Tuesday, April 5, 2011
Tak Malukah Kita????
Sedih pun ada tapi malu yang banyak mengenangkan betapa busuknya politik yang diamalkan Umno/BN selama ini. Belum pun habis perbicaraan gratis dan memalukan liwat2kini timbul pula video seks yang mengaibkan kita sebagai rakyat Malaysia. Malu mengenangkan hal yang sedemikian menjadi tajuk utama media-media malah disiarkan juga sedutan video seks tersebut dikaca tv3 suku malam tadi.
Malu mengenangkan natijah yang akan menimpa generasi akan datang jika politik sebegini yang seolah-olah mendapat restu pemerintah menjadi bahan ikutan kemudian nanti oleh politikus-politikus pelapis. Dimana peruntukan undang-undang yang ada untuk menjamin hak individu teraniaya jika pendokong penyiaran video ini Datuk T terlepas dari tindakan akta penyiaran bahan lucah begitu sahaja. Apakah nanti rakyat marhein seperti kita ini terutamanya generasi muda berpesta menyiarkan video lucah dimerata tempat kerana pihak berkuasa gagal menahan ketiga-tiga trio yang terang-terangan mengaku menyiarkannya baru-baru ini?
Kesannya sudah menjadi kenyataan dengan tersiarnya sedutan klip video tersebut di you tube semalam. Mujur juga hanya sedutan, namun, tetap juga menjadi tatapan jutaan penonton semalam. Yang musykilnya..kenapa salinan asal video tersebt yang diserahkan kepada pihak berkuasa dapat tersiar di You Tube ? Mungkin juga sengaja disiarkan oleh pihak tertentu untuk tatapan umum dengan niat untuk lebih memalukan DSAI?
Jelas ini merupakan satu strategi pihak tertentu menjelang penamaan calon PRN Sarawak esok ? Malah setelah disensasikan pula oleh media-media pencacai Umno, dengan disiarkan dimuka hadapan, rakyat semakin keliru dengan undang-undang yang menjadi dokongan mereka selama ini.
Persoalannya , sejak bila pula undang-undang membenarkan kita menyiar berita atau video lucah didada-dada akhbar? Jika dulu , kes Chua Soi Lek, mereka yang mengedar video tersebut ditangkap, kenapa , dalam kes ini , tiada tangkapan dilakukan pihak berkuasa? Malah disanjung pula oleh segelintir rakyat atas nama politik sempit biar pun mengaibkan individu tertentu. Tuntutan agama jelas diketepikan atas nama untuk mengekalkan kuasa.
Tak malukah kita kepada anak-anak kita serta generasi akan datang? Tak malukah kita bersekongkol dengan mereka-mereka yang jelas bertujuan untuk mengaibkan individu-individu tertentu ? Apakah sudah habiskah modal kita untuk berhujah hinggakan batas-batas agama juga sanggup kita sondol ? Mana perginya keris yang dihunus bak hulubalang , pendekar untuk berlawan seperti 'Anak Jantan' ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment