak mula menyedari hakikat yang sebenarnya dan mula berkira-kira untuk mendapatkan kembali hak mereka. Justeru itu, BN mulalah mengorak langkah mengeluarkan manifesto sebegini sekali lagi untuk mengaburi mata rakyat. Mulalah BN berkira-kira mengeluarkan belanja yang banyak dengan dana yang entah dari mana datangnya mencurah-curah mengambil kesempatan dengan projek mee segera mereka. Mulalah BN mennjadi sebuah parti yang cukup perihatin padahal selama 50 tahun memerintah, rakyat Sarawak bukannya lebih baik malah semakin buruk dan menjadi antara negeri termiskin diMalaysia. Slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' cuma boleh digunapakai hanya untuk segelintir rakyat yang berkepentingan sahaja dan bukannya menyeluruh seperti yang dicanang-canangkan selama ini.

BN seharusnya ditolak rakyat Sarawak sejak dahulu lagi kerana sepanjang pemerintahan Taib Mahmud, rakyat Sarawak bukannya bertambah senang tetapi lebih terbelakang dari segi pembangunan. Prasarana yang keterbelakang, kehidupan dan tahap keselesaan juga terkebelakang. Padahal, Sarawak merupakan negeri yang mempunyai pelbagai sumber dan hasil bumi yang tinggi juga jika dibandingkan dengan negeri-negeri diSemenanjung. Malah, peruntukan dalam belanjawan negara juga saban tahun tidak diperuntukkan dengan telus oleh kerajaan pusat untuk Sarawak. Rakyat tidak boleh lagi bergantung harap kepada kepimpinan yang ada sekarang kerana jelas kegagalan mereka mentadbir serta membela rakyat Sarawak selama ini jelas memberi kesan yang amat buruk kepada tahap dan jati diri rakyat Sarawak. Pembangunan terpilih yang dilakukan selama ini telah menyebabkan pembaziran yang ketara dan kesudahannya rakyat terus menanggung kesengsaraan....

Pakatan Rakyat ingin mengubah segala rencana BN sebelum ini dan beranggapan rakyat Sarawak sebenarnya berhak lebih dari apa yang BN berikan sebelum ini. Royalti minyak sahaja sudah dianggap mencukupi untuk membawa Sarawak kepada negeri yang jika tidak terkaya pun, rakyat sebenarnya akan dapat merasai pembangunan yang lebih selesa. Mungkin juga nanti , tiada lagi rakyat Sarawajk dipendalaman menderita tanpa infrastruktur yang sempurna seperti bekalan air bersih dan sebagainya.

Thursday, April 7, 2011

Kisah 3 Badut....

Meniti hari - hari yang semakin kelam, 3 badut yang cuba menggemparkan rakyat dengan penayangan video lucah seorang pemimpin Pakatan Rakyat kini menjadi kecaman pebagai pihak. Bukan sahaja masyarakat tidak memperayainya, malah ketiga-tiga badut kini semakin tertekan dengan desakan pelbagai pihak untuk menghadapkan mereka-mereka ini kemuka pengadilan.

Mana ada dalam rekod negara sebelum ini, 3 badut memanggil sidang akhbar tergempar dan dengan penuh semangat mengajak wartawan menonton filem lucah? Mana pernah ada dalam dunia ini, 3 badut bergandingan beriringan memecah badai malam untuk cuba menyakinkan rakyat untuk mempercayai satu cerita yang begitu mengaibkan malah yang penuh dengan cacat cela. Hajat dihati kononnya ingin menjadi 3 hulubalang menyelamatkan Malaysia dari keburukan peribadi seorang pemimpin, tetapi hajat yang besar ini kini lebur malah mereka kini bertukar menjadi 3 badut sarkas. Rakyat kini semakin menjauhi cerita rekaan mereka ini dengan terbongkarnya semakin banyak cacat celanya video yang dibawa mereka. Malah , kebangkitan beberapa tokoh agama termasuklah persatuan Ulamak yang mengecam tindakan mereka menyebabkan mereka kini tidak lebih dari individu-individu yang dipandang hina masyarakat.

Kecaman demi kecaman yang diterima 3 badut ini semakin menjadikan beberapa individu lain yang mungkin secara langsung terbabit dengan video ini semakin kepanasan. Tidak kurang juga ada diantara mereka kini berkira-kira untuk mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat video ini atas alasan kepentingan negara tercalar akibatnya. Rasional mereka kini tidak lebih dari cuba untuk mengalih pandangan masyarakat dari mensabitkan mereka secara langsung terbabit dengan video ini.

Usaha untuk menubuhkan suruhanjaya Diraja cuma akan membairkan wang rakyat semata, malah , masyarakat beranggapan tidak perlu langsung untuk kerajaan membazir masa dan wang pembayar-pembayar cukai kerana kepentngan video seks ini kepada negara tidaklah begitu mendesak untuk disiasat. Kerajaan sepatutnya menggunakan masa dan tenaga untuk cuba memakmurkan negara.

Malah isu-isu yang lebih penting seharusnya menjadi tumpuan. Isu pengangguran, isu makanan dan juga isu jenayah serta inflasi seharusnya mendapat tempat dihati pemimpin-pemimpin negara dan bukannya berbahas berkenaan isu video seks ini. Kesedaran rakyat berada ditahap yang tinggi dan rakyat tidak semudah yang disangka untuk menerima video seks ini dengan senang. Anggapan rakyat akan menjauhkan diri mereka dari pemimpin ini ternyata meleset malah rakyat semakin bersimpati dengan beliau dan terus menyalahkan kerajaan BN yang mengada-adakan cerita berkenaan video seks ini.

Wednesday, April 6, 2011

Senarai Penuh Calon PRN Sarawak

N01: OPAR: SARAWAK: 8,099

1. Stephen ak Sagir (SNAP)
2. Joseph Jindy ak Peter Rosen (Bebas)
3. Boniface Willy ak Tumek (PKR)
4. Ranum ak Mina (BN-SUPP)

Penyandang: Ranum ak Mina (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 3,585
Majoriti: 2,183

N02: TASIK BIRU: SARAWAK: 15,100

1. Datuk Peter Nansian ak Ngusie (BN-SPDP)
2. Frankie Jurem ak Nyombui (SNAP)
3. John Tenewi Nuek (PKR)

Penyandang: Peter Nansian ak Ngusie (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 6,393
Majoriti: 3,203

N03: TANJONG DATU: SARAWAK: 7,936

1. Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB)
2. Gilbert Asson ak Kulong (Bebas)
3. Nani Sahari (PAS)

Penyandang: Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,545
Majoriti: 4,136

N04: PANTAI DAMAI: SARAWAK: 14,104

1. Suhaimi Selamat (Bebas)
2. Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB)
3. Wan Zainal Abidin Wan Senusi (PKR)

Penyandang: Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,217
Majoriti: 2,164

N05: DEMAK LAUT: SARAWAK: 10,437

1. Dr Hazland Abang Hipni (BN-PBB)
2. Ali Hossen bin Abang (PKR)

Penyandang: Dr Abang Draup Zamahari Abang Haji Zen (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,094
Majoriti: 3,605

N06: TUPONG: SARAWAK: 17,796

1. Datuk Daud Abdul Rahman (BN-PBB)
2. Baharuddin @ Din Shah Mokhsen (PKR)

Penyandang: Datuk Daud Abdul Rahman (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,885
Majoriti: 4,572

N07: SAMARIANG: SARAWAK: 15,942

1. Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN-PBB)
2. Zulrusdi Mohamad Hol (PKR)

Penyandang: Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,365
Majoriti: 2,488

N08: SATOK: SARAWAK: 10,431

1. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB)
2. Ahmad Nazib Johari (PKR)

Penyandang: Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,222
Majoriti: 2,798

N09: PADUNGAN: SARAWAK: 23,576

1. Dominique Ng Kim Ho (Bebas)
2. Wong King Wei (DAP)
3. Sim Kiang Chiok (BN-SUPP)

Penyandang: Dominique Ng Kim Ho (PKR)
Undi diperolehi: 8,002
Majoriti: 1,417

N010: PENDING: SARAWAK: 29,488

1. Prof Dr Sim Kui Hian (BN-SUPP)
2. Violet Yong (DAP)

Penyandang: Violet Yong (DAP)
Undi diperolehi: 11,632
Majoriti: 4,372

N011: BATU LINTANG: SARAWAK: 27,833

1. Sih Hua Tong (BN-SUPP)
2. See Chee How (PKR)
3. Soo Lina (Bebas)

Penyandang: Voon Lee Shan (DAP)
Undi diperolehi: 8,806
Majoriti: 3,407

N012: KOTA SENTOSA: SARAWAK: 27,301

1. Chong Chieng Jen (DAP)
2. Datuk Alfred Yap Chin Loi (BN-SUPP)

Penyandang: Chong Chieng Jen (DAP)
Undi diperolehi: 6,579
Majoriti: 531

N013: BATU KAWAH: SARAWAK: 20,664

1. Christina Chew Wang See (DAP)
2. Tan Joo Phoi (BN-SUPP)

Penyandang: Tan Joo Phoi (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 6,755
Majoriti: 4,180

N014: ASAJAYA: SARAWAK: 13,799

1. Abd Karim Rahman Hamzah (BN-PBB)
2. Arip Ameran (PKR)

Penyandang: Abdul Karim Rahman Hamzah (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,949
Majoriti: 5,063

N015: MUARA TUANG: SARAWAK: 18,820

1. Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud (BN-PBB)
2. Noraini Hamzah (PAS)

Penyandang/Incumbent: Datuk Seri Haji Mohammad Ali Mahmud (BN-PBB)
Undi diperolehil: 7,863
Majoriti: 6,327

N016: BENGOH: SARAWAK: 21,955

1. Willie ak Mongin (PKR)
2. Wejok ak Tomik (Bebas)
3. Richard @ Peter ak Margaret (SNAP)
4. Dr Jerip ak Susil (BN-SUPP)

Penyandang: Dr Jerip ak Susil (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 7,540
Majoriti: 3,988

N017: TARAT: SARAWAK: 16,352

1. Ateng ak Jeros (SNAP)
2. Roland Sageh Wee Inn (BN-PBB)
3. Peter Ato ak Mayau (PKR)

Penyandang: Roland Sageh (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,854
Majoriti: 3,256

N018: TEBEDU: SARAWAK: 12,497

1. Kipli bin Ale (Bebas)
2. Datuk Seri Michael Manyin ak Jawong (BN-PBB)
3. Christopher ak Kiyui (PKR)
4. Anthony ak Nais (SNAP)

Penyandang: Datuk Michael Manyin ak Jawong (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,107
Majoriti: 4,256

N019: KEDUP: SARAWAK: 17,466

1. Lainus ak Andrew Luwak (PKR)
2. Maclaine Ben @ Martin Ben (BN-PBB)
3. Amin ak Banti (Bebas)
4. Belayong ak Jayang (SNAP)

Penyandang: Frederick Bayoi ak Manggie (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,635
Majoriti: 1,981

N020: SADONG JAYA: SARAWAK: 7,656

1. Aidel Lariwoo (BN-PBB)
2. Mahayudin Wahab (Bebas)
3. Abang Eddy Allyanny Abang Fauzi (PAS)

Penyandang: Datuk Wan Abdul Wahab Wan Sanusi (BN-PBB)
Undi diperolehi: 2,715
Majoriti: 858

N021: SIMUNJAN: SARAWAK: 10,104

1. Mohd Naroden Majais (BN-PBB)
2. Mashor Hussen (PKR)
3. Zaini bin Le' (Bebas)
4. Mac Palima ak Nyambil (PCM)

Penyandang: Mohd Naroden Majais (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,786
Majoriti: 3,350

N022: SEBUYAU: SARAWAK: 8,042

1. Ali bin Semsu (Bebas)
2. Adam Ahid (PAS)
3. Julaihi Narawi (BN-PBB)

Penyandang: Julaihi Narawi (BN-PBB)
Undi diperolehi: 3,748
Majoriti: 2,448

N023: LINGGA: SARAWAK: 7,745

1. Abang Othman Abang Gom (SNAP)
2. Abang Ahmad Arabi Abang Bolhassan (PKR)
3. Simoi Peri (BN-PBB)

Penyandang: Simoi Peri (BN-PBB)
Undi diperolehi: 3,245
Majoriti: 1,870

N024: BETING MARO: SARAWAK: 7,868

1. Razaili Gapor (BN-PBB)
2. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (PAS)

Penyandang: Bolhassan Di @ Ahmad Di (BN-PBB)
Undi diperolehi: 2,796
Majoriti: 895

N025: BALAI RINGIN: SARAWAK: 8,798

1. Ibi ak Uding (PKR)
2. Snowdan Lawan (BN-PRS)
3. Dan ak Giang (SNAP)
4. Lipeh ak Mawi (PCM)
5. Cobbold ak Lusoi (Bebas)
6. Sujal ak Gansi (Bebas)

Penyandang: Snowdan ak Donald Lawan (BN-PRS)
Undi diperolehi: 3,075
Majoriti: 1,516

N026: BUKIT BEGUNAN: SARAWAK: 7,778

1. Mong ak Dagang (BN-PRS)
2. Lias ak Julai (Bebas)
3. Jimmy Lim @ Jimmy Donald (PKR)
4. Ivanhoe Anthony ak Belon (SNAP)

Penyandang: Mong ak Dagang (BN-PRS)
Undi diperolehi: 3,083
Majoriti: 1,007

N027: SIMANGGANG: SARAWAK: 10,488

1. Leon Jimat Donald (DAP)
2. Datuk Francis Harden ak Hollis (BN-SUPP)

Penyandang: Datuk Francis Harden ak Hollis (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 5,144
Majoriti: 4,258

N028: ENGKELILI: SARAWAK: 9,444

1. Dr Johnichal Rayong ak Ngipa (BN-SUPP)
2. Jimmy Simon Maja (Bebas)
3. Semijie ak Janting (SNAP)
4. Marudi @ Barudi ak Mawang (PKR)

Penyandang: Dr Johnical Rayong ak Ngipa (SNAP)
Undi diperolehi: 3,442
Majoriti: 426

N029: BATANG AI: SARAWAK: 8,728

1. Nicholas Bawin ak Anggat (PKR)
2. Malcom Mussen ak Lamoh (BN-PRS)

Penyandang: Malcom Mussen ak Lamoh (BN-PRS)
Undi diperolehi: 3,907
Majoriti: 1,854

N030: SARIBAS: SARAWAK: 8,054

1. Ricky @ Mohammad Razi Sitam (BN-PBB)
2. Abang Zulkifli Abang Engkeh (PKR)

Penyandang: Dr Wahbi Junaidi (BN-PBB)
Undi diperolehi: 2,441
Majoriti: 94

N031: LAYAR: SARAWAK: 8,109

1. Joe ak Unggang (SNAP)
2. Stanny Embat Dharoh ak Laja (PKR)
3. Ngumbang @ Kibak ak Datu (Bebas)
4. Tan Sri Dr Alfred Jabu ak Numpang (BN-PBB)

Penyandang: Tan Sri Dr Alfred Jabu ak Numpang (BN-PBB)
Undi diperolehi: 3,767
Majoriti: 2,677

N032: BUKIT SABAN: SARAWAK: 7,657

1. Dayrell Walter Entrie (SNAP)
2. Jerah ak Engkiong @ Edward Jerah (PKR)
3. Robert Lawson Chuat (BN-PBB)

Penyandang: Robert Lawson Chuat (BN-PBB)
Undi diperolehi: 3,258
Majoriti: 1,878

N033: KALAKA: SARAWAK: 14,167

1. Ismail bin Hussain (Bebas)
2. Abdul Wahab Aziz (BN-PBB)
3. Mohd Yahya Abdullah (PKR)

Penyandang: Abdul Wahab Aziz (BN-PBB)
Undi diperolehi: 7,396
Majoriti: 5,929

034: KRIAN: SARAWAK: 11,016

1. Liman ak Sujang (SNAP)
2. Datuk Peter Nyarok ak Entrie (BN-SPDP)
3. Banyi ak Beriak (Bebas)
4. Ali ak Biju (PKR)

Penyandang: Datuk Peter Nyarok ak Entrie (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 4,784
Majoriti: 2,089

N035: BELAWAI: SARAWAK: 8,623

1. Abdul Wahab Abdullah (PKR)
2. Kiprawi bin Suhaili (Bebas)
3. Datuk Talif @ Len Salleh (BN-PBB)

Penyandang: Hamden Ahmad (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,102
Majoriti: 3,316

N036: SEMOP: SARAWAK: 8,891

1. Abdullah Saidol (BN-PBB)
2. Ong Chung Siew (PKR)
3. Ajiji Fauzan (Bebas)

Penyandang: Datuk Mohamad Asfia Awang Nasar (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,479
Majoriti: 3,226

N037: DARO: SARAWAK: 7,305

1. Murni Suhaili (BN-PBB)
2. Jamaludin Ibrahim (PKR)
3. Muhamad Zamhari Berawi (Bebas)
4. Noh @ Muhamad Noh Bakri @ Bakeri (Bebas)

Penyandang: Murni Suhaili (BN-PBB)
(Menang Tidak Bertanding)

N038: JEMORENG: SARAWAK: 8,635

1. Asbor Abdullah (Bebas)
2. Abdul Hafiz Noh (Bebas)
3. Gani @ Abu Seman Jahwie (BN-PBB)

Penyandang: Abu Seman Jahwie (BN-PBB)
Undi diperolehi: 3,567
Majoriti: 1,710

N039: REPOK: SARAWAK: 18,481

1. Datuk David Teng Lung Chi (BN-SUPP)
2. Dr Wong Hua Seh (DAP)

Penyandang: Datuk David Teng Lung Chi (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 5,502
Majoriti: 576

040: MERADONG: SARAWAK: 15,337

1. Ling Kie King (BN-SUPP)
2. Ting Tze Fui (DAP)

Penyandang: Ting Tze Fui (DAP)
Undi diperolehi: 5,990
Majoriti: 3,578

N041: PAKAN : SARAWAK: 9,274

1. Datuk Seri William Mawan (BN-SPDP)
2. Jamal Bin Abdullah @ Tedong ak Gunda (SNAP)

Penyandang: Datuk Seri William Mawan (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 4,138
Majoriti: 1,763

N042: MELUAN: SARAWAK: 11,487

1. John Brian Anthony ak Jeremy Guang (PKR)
2. Wong ak Judat (BN-SPDP)
3. Labang ak Jamba (SNAP)

Penyandang: Wong ak Judat (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 5,086
Majoriti: 3,007

N043: NGEMAH: SARAWAK: 8,058

1. Alexander Vincent (BN-PRS)
2. Yakup Khalid (Bebas)
3. Adeh ak Denong (PCM)
4. Michael ak Lias (SNAP)
5. Aris ak Alap (PKR)

Penyandang: Gabriel Adit ak Demong (IND)
Undi diperolehi: 2,582
Majoriti: 549

N044: MACHAN: SARAWAK: 9,944

1. Kong Tat Kim (PCM)
2. Datuk Gramong Juna (BN-PBB)
3. George Chen Nguk Fa (PKR)
4. Augustine ak Liom @ August Kiom (SNAP)

Penyandang: Datuk Gramong Juna (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,045
Majoriti: 2,289
N045: BUKIT ASSEK: SARAWAK: 26,926

1. Hii Tiong Huat (Bebas)
2. Chieng Huong Toon (BN-SUPP)
3. Wong Ho Leng (DAP)

Penyandang: Wong Ho Leng (DAP)
Undi diperolehi: 10,380
Majoriti: 4,751

N046: DUDONG: SARAWAK: 26,251

1. Yap Hoi Liong (DAP)
2. Datuk Tiong Thai King (BN-SUPP)
3. Apandi Abdul Rani (Bebas)

Penyandang: Dr Soon Choon Teck (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 7,359
Majoriti: 408

N047: BAWANG ASSAN: SARAWAK: 16,743

1. Alice Lau Kiong Yieng (DAP)
2. Datuk Seri Wong Soon Koh (BN-SUPP)

Penyandang: Datuk Seri Wong Soon Koh (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 6,804
Majoriti: 2,504

N048: PELAWAN: SARAWAK: 28,808

1. Vincent Goh Chung Siong (BN-SUPP)
2. David Wong Kee Woan (DAP)

Penyandang: Vincent Goh Chung Siong (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 7,375
Majoriti: 263

N049: NANGKA: SARAWAK: 14,197

1. Dr Annuar Rapaee (BN-PBB)
2. Norisham Mohamed Ali (PKR)

Penyandang: Awang Bemee Awang Ali Basah (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,202
Majoriti: 4,815

N050: DALAT: SARAWAK: 11,857

1. Datin Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming (BN-PBB)
2. Sylvester Ajah Subah @ Ajah Subah (PKR)
3. Salleh Mahali (Bebas)

Penyandang: Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming (BN-PBB)
(Menang Tidak Bertanding)

N051: BALINGIAN: SARAWAK: 11,792

1. Suriati Abdullah (PKR)
2. Tan Sri Abdul Taib Mahmud (BN-PBB)
3. Datuk Salleh Jafaruddin (Bebas)

Penyandang: Tan Sri Abdul Taib Mahmud (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,393
Majoriti: 5,726


N052: TAMIN: SARAWAK: 12,244

1. Joseph Mauh ak Ikeh (BN-PRS)
2. Mengga ak Mikui (PKR)

Penyandang: Joseph Mauh ak Ikeh (BN-PRS)
Undi diperolehi: 4,639
Majoriti: 2,377

N053: KAKUS: SARAWAK: 9,604

1. Dick @ Laurance Dick Sekalai (PCM)
2. Paul Anyie Raja (PKR)
3. John Sikie ak Tayai (BN-PRS)
4. Entali ak Empin (Bebas)

Penyandang: John Sikei ak Tayai (BN-PRS)
Undi diperolehi: 3,739
Majoriti: 2,852

N054: PELAGUS: SARAWAK: 15,322

1. Stanley Nyitar @ Unja ak Malang (BN-PRS)
2. Edward Sumbang ak Asun (PKR)
3. George ak Lagong (Bebas)

Penyandang: Larry Sng Wei Shien (BN-PRS)
Undi diperolehi: 5,965
Majoriti: 3,239

N055: KATIBAS: SARAWAK: 8,542

1. Datuk Ambrose Blikau ak Enturan (BN-PBB)
2. Toh Heng San (SNAP)
3. Munan ak Laja (PKR)

Penyandang: Datuk Ambrose Blikau ak Enturan (BN-PBB)
Undi diperolehi: 3,887
Majoriti: 3,332

N056: BALEH: SARAWAK: 11,287

1. Datuk Seri Dr James Masing (BN-PRS)
2. Bendindang ak Manjah (PKR)

Penyandang: Datuk Seri Dr James Masing (BN-PRS)
Undi diperolehi: 5,330
Majoriti: 4,802

N057: BELAGA: SARAWAK: 8,463

1. John Bampa @ Tusau (SNAP)
2. Liwan Lagang (BN-PRS)
3. Basah Kesing @ Ali Basah Kesing (PKR)
4. Michael Jok (Bebas)
5. Matthew ak Munan (Bebas)
6. Kenneth Adan Silek (Bebas)

Penyandang/Incumbent: Liwan Lagang (BN-PRS)
Undi diperolehi/Votes polled: 1,855
Majoriti/Majority: 227

N058: JEPAK: SARAWAK: 12,979

1. Ramli Malaka (SNAP)
2. Abdul Jalil Bujang (PKR)
3. Datuk Talib Zulpilip (BN-PBB)
4. Abdul Kuddus Ramlee (Bebas)
5. Awang Abdillah Awang Nasar (Bebas)

Penyandang: Datuk Talip Zulpilip (BN-PRS)
Undi diperolehi: 4,997
Majoriti: 3,179

N059: KIDURONG: SARAWAK: 27,225

1. Chiew Chiu Sing (DAP)
2. Henry Ling Koung Meng (BN-SUPP)

Penyandang: Chiew Chiu Sing (DAP)
Undi diperolehi: 8,517
Majoriti: 1,664

N060: KEMENA: SARAWAK: 14,082

1. Liam Rengga (Bebas)
2. Bernard Binar Bayang ak Rading (PKR)
3. Dr Stephen Rundi ak Utom (BN-PBB)
4. Ungun ak Bayan (SNAP)

Penyandang/Incumbent: Dr Stephen Rundi ak Utom (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 4,750
Majoriti/Majority: 1,572

N061: BEKENU: SARAWAK: 10,672

1. Rosey Yunus (BN-SPDP)
2. Dyg Juliana Awg Tambi (PCM)
3. Thony ak Badak (SNAP)
4. Ishak Mahwi (PKR)

Penyandang: Rosey Yunus (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 4,357
Majoriti: 3,072

N062: LAMBIR: SARAWAK: 14,144

1. Ripin Lamat (BN-PBB)
2. Zolhaidah Suboh (PKR)
3. Johari Bujang (SNAP)

Penyandang: Aidan Wing (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,331
Majoriti: 2,834

N063: PIASAU: SARAWAK: 16,600

1. Ling Sie Kiong (DAP)
2. Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP)

Penyandang: Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 6,573
Majoriti: 3,918

064: PUJUT: SARAWAK: 22,577

1. Andy Chia Chu Fatt (BN-SUPP)
2. Fong Pau Teck (DAP)

Penyandang: Andy Chia Chu Fatt (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 6,493
Majoriti: 1,370

N065: SENADIN: SARAWAK: 22,432

1. Michael Teo Yu Keng (PKR)
2. Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP)

Penyandang: Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 7,173
Majoriti: 4,799


N066: MARUDI: SARAWAK: 13,093

1. Sylvester Entrie ak Muran (BN-SPDP)
2. Michael Ding Tuah (Bebas)
3. Gerang ak Dagom (PKR)
4. Edwin Dundang ak Bugak (SNAP)

Penyandang: Sylvester Entrie ak Muran (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 4,954
Majoriti: 4,284

N067: TELANG USAN: SARAWAK: 13,623

1. Harrison Ngau Laing (PKR)
2. Kebing Wan (SNAP)
3. Jok Ding (Bebas)
4. Dennis Ngau (BN-PBB)

Penyandang: Lihan Jok (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,593
Majoriti: 2,771

N068: BUKIT KOTA: SARAWAK: 14,471

1. Dr Abdul Rahman Ismail (BN-PBB)
2. Leong Kwang Yew (DAP)
3. Usop Jidin (Bebas)
4. Ladis Pandin (Bebas)

Penyandang/Incumbent: Dr Abdul Rahman Ismail (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 5,501
Majoriti/Majority: 3,229

N069: BATU DANAU: SARAWAK: 7,636

1. Palu @ Paulus ak Gumbang (BN-SPDP)
2. Dr Lau Liak Koi (PKR)
3. Lawrence Cosmas Sunang ak Simpang (SNAP)

Penyandang/Incumbent: Palu @ Paulus ak Gumbang (BN-SPDP)
Undi diperolehi/Votes polled: 2,961
Majoriti/Majority: 1,262

N070: BA'KELALAN: SARAWAK: 6,958

1. Baru Bian (PKR)
2. Willie Liau (BN-SPDP)

Penyandang: Balang Rining (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 2,064
Majoriti: 475

N071: BUKIT SARI: SARAWAK: 9,983

1. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (BN-PBB)
2. Japar Suyut (PKR)

Penyandang: Datuk Awang Tengah Ali Hassan (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,596
Majoriti: 5,275

PRN Sarawak...Gendang Di Palu !


Hari ini secara formalitinya, PRN Sarawak bermula. Apakah piihanraya kali ini dapat mencatatkan satu fenomena baru setelah lebih 50 tahun BN memerintah ataupun kisah sedih lama berulang kembali hanya dapat ditentukan oleh rakyat Sarawak sendiri. Namun, yang pastinya, BN tidak akan dibiar menang mudah oleh Pakatan Rakyat kali ini memandangkan begitu hampirnya rakyat kepada perjuangan menentang kebatilan yang dibawa BN dibawah kepimpinan negeri Taib Mahmud.

Tsunami politik yang melanda semenanjung Malaysia pada tahun 2008, tidak mustahil akan juga boleh berlaku di Sarawak kali ini. Dengan begitu banyak skandal-skandal rasuah yang dilakukan selama ini oleh BN Sarawak, rakyat seharusnya lebih bijak untuk menyingkirkan Taib dari singgahsana pemerintahan negeri.

Kemungkinan Pakatan Rakyat bakal membuat kejutan di Sarawak ada benarnya kerana sejak akhir-akhir ini kesedaran pengundi-pengundi Sarawak semakin menyerlah. Lebih-lebih lagi dilihat terbongkarnya kekayaan Taib Mahmud dan keluarga hasil dari kuasa yang dipegang berpuluh tahun lamanya.

Mengapa PRN Sarawak begitu penting kepada BN dan Pakatan Rakyat? Bagi BN , kemenangan besar nanti memungkinkan PRU 13 dipercepatkan kerana rasanya kekuatan mereka bertambah dan berkira-kira rakyat kembali menyokong BN. Kemenangan bagi Pakatan Rakyat pula jika berjaya merampas Sarawak dari BN ataupun setidak-tidaknya mengurangkan majoriti BN kali ini.

Pakatan Rakyat membawa misi yang cukup penting kali ini kerana PRN Sarawak sekurang-kurangnya sebagai medan pemula untuk Pakatan Rakyat menyampaikan matlamat betapa pentingnya perubahan direalisasikan bukan sahaja di Sarawak malah diseluruh negara. PRN Sarawak kali ini mencerminkan persepakatan yang jitu antara PKR , DAP dan PAS dalam mengharungi pilihanraya bersama.

Jika dinilai melalui penerimaan rakyat semasa PRK Sibu tahun lepas, kecenderungan pengundi untuk memilih calon PKR sedikit sebanyak mencerminkan penerimaan rakyat kepada parti politik alternatif selain BN. Malah kemenangan PKR di PRK Sibu mencetus satu fenomena yang baru untuk rakyat mencipta kejutan malah memungkinkan satu kemenangan yang cukup istimewa buat rakyat. Bak kata pemerhati-pemerhati politik , tidak mustahil untuk Pakatan Rakyat membuat kejutan seandainya rakyat terutamanya dibandar-bandar beralih angin dan berani untuk membuat perubahan drastik tahun ini.

Dan jika Pakatan Rakyat berjaya merampas Sarawak dari BN, Najib dan konconya boleh mencari jalan alternatif untuk memastikan kebangkitan rakyat disanggah. Malah jika benar Pakatan Rakyat memenangi PRN Sarawk ini, BN bolehlah berkira-kira untuk tidak membubarkan Parlimen kerana lagi cepat dibubar lagi cepatlah BN keluar dari Putra Jaya........He he he...

Tuesday, April 5, 2011

Tak Malukah Kita????


Sedih pun ada tapi malu yang banyak mengenangkan betapa busuknya politik yang diamalkan Umno/BN selama ini. Belum pun habis perbicaraan gratis dan memalukan liwat2kini timbul pula video seks yang mengaibkan kita sebagai rakyat Malaysia. Malu mengenangkan hal yang sedemikian menjadi tajuk utama media-media malah disiarkan juga sedutan video seks tersebut dikaca tv3 suku malam tadi.

Malu mengenangkan natijah yang akan menimpa generasi akan datang jika politik sebegini yang seolah-olah mendapat restu pemerintah menjadi bahan ikutan kemudian nanti oleh politikus-politikus pelapis. Dimana peruntukan undang-undang yang ada untuk menjamin hak individu teraniaya jika pendokong penyiaran video ini Datuk T terlepas dari tindakan akta penyiaran bahan lucah begitu sahaja. Apakah nanti rakyat marhein seperti kita ini terutamanya generasi muda berpesta menyiarkan video lucah dimerata tempat kerana pihak berkuasa gagal menahan ketiga-tiga trio yang terang-terangan mengaku menyiarkannya baru-baru ini?

Kesannya sudah menjadi kenyataan dengan tersiarnya sedutan klip video tersebut di you tube semalam. Mujur juga hanya sedutan, namun, tetap juga menjadi tatapan jutaan penonton semalam. Yang musykilnya..kenapa salinan asal video tersebt yang diserahkan kepada pihak berkuasa dapat tersiar di You Tube ? Mungkin juga sengaja disiarkan oleh pihak tertentu untuk tatapan umum dengan niat untuk lebih memalukan DSAI?

Jelas ini merupakan satu strategi pihak tertentu menjelang penamaan calon PRN Sarawak esok ? Malah setelah disensasikan pula oleh media-media pencacai Umno, dengan disiarkan dimuka hadapan, rakyat semakin keliru dengan undang-undang yang menjadi dokongan mereka selama ini.

Persoalannya , sejak bila pula undang-undang membenarkan kita menyiar berita atau video lucah didada-dada akhbar? Jika dulu , kes Chua Soi Lek, mereka yang mengedar video tersebut ditangkap, kenapa , dalam kes ini , tiada tangkapan dilakukan pihak berkuasa? Malah disanjung pula oleh segelintir rakyat atas nama politik sempit biar pun mengaibkan individu tertentu. Tuntutan agama jelas diketepikan atas nama untuk mengekalkan kuasa.

Tak malukah kita kepada anak-anak kita serta generasi akan datang? Tak malukah kita bersekongkol dengan mereka-mereka yang jelas bertujuan untuk mengaibkan individu-individu tertentu ? Apakah sudah habiskah modal kita untuk berhujah hinggakan batas-batas agama juga sanggup kita sondol ? Mana perginya keris yang dihunus bak hulubalang , pendekar untuk berlawan seperti 'Anak Jantan' ?

Sunday, April 3, 2011

Masanya Sudah Tiba....




Rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kepada Allah kerana setelah setengah abad BN memerintah bermula tahun 1957 yang lalu hingga ke hari ini, PRU 13 akan menyaksikan pertembungan 2 buah perikatan Parti Politik yang besar. BN akan berhadapan dengan Pakatan Rakyat...

Buat julung-julung kalinya persefahaman yang jitu antara parti-parti komponen Pakatan Rakyat, DAP , PKR dan PAS akan bergabung tenaga menentang perikatan BN. Untuk sekian kalinya rakyat akan diberi pilihan untuk membuat perbandingan demi masa depan generasi akan datang. Kesempatan yang datang buat pertama kalinya , diharap dapat menyedarkan rakyat dan memberi menafaat yang terbaik kepada rakyat.

Jika dahulu BN boleh mendabik dada kerana pembangkang tidak sehaluan, namun, hari ini Pakatan Rakyat digarap oleh kepimpinan sekarang unuk bertindak dalam satu kesepakatan yang jitu. Malah kesediaan kepimpinan tertinggi DAP untuk duduk semeja dengan PAS dan PKR merupakan satu petanda yang cukup baik untuk kepentingan rakyat.

Kesediaan kepimpinan DAP, PKR dan PAS untuk duduk kemeja rundingan dan bersama-sama membuat keputusan unuk berhadapan dengan BN dalam saau wadah perjuangan dibawah panji-panji Pakatan Rakyat dianggap satu rahmat untuk rakyat. Peluang yang terdampar didepan mata ini seharusnya diambil rakyat kerana keadaan sekarang ini menunjukkan satu keadaan yang cukup baik untuk Pakatan Rakyat bergerak menuju ke Putra Jaya.

Sudah tiba masanya, BN diajar rakyat kerana lebih 50 tahun rakyat ditindas dan dinafikan hak yang sebenarnya. Bayangkan betapa keringat yang diusahakan selama ini lebih terjurus kepada kepentingan mengekalkan kuasa BN. Bayangkan jumlah wang rakyat yang berbilion-bilion banyaknya terhakis dek kerana kuasa yang mereka dambakan selama ini.

Berilah peluang keemasan ini untuk membuktikan kepada dunia, rakyat Malaysia sebenarnya matang berpolitik dan tahu menilai yang mana kaca , yang mana berlian. Kesanggupan rakyat untuk berubah merupakan aset yang amat penting kerana perubahan merupakan titik tolak supaya sesuatu yang baru menjadi kenyataan.

Rakyat perlu bangkit mengenepikan semua sentimen perkauman yang cuba ditonjolkan BN setiap kali pilihanraya berlaku kerana BN sedar kuasa yang mereka kekalkan selama ini disumbang dengan menakut-nakutkan rakyat dengan isu-isu perkauman. Kononnya PAS akan memerintah secara Islam yang ekstrem , kononnya DAP akan menghapuskan segala hak Melayu dan kononnya PKR tidak lain hanya untuk menyelamatkan DSAI semata. BN yang ketandusan modal akan terus memainkan sentimen-sentimen ini dengan harapan rakyat terus diulit mimpi ngeri dan tidak sanggup menukar kerajaan. BN akan terus mengecapi kemenangan jika rakyat tidak membuka mata mereka dan membuat perubahan di PRU 13 nanti.

Kerjasama PAS , DAP dan PKR terjalin hasil dari kesedaran bahawa sudah tiba masanya kepimpinan rakyat memerlukan perubahan dan juga untuk menyelamatkan rakyat dari terus dibelenggu pemerintahan yang jelas menghancurkan masa depan negara. PAS , DAP dan PKR sanggup mengenepikan pelbagai permasaalahan lalu untuk bersama-sama menjalin kerjasama menentang kezaliman pemerintahan BN selama ini. Peluang yang terbuka luas ini seharusnya diambil rakyat untuk satu perubahan menuju sistem pemerintahan yang adil bagi seluruh rakyat......

Dah Salah Pun Nak Bela Lagi....


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata ADUN Lenggeng Mustafa Salim yang didapati bersalah oleh mahkamah atas tuduhan menerima rasuah masih adalah wakil rakyat bagi kawasan itu.

Bernama memetik beliau berkata ADUN BN itu akan membuat rayuan terhadap hukuman yang dijatuhi oleh Mahkamah Sesyen Seremban ke atasnya semalam.
Semalam, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM20,000 terhadap Mustafa atas kesalahan menerima rasuah daripada seorang kontraktor sebagai dorongan mendapatkan permit menjual pasir, tiga tahun lalu.

Begitulah hakikatnya, kita sebagai rakyat Malaysia akan dierus ditipu hidup - hidup oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN selagimana kuasa ditangan mereka. Kononnya ingin membela nasib rakyat dan akan perangi rasuah habis-habisan, tetapi, dikalangan mereka akan terus dibela habis-habisan. Walaupun Adun Lenggeng ini telah didapati bersalah oleh mahkamah, PM kita masih sanggup lagi mengeluarkan komen yang sepatutnya lebih bersikap profesyional dan bertindak menggesa wakil rakyat tersebut meleak jawatan. Kalau dinegara luar, pemimpin sesuau kawasan akan terus meletak jawatan serta merta jika didapati bersalah atas tuduhan apa-apa sekalipun. Namun, di Malaysia, jika seseorang itu berada dalam kem Umno/BN , yang salah adalah mahkamah bukannya tertuduh.

Slogan Perangilah Rasuah yang dijaja Umno hanyalah retorik semata-mata dan tindakan terpilih mereka cukup jelas dan bermotifkan survival politik mereka. Bezanya tertuduh merupakan wakil rakyat dari Umno/BN dan tahap kekebalan mereka ini amatlah tinggi dan mungkin juga hasilnya nanti berbeza setelah rayuan dibuat selepas ini??

Jika yang tertuduh itu wakil dari Pakatan Rakyat, berduyun-duyunlah gerombolan ini berpesta menggesa tertuduh meletak jawatan, malah, belum didapati bersalah juga didesak meletak jawatan. Itulah mentaliti sebahagian besar wakil rakyat Umno/BN secara amnya.....

Saturday, April 2, 2011

RON yang Famous....Naik Lagi



RON 97 naik lagi tepat jam 12 malam tadi untuk kenaikkan kali ketiga tahun ini setelah dinaikkan 0.10 sen pada 31 Januari 2011 yang lalu. Dan seperti kebiasaannya alasannya adalah kerana harga minyak mentah yang meningkat dan harga minyak negara kita masih murah berbanding negara-negara jiran. Memandangkan kita masih lagi 'dijajah' Umno/BN , tidak dapat tidak, terpaksalah kita sekali lagi menerima padahnya. Maklumlah, rakyat didahulukan selama ini.

Kenaikan ini memang sudah dijangka setelah Februari lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan sedang mengkaji semua opsyen bagi membolehkan kerajaan tidak menaikkan harga petrol RON95 dalam waktu terdekat walaupun berlaku kenaikan harga minyak global dan opsyennya adalah dengan menaikkan harga RON 97.




Namun kenaikkan ini masih lagi tidak membebankan rakyat jika dibandingkan dengan negara - negara seperti Zimbabwe dan Mongolia, kerana mereka mengecapi harga minyak yang masih jauh tingginya jika dibandingkan dengan Malaysia..Kah .. Kah ..Kah....

Friday, April 1, 2011

KAN DAH KENA...BARU TAU !


Friday, April 1, 2011
UTUSAN TIDAK SIARKAN SEPENUHNYA ULASAN HARUSSANI, MUFTI PERAK

Semalam dalam laporan The Malaysian Insider, Harussani menafikan tanggapan itu konon beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks.

Sebaliknya, Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya.

“Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan.

“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” kata Harussani kepada The Malaysian Insider semalam.

Utusan yang terkenal dengan perangai sebegini meneruskan tradisi mereka berbohong dan menyembunyikan pelbagai fakta jika ianya tidak menguntungkan Umno. Hinggakan Mufti Perak pun nak dimainkan juga oleh Utusan Meloya. Diharap rakyat dapat membuka mata mereka terutamanya Harussani sendiri, betapa selama ini Utusan sememangnya tidak pernah berlaku adil lebih-lebih lagi yang memberi kelebihan kepada selain dari Umno.