Kalau betullah apa yang sedang diwar-warkan sehari dua ini, bermakna kita sebagai rakyat ditipu hidup-hidup sekali lagi oleh pemimpin Umno. Jika kenaikkan minyak bergred rendah Ron 95 dari RM1.75 ke RM 1.80 dan Ron 97 dari RM 1.80 ke RM 2.05 pada tengah malam ini menjadi kenyataan, maksudnya ,sekali lagilah rakyat akan menerima tempias kenaikkan barangan keperluan lain disaat hari raya menjelma.
Ini merupakan satu lagi hadiah dari kerajaan BN kepada kita bersempena dengan hari kemerdekaan yang ke 52 hari ini. Begitulah keadaannya jika rakyat masih lagi dibuai mimpi indah dan disogok kerajaan kononnya minyak yang dijual sekarang masih lagi murah dibanding dengan negara serantau.
Sudah terang lagi bersuluh, memang selama ini agenda BN tidak memperjuangkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat. BN cuma berlagak dengan pelbagai slogan sahaja tanpa isi yang sepatutnya. Mana perginya ’1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’? Mana perginya keperihatinan kerajaan bagi meringankan beban rakyat disaat ekonomi negara mengalami penguncupan ketara? Tak sedarkah kesemua pemimpin - peminpin BN yang rakyat sepatutnya tidak dibebani dengan satu lagi kenaikan harga barangan.
Oleh itu, kepada rakyat yang masih lagi berpendapat bahawa hanya BN sahaja yang layak memerintah negara ini, sedarlah kalian semua,BN hanya tahu menyusahkan rakyat dan tidak sepenuh hati untuk membantu meringankan beban rakyat. Cukuplah setakat ini pemimpin - pemimpin BN menipu rakyat, cukuplah setakat ini mereka membaham segala harta rakyat. Cukuplah setakat ini segala penyelewengan dan rasuah yang mereka lakukan. Janganlah kita biarkan siPenipu Besar ini terus menerus menipu rakyat.
No comments:
Post a Comment