Saturday, April 9, 2011
Sarawak , Jom Ubah.....
Slogan Pakatan Rakyat untuk menghadapi PRN Sarawak cukup mudah dan 'catchy'...Dimana-mana rakyat kini mula bertutur perihal slogan ini. 'Sarawak..Jom Ubah' cukup membawa mesej yang amat penting untuk rakyat mula menilai pemerintahan yang ada sekarang ini. Disamping kekalutan BN untuk terus mempertahankan pemerintahan mereka di bumi kenyalang ini, rakyat sudah mula nerkira-kira untuk membuat kejutan yang kn menggegarkan Malaysia kali ini.
Dimana-mana ceramah yang diadakan Pakatan Rakyat diSarawak, rakyat berduyun-duyun menyambut kedatangan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Kalau dulu , rakyat Sarawak tidak begitu berminat dengan Pakatan Rakyat, namun kali ini, senario politik dan tahap penerimaan rakyat kepada Pakatan Rakyat semakin meningkat dari hari demi hari.
Mungkinkah, kali ini rakyat Sarawak akan menjadi pencetus kepada kebangkitan seluruh rakyat Malaysia untuk bergerak membelah badai membuat satu-satunya perubahan yang besar kali ini? Melihat kepada penerimaan rakyat kepada Pakatan Rakyat kini, tidak mustahil BN yang gah memerintah Sarawak dan Malaysia akan menjadi sejarah menjelang PRU 13 nanti.
Kemungkinan juga , PRN Sarawak kali ini juga dapat memberi gambaran yang lebih jelas kepada seluruh rakyat negara ini agar mula mengatur langkah berkira-kira untuk menerima Pakatan Rakyat sebagai sebuah kerajaan yang baru setelah 50 tahun diperintah oleh BN.
Senario politik semasa samaada di Malaysia mahupun didunia memang mendambakan kepada perubahan pemerintah. Dunia sebenarnya sekarang ini menyaksikan kebangkitan rakyat menentang kezaliman rejim-rejim dinegara mereka yang bertahun-tahun memerintah. Rakyat dinegara luar bangkit mencetus fenomena politik yang jelas berbeza. Rakyat dinegara seperti Mesir , Libya malah Sudan sekarang ini telah mencerminkan kebangkitan rakyat sebenarnya dapat merubah kerajaan jika keadaan memerlukan. Jadi tidak mustahil jika Sarawak menjadi pencetus kepada fenomena kebangkitan rakyat di Malaysia yang selama ni ditindas BN dalam pelbagai aspek. Ketidaksamarataan pembahagian kekayaan negara kepada rakyat mencerminkan kedangkalan BN dalam merealisasikan keperluan rakyat selama ini. Demokrasi yang dilaungkan BN cuma ujud untuk golongan yang menjadi pak turut kepada mereka. Hak rakyat di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat tidak dilaksanakan sepenuhnya. Malah jika ada pun ianya akan digembar-gemburkan sedemikian rupa untuk kepentingan politik basi BN.
Untuk keperluan apa, rakyat di kawasan Parlimen yang dimenangi Pakatan Rakyat dinafikan hak peruntukan ahli Parlimen? Untuk apa , hak rakyat dikawasan -kawasan ini ditindas dan dinafikan keperluan asas sebagaimana kawasan-kawasan yang dimenangi BN? Malah, atas kapasiti apa ataupun alasan apa yang memberikan hak kepada BN untuk terus mengugut rkyat supaya memilih BN jika mahu bantuan dteruskan?
Semua yang dipantau BN selama ini jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi tulen. Jelas rakyat dikotak katikan BN demi mengekalkan kuasa yang ada pada mereka selama ini , dan, tidak mustahil bentuk ugutan serta penindasan hak akan terus dimainkan BN setiap kali pilihanraya diadakan. Rakyat seharusnya lebih bersikap terbuka dalam isu ini kerana setiap individu samaada yang menyokong Pakatan Rakyat mahupun BN merupakan negarawan yang sah dan tertaluk dibawah undang-undang serta perlembagaan Malaysia. Jadi untuk seseorang pemimpin apatah lagi jika pemimpin tertinggi memainkan sentimen ugutan dan budaya menghancurkan pembangkang , seharusnya ditolak rakyat mulai sekarang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment