Pas bertanding 5 kerusi pada PRN Sarawak baru-baru ini, dan seperti dahulu, Pas tidak menang di kelima-lima kerusi tersebut. Pas kalah lagi ! Pas patut menilai prestasi sendiri ! Presiden Pas liabiliti ! Itu antara komen serta kritikan pedas segelintir pengkritik bebas, malah, ada diantara kita pendokong Pas juga mengiakannya. Tak kurang juga yang merasakan kesedihan atas kekalahan ini. Sejak berakhirnya PRN Sarawak, Pas dikecam hebat, Pas dilihat lemah dari segi jentera parti dan tak kurang juga mengatakan Pas harus merubah saf kepimpinannya untuk berganding seiring bersama Pakatan Rakyat.
Apa sebenarnya erti kemenangan? Menangkah kita jika kita bertanding mana-mana kerusi dan menang kerusi tersebut? Cukupkah jika kemenangan Pas di salah satu dari 5 Dun yang ditandinginya ? Pincangkah kepimpinan yang ada sekarang hinggakan ada yang sanggup bermain api antara kita? Ada yang sanggup mencadangkan perubahan hinggakan keperingkat tertinggi hanya kerana Pas kalah dikerusi-kerusi tersebut?
Malah apa hak mereka yang diluar sana mencadangkan agar TGHA meletak jawatan dan digantikan dengan pemimpin lain? Bukankah ahli-ahli Pas yang lebih berhak menentukan siapa yang sepatutnya berada ditampuk kerusi tertinggi Pas dan bukannya mereka-mereka yang berada diluar sana...
Kemenangan bukannya bermakna Pas perlu menang semua kerusi yang disertai Pas. Bukannya kalah itu maksudnya Pas harus bertindak merombak saf kepimpinannya dan kalah bukan juga bermaksud Pas harus lari dari tanggungjawab sebenar dan tujuan penubuhan Pas yang sebenarnya, memertabatkan Islam di Malaysia.
Malah jika dinilai penerimaan masyarakat berbilang kaum di Sarawak kepada Pas sepanjang kempen PRN telah menunjukkan kemenangan Islam sebenarnya. Bayangkan ayat-ayat Allah berkumandang didalam rumah-rumah panjang yang sebelum ini tidak pernah diimpikan. Bayangkan penerimaan ketua-ketua suku kaum yang bukan beragama Islam datang mendengar ceramah TGNA yang diselitkan ayat-ayat suci AlQuran. Bukankah ini merupakan satu kemenangan kepada Islam sebenarnya ????????
No comments:
Post a Comment