Meniti hari - hari yang semakin kelam, 3 badut yang cuba menggemparkan rakyat dengan penayangan video lucah seorang pemimpin Pakatan Rakyat kini menjadi kecaman pebagai pihak. Bukan sahaja masyarakat tidak memperayainya, malah ketiga-tiga badut kini semakin tertekan dengan desakan pelbagai pihak untuk menghadapkan mereka-mereka ini kemuka pengadilan.
Mana ada dalam rekod negara sebelum ini, 3 badut memanggil sidang akhbar tergempar dan dengan penuh semangat mengajak wartawan menonton filem lucah? Mana pernah ada dalam dunia ini, 3 badut bergandingan beriringan memecah badai malam untuk cuba menyakinkan rakyat untuk mempercayai satu cerita yang begitu mengaibkan malah yang penuh dengan cacat cela. Hajat dihati kononnya ingin menjadi 3 hulubalang menyelamatkan Malaysia dari keburukan peribadi seorang pemimpin, tetapi hajat yang besar ini kini lebur malah mereka kini bertukar menjadi 3 badut sarkas. Rakyat kini semakin menjauhi cerita rekaan mereka ini dengan terbongkarnya semakin banyak cacat celanya video yang dibawa mereka. Malah , kebangkitan beberapa tokoh agama termasuklah persatuan Ulamak yang mengecam tindakan mereka menyebabkan mereka kini tidak lebih dari individu-individu yang dipandang hina masyarakat.
Kecaman demi kecaman yang diterima 3 badut ini semakin menjadikan beberapa individu lain yang mungkin secara langsung terbabit dengan video ini semakin kepanasan. Tidak kurang juga ada diantara mereka kini berkira-kira untuk mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat video ini atas alasan kepentingan negara tercalar akibatnya. Rasional mereka kini tidak lebih dari cuba untuk mengalih pandangan masyarakat dari mensabitkan mereka secara langsung terbabit dengan video ini.
Usaha untuk menubuhkan suruhanjaya Diraja cuma akan membairkan wang rakyat semata, malah , masyarakat beranggapan tidak perlu langsung untuk kerajaan membazir masa dan wang pembayar-pembayar cukai kerana kepentngan video seks ini kepada negara tidaklah begitu mendesak untuk disiasat. Kerajaan sepatutnya menggunakan masa dan tenaga untuk cuba memakmurkan negara.
Malah isu-isu yang lebih penting seharusnya menjadi tumpuan. Isu pengangguran, isu makanan dan juga isu jenayah serta inflasi seharusnya mendapat tempat dihati pemimpin-pemimpin negara dan bukannya berbahas berkenaan isu video seks ini. Kesedaran rakyat berada ditahap yang tinggi dan rakyat tidak semudah yang disangka untuk menerima video seks ini dengan senang. Anggapan rakyat akan menjauhkan diri mereka dari pemimpin ini ternyata meleset malah rakyat semakin bersimpati dengan beliau dan terus menyalahkan kerajaan BN yang mengada-adakan cerita berkenaan video seks ini.
No comments:
Post a Comment