Sunday, April 10, 2011

Apa Istimewanya Sarawak ?...


Apa istimewanya sangat PRN Sarawak kali ini hinggakan Najib tidak senang duduk dan terus berkampung bersama-sama Taib Mahmud disana?? Selalunya Najib tidak akan berasa begitu tertekan dengan mana-mana PRK dan selalunya juga timbalan beliau akan mengepalai jentera pilihanraya untuk bertempur secara dekat dengan pembangkang. namun disebabkan senario politik yang begitu mencengkam sekarang ini, Najib terpaksa turun padang kerana kemaraan Pakatan Rakyat serta penerimaan rakyat kali ini amat luar biasa.

Tidak seperti biasa, BN akan mendapat tempat dan mendahului dengan selesa setelah dibantu pebagai agensi kerajaan serta media-media samada tempatan mahupun diperingkat pusat, namun, berbeza kali ini apabilaa ceramah-ceramah serta pendekatan Pakatan Rakyat kali ini cukup istimewa dan seringkali dilihat mendapat respon yang cukup positif dan tidak pernah dilihat sebelum ini pada PRN tahun 2006 yang lalu.

Adakah ini petanda tsunami politik yang melanda semenanjung dahulu kini meresapi keseluruh sanubari rakyat Sarawak? Apakah kelibat DSAI serta pemimpin-pemimpin dari Semenanjung yang dilabel' jembalang' oleh Muhyidin kini menghantui Najib dan jentera pilihanraya BN ? Atau mungkinkah Najib berasa tidak selamat setelah isu-isu seperti video seks , kes Liwat 2 tidak mendapat tempat dihati pengundi Sarawak?

Selalunya Najib akan membiarkan Muhyidin mengetuai setiap PRK namun kali ini semuanya serba tak menjadi dan kebangkitan rakyat menjadi duri dalam daging menyebabkan Najib pening dan terpaksa sekali lagi menyantuni pengundi sendiri. Tambahan pula kelibat Taib yang semakin tidak disukai pengundi menjadikan beliau semakin terdesak untuk memastikan kemenangan 2/3 BN tercapai untuk kali ini.

Berbeza dengan DSAI serta pemimpin-pemimpin Pakatan yang lain, kelibat Najib di Sarawak terutamanya di Sibu, Miri dan Kuching membayangkan kerisauan BN akan sambutan rakyat kepada ceramah-ceramah Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini. Kali ini Najib akan terus endabik dada dan menabur pebagai janji-janji rasuah pilihanraya yang baru untuk memastikan kubu kuat BN ini tidak tumbang kali ini. Walau bagaimanapun, Pakatan Rakyat tidak akan berdiam diri dan akan terus menggempur kubu -kubu BN untuk memberi gambaran kepada rakyat keseluruhannya betapa pentingnya kerajaan korup BN ditumbangkan kali ini.

Rakyat Sarawak mestilah tidak dapat tidak menolak kedua-dua 'Tok Uban' dari bumi Sarawak dan memilih Pakatan Rakyat untuk memimpin kerajaan baru Sarawak. Dengan cara ini, BN akan terus menggelupur dan tidak mustahil PRU 13 nanti, kita akan dapat sebuah kerajaan Persekutuan pilihan rakyat yang sebenarnya. Sudah tiba masanya rakyat memberitahu BN siapa yang berkuasa sebenarnya. Hanya dengan cara menolak kerajaan BN sahajalah yang dapat menyelamatkan negara kita dari terus dicengkam oleh pelbagai masaalah korupsi dan ketidaktelusan pemerintahan.

No comments: