Sunday, April 17, 2011

BN Menang lagi..

Semalam, Taib Mahmud sekali lagi mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru untuk penggal ketujuh dihadapan Yang DiPertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng. Meskipun rakyat seakan-akan mampu bangkit untuk membuat perubahan besar pada PRN semalam, namun, kesempatan yang diberikan ini gagal dimenafaatkan oleh mereka dan sekali lagilah rakyat Sarawak akan menerima nasib yang serupa.

PRN Sarawak yang dijangkakan akan berlaku perubahan dalam pemerintahan tertinggi negeri telah melabuhan tirainya dan sekali lagi BN menguasai kerusi-kerusi di luar kota sementara Pakatan Rakyat berjaya menggandakan jumlah kerusi mereka di bandar-bandar.

Pun begitu, sejumlah 44% rakyat Sarawak sebenarnya menolak BN berdasarkan jumlah peratusan undi yang diterima. Namun, oleh kerana kedudukan serta taburan kerusi mengikut Dun, BN berjaya mengekalkan 2/3 majoriti ini.

BN -> Menang 55 (372,379 undi)
PKR -> Menang 03 (117,100 undi)
DAP -> Menang 12 (134,847 undi)
PAS -> Menang 0 (9,719 undi)
SNAP -> Menang 0 (15,663 undi)
PCM -> Menang 0 (2,895 undi)
Bebas -> Menang 01 (20,064 undi)

Apapun, PRN kali ini telah membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia, perubahan besar bakal terjadi jika trend sebegini berterusan dan rakyat semakin berpengetahuan dan menggunakan media-media alternatif seperti internet untuk mendapat kesahihan berita.

Ucapan Tahniah kepada seluruh jentera pilihanraya Pakatan Rakyat yang selama 10 hari berkampung untuk membantu rakyat menbuat pilihan yang tepat. Walaupun Pakatan Rakyat kalah , namun, undi yang meningkat menggambarkan keikhlasan rakyat untuk teru mamberi sokongan padu mereka.

No comments: