Kekadang kita terfikir untuk bertindak lebih drastik setiap kali menjelang pemilihan pucuk pimpinan parti samaada diperingkat cawangan, kawasan , negeri malah pusat. Sekonyong-konyong jugalah ada pengkritik-pengkritik yang tak diundang meluahkan kritikan masing-masing samaada yang berbentuk membina minda dan tak kurang juga yang jauh menyimpang menghentam kononnya beliau berhak atas tiket sebagai seorang pengkritik bebas.
Umum mengetahui, semua orang berhak mengeluarkan pendapat masing-masing keatas mana-mana pemimpin. Dan sememangnya lumrah manusia untuk bertindak mengikut kemahuan dan pendapat masing-masing yang kekadang menyinggung dan menarik reaksi yang berbeza-beza. Ada kalanya didorong sentimen dan situasi semasa, pengkritik menghamburkan pelbagai kritikan-kritikan yang kadangkalanya jauh menyimpang dari tujuan untuk membantu. Walhal, kepimpinan yang ada sekarang itu bukannya seburuk yang disangka dan bukan pula yang jauh dari matlamatnya.
Adakalanya, kita meluahkan pendapat kita seolah-olah kepimpinan yang ada sekarang memerlukan perubahan. Tapi sedarkah kita, setiap perubahan yang dilakukan tanpa diperhalusi ataupun dinilai secara terperinci akan mendatangkan lebih keburukan?
Baru-baru ini , TGHA dikritik hebat oleh pakar politik Malaysia Pro Abdul Aziz Bari dn dinilai sebagai liabiliti kepada Pakatan Rakyat jika terus memimpin Pas. Lantas dengan pantas ditepis oleh kebanyakkan kepimpinan Pas dan ada juga yang berpendapat lebih moderate dengan memberi pelbagai komen yang sedikit sebanyak mengiakan apa yang diluahkan Prof Aziz Bari. Tapi, perlu diingatkan dalam menilai pemimpin, semua aspek harus diteliti dan bukannya hanya bersifat yang menguntungkan saja. Adakalanya pemimpin sepatutnya ditukar namun benarkah apa yang diinginkan kelak akan membawa hasil yang lebih baik dari yang terdahulu? Bercakap untuk membuat perubahan merupakan sesuatu yang cukup senang dari menghadapi perubahan itu sendiri.
Acapkali juga kita lebih bersikap mementingkan golongan tertentu untuk memimpin dan kerapkali juga kita tersandung dengan gerak kerja kita sendiri dalam memastikan individu - individu tertentu menjadi pemimpin. Tidak kurang juga ada diantara kita bergerak menuju kearah lobi - melobi dengan tujuan individu-individu tertentu dipilih menjadi pemimpin. Bukannya salah untuk berbuat demikian, namun, batas-batas agama dan norma-norma serta garis panduan yang perlu diikuti mestilah diberi perhatian. Jangan dalam keghairahan kita untuk berkempen, kita lupa kita telah meredah garisan halus pemisahan antara kebaikan dan keburukan yang akhirnya menimbulkan bibit-bibit perpecahan diantara kita.
Dalam pada itu, musuh-musuh politik diluar akan terus memainkan peranan mereka untuk memecahbelahkan keharmonian antara pemimpin. Gerakerja yang begitu halus tanpa disedari kita menular untuk memastikan perpecahan antara kita terjadi kerana lebih senang kita dimusnahkan jika tidak ada keserasian antara saf kepimpinan. Berfikirlah secara lebih matang dalam memilih pemimpin yang akan menerajui kita untuk 2 tahun akan datang lebih-lebih lagi menjelang PRU 13 nanti.
Saf kepimpinan kawasan, negeri malah pusat nanti akan membentuk barisan hadapan kepimpinan menerajui parti bergandingan dengan PKR dan DAP dalam PRU 13 nanti. 'Chemistry' ataupun keserasian cukup penting dan amatlah bermakna untuk kita agar kesinambungan gerak kerja nanti terpelihara dan berjalan lancar. Keserasian ini penting untuk memastikan satu bentuk persetujuan yang jitu dapat di'interpretasikan' kepada tindakan yang lebih bersifat realistik daripada yang bersifat bermuka-muka.
Justeru itu adalah menjadi kewajipan kita untuk memastikan kepimpinan ynag dipilih nanti bukan saja dapat bekerjaama dengan baik dan membentuk keserasian yang jitu malah dapat juga diterima oleh majoriti ahli.
Persoalan samaada perlu atau tidak untuk kita menukar pemimpin bukannya terletak atas memastikan kemenangan PRU sahaja, tapi, juga untuk memastikan kesinambungan perjuangan parti terlaksana dan keharmonian serta keluhuran antara saf kepimpinan juga perlulah diambil kira.
Wallahualam.....
No comments:
Post a Comment