Sunday, April 3, 2011

Masanya Sudah Tiba....




Rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kepada Allah kerana setelah setengah abad BN memerintah bermula tahun 1957 yang lalu hingga ke hari ini, PRU 13 akan menyaksikan pertembungan 2 buah perikatan Parti Politik yang besar. BN akan berhadapan dengan Pakatan Rakyat...

Buat julung-julung kalinya persefahaman yang jitu antara parti-parti komponen Pakatan Rakyat, DAP , PKR dan PAS akan bergabung tenaga menentang perikatan BN. Untuk sekian kalinya rakyat akan diberi pilihan untuk membuat perbandingan demi masa depan generasi akan datang. Kesempatan yang datang buat pertama kalinya , diharap dapat menyedarkan rakyat dan memberi menafaat yang terbaik kepada rakyat.

Jika dahulu BN boleh mendabik dada kerana pembangkang tidak sehaluan, namun, hari ini Pakatan Rakyat digarap oleh kepimpinan sekarang unuk bertindak dalam satu kesepakatan yang jitu. Malah kesediaan kepimpinan tertinggi DAP untuk duduk semeja dengan PAS dan PKR merupakan satu petanda yang cukup baik untuk kepentingan rakyat.

Kesediaan kepimpinan DAP, PKR dan PAS untuk duduk kemeja rundingan dan bersama-sama membuat keputusan unuk berhadapan dengan BN dalam saau wadah perjuangan dibawah panji-panji Pakatan Rakyat dianggap satu rahmat untuk rakyat. Peluang yang terdampar didepan mata ini seharusnya diambil rakyat kerana keadaan sekarang ini menunjukkan satu keadaan yang cukup baik untuk Pakatan Rakyat bergerak menuju ke Putra Jaya.

Sudah tiba masanya, BN diajar rakyat kerana lebih 50 tahun rakyat ditindas dan dinafikan hak yang sebenarnya. Bayangkan betapa keringat yang diusahakan selama ini lebih terjurus kepada kepentingan mengekalkan kuasa BN. Bayangkan jumlah wang rakyat yang berbilion-bilion banyaknya terhakis dek kerana kuasa yang mereka dambakan selama ini.

Berilah peluang keemasan ini untuk membuktikan kepada dunia, rakyat Malaysia sebenarnya matang berpolitik dan tahu menilai yang mana kaca , yang mana berlian. Kesanggupan rakyat untuk berubah merupakan aset yang amat penting kerana perubahan merupakan titik tolak supaya sesuatu yang baru menjadi kenyataan.

Rakyat perlu bangkit mengenepikan semua sentimen perkauman yang cuba ditonjolkan BN setiap kali pilihanraya berlaku kerana BN sedar kuasa yang mereka kekalkan selama ini disumbang dengan menakut-nakutkan rakyat dengan isu-isu perkauman. Kononnya PAS akan memerintah secara Islam yang ekstrem , kononnya DAP akan menghapuskan segala hak Melayu dan kononnya PKR tidak lain hanya untuk menyelamatkan DSAI semata. BN yang ketandusan modal akan terus memainkan sentimen-sentimen ini dengan harapan rakyat terus diulit mimpi ngeri dan tidak sanggup menukar kerajaan. BN akan terus mengecapi kemenangan jika rakyat tidak membuka mata mereka dan membuat perubahan di PRU 13 nanti.

Kerjasama PAS , DAP dan PKR terjalin hasil dari kesedaran bahawa sudah tiba masanya kepimpinan rakyat memerlukan perubahan dan juga untuk menyelamatkan rakyat dari terus dibelenggu pemerintahan yang jelas menghancurkan masa depan negara. PAS , DAP dan PKR sanggup mengenepikan pelbagai permasaalahan lalu untuk bersama-sama menjalin kerjasama menentang kezaliman pemerintahan BN selama ini. Peluang yang terbuka luas ini seharusnya diambil rakyat untuk satu perubahan menuju sistem pemerintahan yang adil bagi seluruh rakyat......

No comments: