Percaturan politik BN ditangan Najib sekarang ini. Selepas PRN Sarawak berakhir semalam, Najib yang sebelum ini mungkin berkira-kira untuk mengumumkan PRU 13 sedikit masa lagi mungkin akan menundanya memandangkan keputusan PRN Sarawak menunjukkan penyerosotan yang ketara undi popular BN. Apakah kesan dari PRN Sarawak memungkinkan PRU 13 ditunda hingga ke tahun 2013 ?
Najib semakin tertekan sebenarnya setelah tamatnya PRN Sarawak. Berlandaskan keputusan semalam, biarpun BN memenangi lebih dari 2/3 kerusi yang dipertandingkan, undi-undi yang diterima oleh BN masih lagi menunjukkan tsunami politik 2008 sudahpun melanda Sarawak. Rakyat dikawasan bandar secara terang-terangan menolek kepimpinan BN dan keputusan ini sudah cukup untuk menggentarkan Najib. Seperti di Semenanjung padaa tahun 2008 lalu, rakyat di kawasan bandar-bandar yang mempunyai kemudahan internet menunjukkan perubahan drastik untuk menyokong Pakatan Rakyat. Ini adalah kerana media-media yang diperlopori BN telah memutarbelitkan fakta-fakta hinggakan memaksa rakyat Sarawak beralih kepada media elektronik seperti blog-blog dan juga portal-portal berita yang lain.
Kesan dari angin perubahan yang melanda Semenanjung sebelum ini, sentimen kepincangan tampuk pemerintahan BN di Sarawak menjadi isu yang hebat dan ditambah pula dengan kesan terus dari politik fitnah yang membabitkan DSAI. Rata-rata penganalisa politik berpendapat Najib tidak akan semudah itu untuk mengisytiharkan pembubaran Parlimen sedikit masa lagi.
Najib sedar kemenangan BN mengekalkan 2/3 majoriti kerusi di PRN Sarawak sebenarnya tidak boleh dibanggakan kerana jika diambil kira undi popular rakyat, BN hanya mendapat 55% berbanding Pakatan Rakyat dan Pembangkang lain. Justeru itu, untuk membubarkan Parlimen dengan kesan dari keputusan PRN Sarawak jelas mempunyai risiko yang tinggi. Malah, Najib berira-kira pula untuk memperkukuhkan cengkaman mereka dibandar-bandar seluruh negaraa sebelum bertindak untuk membubarkan Parlimen Malaysia.
Tambahan pula, ada ura-ura negeri - negeri Pakatan Rakyat mungkin tidak akan bersama BN untuk turut membubarkan Dun negeri masing-masing, lantas, ini menambahkan lagi kerisauan Najib dan pemimpin-pemimpin BN yang lain.
Kepada rakyat Malaysia, teruskanlah momentum ini dan berusahalah untuk memastikan Pakatan Rakyat berjaya kali ini demi Malaysia Baru....
No comments:
Post a Comment