Wednesday, April 6, 2011
PRN Sarawak...Gendang Di Palu !
Hari ini secara formalitinya, PRN Sarawak bermula. Apakah piihanraya kali ini dapat mencatatkan satu fenomena baru setelah lebih 50 tahun BN memerintah ataupun kisah sedih lama berulang kembali hanya dapat ditentukan oleh rakyat Sarawak sendiri. Namun, yang pastinya, BN tidak akan dibiar menang mudah oleh Pakatan Rakyat kali ini memandangkan begitu hampirnya rakyat kepada perjuangan menentang kebatilan yang dibawa BN dibawah kepimpinan negeri Taib Mahmud.
Tsunami politik yang melanda semenanjung Malaysia pada tahun 2008, tidak mustahil akan juga boleh berlaku di Sarawak kali ini. Dengan begitu banyak skandal-skandal rasuah yang dilakukan selama ini oleh BN Sarawak, rakyat seharusnya lebih bijak untuk menyingkirkan Taib dari singgahsana pemerintahan negeri.
Kemungkinan Pakatan Rakyat bakal membuat kejutan di Sarawak ada benarnya kerana sejak akhir-akhir ini kesedaran pengundi-pengundi Sarawak semakin menyerlah. Lebih-lebih lagi dilihat terbongkarnya kekayaan Taib Mahmud dan keluarga hasil dari kuasa yang dipegang berpuluh tahun lamanya.
Mengapa PRN Sarawak begitu penting kepada BN dan Pakatan Rakyat? Bagi BN , kemenangan besar nanti memungkinkan PRU 13 dipercepatkan kerana rasanya kekuatan mereka bertambah dan berkira-kira rakyat kembali menyokong BN. Kemenangan bagi Pakatan Rakyat pula jika berjaya merampas Sarawak dari BN ataupun setidak-tidaknya mengurangkan majoriti BN kali ini.
Pakatan Rakyat membawa misi yang cukup penting kali ini kerana PRN Sarawak sekurang-kurangnya sebagai medan pemula untuk Pakatan Rakyat menyampaikan matlamat betapa pentingnya perubahan direalisasikan bukan sahaja di Sarawak malah diseluruh negara. PRN Sarawak kali ini mencerminkan persepakatan yang jitu antara PKR , DAP dan PAS dalam mengharungi pilihanraya bersama.
Jika dinilai melalui penerimaan rakyat semasa PRK Sibu tahun lepas, kecenderungan pengundi untuk memilih calon PKR sedikit sebanyak mencerminkan penerimaan rakyat kepada parti politik alternatif selain BN. Malah kemenangan PKR di PRK Sibu mencetus satu fenomena yang baru untuk rakyat mencipta kejutan malah memungkinkan satu kemenangan yang cukup istimewa buat rakyat. Bak kata pemerhati-pemerhati politik , tidak mustahil untuk Pakatan Rakyat membuat kejutan seandainya rakyat terutamanya dibandar-bandar beralih angin dan berani untuk membuat perubahan drastik tahun ini.
Dan jika Pakatan Rakyat berjaya merampas Sarawak dari BN, Najib dan konconya boleh mencari jalan alternatif untuk memastikan kebangkitan rakyat disanggah. Malah jika benar Pakatan Rakyat memenangi PRN Sarawk ini, BN bolehlah berkira-kira untuk tidak membubarkan Parlimen kerana lagi cepat dibubar lagi cepatlah BN keluar dari Putra Jaya........He he he...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment