Friday, April 8, 2011

Sarawak Bakal Jadi Negeri Terkaya Di Malaysia


Alkisah....Manifesto BN untuk menghadapi PRN kali ini lebih menumpukan kesejahteraan rakyat yang selama ini dinafikan hak mereka oleh kepimpinan BN hampir 50 tahun. Sarawak akan di'transformasi'kan (pinjam sat depa punya favorite word) dari antara negeri termiskin kepada negeri yang terkaya di Malaysia jika mandat terus diberikan kepada kepimpinan BN sekali lagi.

Umum mengetahui perihal kekayaan sebenar negeri Sarawak. Kita juga mengetahui betapa hasil bumi yang dimiliki Sarawak cukup besar untuk dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Kekayaan hasil laut ,minyak , hasil bumi , balak , malah hasil tanaman di Sarawak cukup lumayan dan jika dikumpulkan dan digunapakai dengan telus dan berhemah, Sarawak memang sepatutnya diisytiharkan sebagai negeri terkaya di Malaysia.

Malangnya, rakyat telah ditipu dan ditindas selama ini oleh pemerintahan yang lebih kepada ketidaktelusan dari segi perbelanjaan mengurus malah pembahagian kekayaan ini juga telah dimanipulasikan kerajaan BN selama ini. Penduduk Sarawak yang berbilang bangsa dan mengamalkan pelbagai budaya telah dipesongkan pemikiran mereka dengan menjadikan adat resam serta kepentingan budaya sebagai kepentingan mutlak dan kemajuan-kemajuan yang sepatutnya dikecapi mereka dijadikan sebagai batu penghalang kepada budaya mereka. Kepercayaan serta ideologi begini berjaya diterap oleh BN secara halus dan berjaya disemai sekian lama hinggakan rakyat diulit mimpi dan menjadi seperti 'pak turut' menuruti segala kemahuan pemerintah.

Malah, kepimpinan yang ada juga selama ini juga telah mengambil kesempatan yang ada dan bukannya bergerak untuk membela rakyat , tetapi , berlumba-lumba untuk menjadi pemimin kerana hasil yang lumayan dapat dikaut oleh mereka anak beranak....Setelah hampir 50 tahun bergelumang dengan penindasan, rakyat Sarawak mula menyedari hakikat yang sebenarnya dan mula berkira-kira untuk mendapatkan kembali hak mereka. Justeru itu, BN mulalah mengorak langkah mengeluarkan manifesto sebegini sekali lagi untuk mengaburi mata rakyat. Mulalah BN berkira-kira mengeluarkan belanja yang banyak dengan dana yang entah dari mana datangnya mencurah-curah mengambil kesempatan dengan projek mee segera mereka. Mulalah BN mennjadi sebuah parti yang cukup perihatin padahal selama 50 tahun memerintah, rakyat Sarawak bukannya lebih baik malah semakin buruk dan menjadi antara negeri termiskin diMalaysia. Slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' cuma boleh digunapakai hanya untuk segelintir rakyat yang berkepentingan sahaja dan bukannya menyeluruh seperti yang dicanang-canangkan selama ini.

BN seharusnya ditolak rakyat Sarawak sejak dahulu lagi kerana sepanjang pemerintahan Taib Mahmud, rakyat Sarawak bukannya bertambah senang tetapi lebih terbelakang dari segi pembangunan. Prasarana yang keterbelakang, kehidupan dan tahap keselesaan juga terkebelakang. Padahal, Sarawak merupakan negeri yang mempunyai pelbagai sumber dan hasil bumi yang tinggi juga jika dibandingkan dengan negeri-negeri diSemenanjung. Malah, peruntukan dalam belanjawan negara juga saban tahun tidak diperuntukkan dengan telus oleh kerajaan pusat untuk Sarawak. Rakyat tidak boleh lagi bergantung harap kepada kepimpinan yang ada sekarang kerana jelas kegagalan mereka mentadbir serta membela rakyat Sarawak selama ini jelas memberi kesan yang amat buruk kepada tahap dan jati diri rakyat Sarawak. Pembangunan terpilih yang dilakukan selama ini telah menyebabkan pembaziran yang ketara dan kesudahannya rakyat terus menanggung kesengsaraan....

Pakatan Rakyat ingin mengubah segala rencana BN sebelum ini dan beranggapan rakyat Sarawak sebenarnya berhak lebih dari apa yang BN berikan sebelum ini. Royalti minyak sahaja sudah dianggap mencukupi untuk membawa Sarawak kepada negeri yang jika tidak terkaya pun, rakyat sebenarnya akan dapat merasai pembangunan yang lebih selesa. Mungkin juga nanti , tiada lagi rakyat Sarawajk dipendalaman menderita tanpa infrastruktur yang sempurna seperti bekalan air bersih dan sebagainya.

1 comment:

Mohd Nasharudeen said...

memang btol kami rakyat sarawak ni miskin,tpi xde kene-mengene dgn BN pon, yg disalahkan kerajaan,bukan parti,pi marah kuala lumpur tuu, asyik curi minyak aje....