PRN Sarawak mungkin membawa era baru senario politik Malaysia dan mungkin juga akan melakar sejarah tersendiri setelah 50 tahun BeeEnd memerintah Malaysia.Pengundi-pengundi Sarawak mungkin ada yang tidak sedar betapa pentingnya undi mereka kali ini untuk Malaysia khasnya berbanding dimasa tahun 2006 yang lalu. Signifikasinya undi-undi mereka biarpun satu undi akan tercatit dalam lipatan sejarah untuk selamanya.
Rakyat Sarawak haruslah sedar akan kepentingan undi mereka kali ini berbanding dengan tahun 2006 yang lalu. Undi mereka kali ini mencerminkan pendirian seluruh rakyat Malaysia amnya yang inginkan perubahan kepimpinan. Hasil daripada usaha 5 tahun kebelakangan ini oleh pihak yang inginkan keadilan terutamanya Pakatan Rakyat akan ditentukan pada 16 April nanti. Diharap seluruh rakyat Sarawak bermuhasabah dan memandang perihal perilaku kepimpinan BeeEnd selama ini keatas rakyat Sarawak dan Malaysia keseluruhannya.
Kepimpinan BeeEnd selama ini langsung tidak menjurus kepada kesejahteraan rakyat melainkan janji-janji serta pembangunan terpilih yang diatur oleh mereka. Rakyat Sarawak mestilah merenung sejenak kepentingan undi mereka kali ini kepada pembangunan yang sekata serta meliputi seluruh daerah negeri Sarawak dan bukannya ditabur didaerah-daerah yang berkepentingan pemimpin-pemimpin BeeEnd.
Diatas kertas mungkin kemenangan Pakatan Rakyat sukar direalisasikan memandangkn begitu bnyk dana dan jentera kerajaan yang digunakan BeeEnd untuk memancing undi , namun kita tidak seharusnya mengenepikan sentimen anti Taib Mahmud sekarang ini. Jelas perubahan ditagih rakyat Sarawak setelah lebih 30 tahun Taib Mahmud berada disinggahsana, rakyat , tidak kira dari suku kaum , berganding bahu untk menjatuhkan 'rejim' Taib Mahmud. Indikasi menunjukkn rakyat semakin jelak denagn corak pemerintahan Taib Mahmud yang berkait rapat dengan pelbagai bentuk kemewahan dan kekayaan peribadi.
Mutakhir ini, kebangkitan rakyat Sarawak yang semakin cenderung untuk menyokong Pakatan Rakyat semakin jeas. Bayangkan suku kaum Iban sekarang ini semakin berani mengibarkan bendera PAS dihari penamaan calon. Bayangkan ribuan rakyat Sarawak membanjiri jalan-jalan ditempat ceramah-ceramah yang diadakan Pakatan. Atas alasan inilah BeeEnd semakin tertekan dan dilihat semakin menggelupur di Sarawak. Jentera parti BeeEnd dilihat semakin lesu dengan perkembangan ini dan cuba mempertingkatkan keupayaan mereka dengan menabur pelbagai janji-janji kemakmuran serta wang ringgit untuk memancing sebanyak mana undi pada 16 April nanti.
Pun begitu, semakin kita menghampiri detik mengundi, semakin rancak kedua-dua pihak berkempen untuk meraih sokongan padu rakyat Sarawak kali ini. Harapan majoriti rakyat ingin melihat perubahan ataupun transformasi minda serta tindakan pengundi-pengundi Sarawak untuk membuat satu-satunya perubahan yang signifikan ditahun 2011 ini.Jom Berubah......
No comments:
Post a Comment