Sunday, December 5, 2010

Pentingnya Ketuanan Melayu...


Kata Pemimpin - Pemimpin Umno, Rakyat tak perlu pertikaikan apa-apa saja yang dilakukan Umno asalkan Ketuanan Melayu Umno yang jaga !

Biarlah pemimpin-pemimpin Umno menyeleweng asalkan Ketuanan Melayu Umno yang jaga !

Biarlah satu demi satu hak dan tanah Melayu digadai Umno , asalkan Ketuanan Melayu Umno yang jaga !

Biarlah orang Melayu merempat , asalkan Ketuanan Melayu Umno yang jaga !

Biarlah orang Melayu hidup terseksa akibat kenaikan harga barang, asalkan Ketuanan Melayu Umno yang jaga !

Biarlah Pemimpin Umno bergelumang dengan dosa asalkan Ketuanan Melayu Umno yang jaga !

Begitulah pentingnya ketuanan Melayu pada tanggapan seluruh pemimpin - pemimpin Umno selama ini. Retorik menggunakan kepentingan bangsa dijaja selama mungkin, retorik kononnnya Umno pembela bangsa diusung kesana-sini dengan harapan bangsa Melayu terus mendokong dasar Umno.

Kepandaian pemimpin-pemimpin Umno bermain dengan isu ketuanan Melayu ini selama 50 tahun berhasil meletakan mereka dipersada kepimpinan negara. Kepercayaan sebahagian besar orang Melayu kepada Umno dan ketaksuban mereka keatas hak-hak orang Melayu telah membawa mereka kesatu keadaan yang amat menyedihkan. Malah kerana terus menerus mendokong perjuangan Umno yang menyimpang telah menyebabkan generasi muda sekarang ini bergelumang dengan dosa dan maksiat.

Kepimpinan yang menjurus kearah kemodenan ynag melampau disamping mengenepikan nilai-nilai keislaman dalam memimpin negara telah menyebabkan keadaan dan keruntuhan akhlak serta institusi keagamaan yang amat serius.

Umumnya , hari ini orang Melayu boleh dikatakan terbahagi kepada 2 kelompok. Satu kelompok yang taksub akan kehilangan ketuanan Melayu (hasil kerjatangan Umno) dan menghadkan amalan keagamaan hanya pada ibadat khusus seperti sembahyang dan puasa, dan satu lagi melihat pentingnya Islam dimertabatkan dalam segala aspek kehidupan termasuklah kepimpinan dan bukan hanya tertumpu kepada asas - asas ibadat semata - mata.

Orang Melayu terus dijaja akan kehilangan hak-hak ketuanan Melayu mereka jika Pas dan Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah negara. Kononnya , Pas tidak mungkin dapat membela kepentingan Melayu. Malah ditakutkan mereka-mereka ini dengan alasan Islam tidak dapat juga dipertahankan. Maka, berduyun-duyunlah orang-orang Melayu terutamanya golongan separuh abad menyokong Umno. Media-media Umno juga cerdik memainkan peranan mereka memburukkan Pas serta Pakatan Rakyat , sedangkan hakikatnya, Perlembagaan Malaysia secara khusus menyatakan hak dan agama Islam akan terus terjaga.

Saturday, November 27, 2010

Kemiskinan...


Dalam masa PM kita berbangga dengan mahligai beliau di PutraJaya yang kononnya akan diubah suai dengan kos bernilai RM 65 juta, masih ada lagi rakyat hanya mampu berlindung dari hujan dan panas matahari seada yang termampu. Pada masa berbilion bilion duit rakyat direncanakan mereka - mereka yang korup dengan pelbagai macam projek - projek besar , ada rakyat yang perit menghitung hari demi hari untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan yang sengsara. Dalam keghairahan pemimpin-pemimpin korup ini berkira-kira untuk berbelanja besar, masih ada dikalangan rakyat Malaysia berkira-kira juga untuk berbelanja walaupun seringgit.

Itulah hakikat keadaan sekarang ini, negara menuju keambang kehancuran akibat kerakusan dan ketirisan dana kerajaan yang kritikal sekarang ini dibawah kepimpinan BN. Negara yang semakin hari semakin dihimpit hutang ratusan bilion ringgit ini terus menerus dipermainkan BN. Wang dan dana rakyat dikuda sehabis boleh untuk temolok mereka sendiri. Laporan Ketua Audit negara setiap tahun tidak diendah langsung. Penyelewengan demi penyelewengan yang dilaporkan Ketua Audit Negara saban tahun berulang tanpa tindakan serius dari pihak kerajaan.

Laungan rakyat tak diendahkan langsung kerajaan BN malah rakyat semakin tertekan dengan kelembapan ekonomi dan semakin teruk dihimpit kepantasan inflasi mengatasi sumber kewangan mereka saban tahun. Nilai matawang jika dibandingkan dengan harga barangan semakin mengecil saban tahun. Malah kedudukan ini mengundang kearah kenaikkan indeks jenayah akibat kesempitan hidup yang meruncing....

Apakah kita ingin terus diperbudakkan oleh mereka yang bergelar pemimpin korup ???
Apakah kita ingin terus dipermainkan oleh kelicikkan pemimpin ini berbelanja ???
Atau Apakah kita ingin terus menerus bersekongkol dengan mereka-mereka ini ???

Wednesday, November 17, 2010

2011 Masa Untuk Berubah....

Semakin hari seakin hampir kita ke ambang tahun baru sekali agi jika diizinkan Allah, dan sekali lagi akan diadakan sambutan besar-besaran kerajaan sekular BN menyambut tahun baru. Sekali lagi akan ada anak-anak dara dan teruna Melayu berpeleseran melakukan maksiat tanpa segan silu sepanjang malam sambutan itu. Akan ada juga parti - parti liar bermandikan cahaya neon dan minuman keras yang disertai remaja Islam menanti detik 12:01 pagi. Lebih mengejutkan lagi, akan ada datuk - datuk berpeleseran dikelab-kelab dangdut sepanjang malam bersama-sama GRO muda terkinja-kinja melakukan melakukan maksiat hingga ke pagi.

Itu hanyalah sebahagian daripada episod ataupun senario yang bakal ditempuhi kita selagimana UMNO/BN terus memegang tampuk pemerintahan dan terus menerajui cara pemerintahan sekular mereka. Malah mungkin juga kita akan tempuhi keadaan yang lebih teruk dari digambarkan tadi jika terus Umno / BN dibiarkan memerintah negara ini. Maksiat akan berleluasa, aktiviti rasuah mungkin terus menjadi subur dan keadaan rakyat akan terus tersungkur ditanah air sendiri akibat penyelewengan-penyelewengan berterusan pemimpin-pemimpin BN mengaut segala kekayaan negara.

2011 nanti mungkin akan menjadi tahun keramat kepada kebangkitan rakyat menentang kezaliman pemerintahan lebih setengah abad Umno/BN. Setengah abad bukanlah merupakan satu jangkamasa yang pendek..malah merupakan satu jangkamasa yang boleh dikatakan cukup untuk Umno/BN memporak perandakan kehidupan rakyat. Malah selam lebih 50 thun, pemerintahan Umno/BN, Islam dilempr jauh-jauh dari pentadbiran negara dan cuma kekal sebagai agama rasmi negara.

Bagi rakyat Malaysia, 2011 mungkin menjadi satu permulaan kebangkitan rakyat menghukum kerkusan pemerintahan Umno/BN selama ini. Tahun 2011 mungkin akan menyaksikan perubahan besar ditampuk pemerintahan negara kerana rakyat sekarang ini semakin terbuka minda mereka untuk membuat perubahan.

Menjadi harapan rakyat selama ini untuk menyaksikan satu perubahan ditampuk pemerintahan negara kerana jelas sekali Umno/BN telah gagal untuk memperbaiki taraf kehidupan rakyat. Kes jenayah yang semakin hari semakin menjadi-jadi, kes - kes penyelewengan dana kerajaan bertahun-tahun tanpa tindakan, kes-kes kekayaan kroni-kroni diluar jangkauan normal akal, malah kes-kes penglibatan secara langsung kepimpinan Umno/BN menyalahgunakan kuasa mereka setiap kali pilihanraya kecil diadakan adalah hanya sebahagian kecil dari peneyelewengan yang dilakukan Umno/BN.

Justeru itu, adlah menjadi harapan sebahagian besar rakyat agar mereka ynag selama ini mendokong Umno/BN agar membuka mata mereka seluad-luasnya dan berfikir secara ilmiah dan menilailah secara adil kerajaan yang sebagaimana yang dikehendaki rakyat.....

Sunday, November 14, 2010

Media Umno....

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kecewa dengan pihak yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan negeri dan semua yang terlibat membantu mangsa banjir besar baru-baru ini.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Penggal Ketiga di Alor Star pagi tadi, lapor Harakahdaily.

"Beta merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat membantu mangsa banjir dan keadaan ini jelas menggambarkan semangat persaudaraan dan perpaduan yang kukuh di kalangan rakyat beta yang berbilang kaum dalam menghadapi bencana," titah Baginda lagi.

Ucapan tahniah turut dirakamkan kepada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang berjaya menerajui kerajaan negeri secara adil, beramanah dan proaktif.

"Rakyat di negeri ini telah diberi layanan yang adil, hubungan antara kaum semakin erat melalui pelbagai aktiviti yang telah dijalankan.

"Beta dapati kerajaan negeri telah memberikan sepenuh daya usaha dan kerjasama dengan semua pihak bagi memajukan negeri ini," titah Baginda seperti dilaporkan akhbar web PAS itu.

Kepada wartawan-wartawan yang bernaung dibawah media-media Umno, anggaplah segala laporan yang berat sebelah yang dilakukan selama ini sebagai yang terakhir dan insaflah dan sedarlah akan azab Allah itu amat pedih bagi orang yang melakukan fitnah.

Perlakuan kebanyakan wartawan - wartawan ini sebenarnya lebih menjurus kepada pembohongan yang nyata dengan harapan rakyat terus diperbodohkan dengan berita-berita sensasi yang memburukkan kerajaan negeri pimpinan Ustaz Azizan. Dengan bertitahnya, Baginda Sultan, diharap rakyat yang selama ini begitu menyanjungi media-media Umno ini dapat membuka dada dan berlapang dada dengan tindakan Ustaz Azizan yang melarang media-media Umno ini dari menghadiri sidang Dun kali ini.

Pembohongan demi pembohongan yang menjadi darah daging media-media Umno ini sedikit sebanyak membuka minda dan mata sekelian rakyat supaya lebih berhati-hati dengan laporan mereka dimasa hadapan. Rakyat sekarang ini semakin sedar bahawa Umno/BN akan terus memainkan pelbagai isu-isu melalui media-media ini kerana kerajaan negeri tidak diberi peluang untuk menjawab segala tohmahan yang dilakukan...

Thursday, November 4, 2010

Kuda Tunggangan ....

Kata Umno Pulau Pinang , Pas menjadi kuda tunggangan untuk PKR dan DAP. Kata Umno lagi, Pas dipergunakan PKR dan DAP untuk meraih sokongan masyarakat Melayu agar menyokong Pakatan Rakyat. Tambah pemimpin Umno lagi, Pas tidak mendapat apa-apa faedah daripada gabungan ini kerana parti yang dominan dalam Pakatan Rakyat adalah PKR dan DAP, lantas Pas hanyalah seperti 'melukut ditepi gantang' dan dijadikan kuda tunggangan kedua-dua parti tersebut untuk agenda tersembunyi mereka.

Pimpinan Umno sebenarnya berada didalam 'state of denial'. Mereka-mereka ini sedar apa yang dikatakan mereka keatas Pas adalah tidak benar sama sekali, namun untuk memuaskan hati mereka sendiri , mereka beranggapan sedemikin. Hakikat yang sebenarnya adalah disebabkan oleh kebangkitan pengaruh Pas dikalangan orang-orang Meayu Pulau Pinang ini semakin terserlah.

Umno seakan gila talak sejurus tamatnya PRU 12 dahulu dan terumbang ambing sampai sekarang untuk mencari rentak untuk mendampingi orang-orang Melayu Pulau Pinang. Program-program kemasyarakatan yang dijalankan Pas seiringan DAP dan PKR semakin mendapat tempat dan hakikatnya orang Melayu sekarang mula mendapat menafaat dari program-program dan langkah kerajaan negeri memertabatkan Islam dan Melayu di Pulau Pinang ini. Setelah 50 tahun Umno dan Gerakan hanya memperkayakan segelintir juak-juak Melayu mereka, rakyat sekarang ini telah membuat perbandingan antara Umno dan Pas dan jelas sekarang ini sokongan orang-orang Melayu kepada Pas semakin meningkat dan ini membuatkan Umno tertekan.

Umno sebenarnya sedar akan kebangkitan pengaruh Pas dikalangan orang-orang Melayu, dan sedar Pas akan menjadi parti yang dominan dikalangan orang Melayu dan tidak mustahil akan melenyapkan Umno dari Pulau Pinang. Lantas, jalan yang paling mudah bagi kepimpinan Umno Pulau Pinang adalah menyerang Pas dari segenap penjuru termasuklah memfitnah Pas. Jalan paling mudah untuk Umno memenangi semula sokongan orang Melayu Pulau Pinang adalah dengan membangkitkan isu-isu perkauman termasuklah menuduh Pas sebagai kuda tunggangan DAP dan PKR. Bagi Umno, orang Melayu Pulau Pinang amat mudah untuk dijinakkan dengan isu-isu sedemikian , jadi , kerahan tenaga menjurus untuk memburukkan Pas dimata orang-orang Melayu dijalan dengan begitu terperinci. Isu-isu lapuk yang melibatkan keentingan orang Melayu dan tidak diuruskan dengan baik semasa pemerintahan Gerakan/Umno dahulu mula dijadikan sandaran untuk memburukkan Pas dimata orang-orang Melayu.

Pemimpin - pemimpin Umno Pulau Pinang sedar akan hakikat yang sebenarnya betapa selama ini sejak 50 tahun dahulu, Umno telah menggadaikan maruah orang-orang Melayu dan hak-hak kepentingan orang Melayu demi untuk 'temolok' mereka sendiri. Mereka juga sedar kerjaan Pakatan Rakyat sebenarnya lebih perihatin terhadap orang-orang Melayu Pulau Pinang dn ini menjadikan Umno semakin hari semakin dilupai. Slogan Juara Rakyat yang dulu menjadi suara keramat kepada Umno jua semakin terpinggir dan mula dilupai orang Melayu Pulau PInang. Lanta kepimpinan Umno tidak senang duduk dan semakin bercelaru untuk mengembalikan sokongan orang Malayu kepada mereka. Oleh itu langkah memburuk-burukkan Pas dikalangan orang-orang Melayu menjadi agenda utama mereka untuk kembali berkuasa.

Saturday, October 30, 2010

TGNA - Umno Terus Keliru



FATWA IKUT SUKA PAS : UMNO KELIRU DAN TERUS KELIRU
.by Nik Abdul Aziz Nik Mat on Thursday, October 28, 2010 at 3:11pm.

Tergerak hati saya untuk memberikan ulasan berkenaan kenyataan Timbalan Presiden UMNO ketika berkempen di Galas, semalam. Seperti yang disiarkan di bawah ajuk TPM BIDAS ’FATWA’ IKUT SUKA PAS di muka 3, akhbar Utusan Malaysia, 28 Oktober 2010, Tan Sri Muhyiddin Yasin dilaporkan menyebut :

''Perangai mereka macam biasalah, apa yang mereka buat 'halal' yang kita 'haram', yang dia (buat) masuk syurga, yang kita masuk neraka. Dari segi konteks kerjasama dengan masyarakat apa bezanya antara DAP dan MCA,"

Nampaknya pilihanraya kecil N.45 Dun Galas sekali lagi menjadi medan UMNO untuk menghentam PAS khususnya berkenaan kerjasama PAS dengan DAP. Nampak sangat kemarahan UMNO apabila PAS menjalinkan hubungan kerjasama dengan DAP. Gerun benar UMNO apabila PAS yang dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina rupa-rupanya sudah boleh didekati dan tidak lagi digeruni.

Perbezaan kerjasama antara UMNO dan MCA serta MIC dalam Barisan Nasional dengan kerjasama PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat amat jelas sekali. Bagaikan langit dengan bumi. Hairannya, penjelasan demi penjelasan telah diberikan. Namun, apabila telinga disumbat dan mata ditutup, tidak ada gunanya segala penjelasan yang diberikan. Pada hemat saya, pemimpin UMNO sudah tenggelam dalam keghairahan untuk memburu kemenangan di Galas, hingga lupa tinggi rendahnya lantai tempat berpijak


Beberapa hari lepas, orang yang sama telah mencadangkan supaya Sejarah menjadi mata pelajaran yang wajib lulus dalam SPM mulai tahun 2013, saya ingin menambah bahawa al-Quran sendiri tidak pernah meninggalkan aspek sejarah dalam penceritaannya. Bermula dengan sejarah penciptaan manusia seterusnya sejarah dakwah para nabi dan juga sejarah kehancuran umat-umat terdahulu, al-Quran mahukan kita belajar dari sejarah. Justeru, PAS sendiri tidak pernah lupa untuk berguru dengan sejarah.

Bukankah sejarah mencatit bagaimana PAS telah diajak masuk bergabung ke dalam Barisan Nasional oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1973? Dengan hati yang ikhlas, PAS pada masa itu menyambut huluran tangan perpaduan tanpa menyedari musibah yang akan dihadapi. Rupanya Barisan Nasional hanyalah merupakan perangkap bagi PAS. PAS bergabung dengan UMNO membentuk Barisan Nasional demi perpaduan, namun hasilnya PAS di Kelantan khususnya telah berpecah kepada empat :- PAS, Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa. PAS hampir-hampir ranap akibat perpecahan tersebut. Seterusnya peristiwa PAS ditendang daripada Barisan Nasional dan akhirnya kehilangan kerajaan di Kelantan pada tahun 1978. Apa hasilnya kerjasama PAS dengan UMNO? Tangan UMNO yang terkapai-kapai kelemasan dipegang erat oleh PAS, lalu PAS pula ditendang supaya lemas keseorangan.

Dengan DAP yang dikatakan chauvinis Cina, PAS tidak dikhianati. Jika Timbalan Perdana Menteri bertanya, apa bezanya kerjama dalam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat? Jawapannya, kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam. PAS masih dengan agenda Islamnya bahkan kami di Kelantan setiap tahun meraikan Hari Hudud. Islam tidak pernah diketepikan di dalam perjuangan PAS. Bahkan DAP sendiri pernah keluar daripada Barisan Alternatif apabila tidak dapat menerima agenda Islam yang dibawa oleh PAS. Secara umumnya, pemimpin DAP tidak anti Islam dan hari ini beransur-ansur mengenali Islam. Sekurang-kurangnya Islam sudah tidak digeruni oleh non muslim sebagaimana yang UMNO mahukan. Pemimpin DAP sekurang-kurangnya ada yang sudah boleh memetik ayat-ayat al-Quran untuk rujukan, pemimpin UMNO pula semakin menjauhi al-Quran. Ingin saya bertanya, apa ruginya Islam apabila DAP mula berjinak-jinak dengan Islam?

Sayang sekali, UMNO masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit. Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama lebai malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang. Kononnya, bila Melayu dan Islam ialah perkara yang sama. Jika demikian, kenapa UMNO membenarkan isteri Perdana Menteri sendiri menjadi penaung Islamic Fashion Festival? Pada saat umat Islam yang prihatin di seluruh Malaysia bangun menentang program maksiat yang dibuat atas nama Islam ini, di mana pula ’keris’ pemimpin UMNO? Tersimpan dalam sarungkah atau hanya menjadi hiasan di dinding? Manakala hari ini apabila pentadbiran kerajaan UMNO/Barisan Nasional bercadang untuk menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam kononnya bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP), di pagar mana pula disangkut agenda Melayu Islam ala UMNO?

Hakikatnya, UMNO yang memperalatkan Islam. Bila tersepit, Islam juga yang dicari. Bukankah salah seorang Naib Presiden UMNO sendiri sewaktu Perhimpunan Agung UMNO yang lepas mencadangkan supaya UMNO menjadikan masjid sebagai tempat untuk mendaftar pengundi baru? Hairan saya, tidakkan bagi UMNO politik tidak boleh dibawa ke masjid? Hari ini, bila tersepit UMNO sendiri mula menggadaikan prinsip? Bukankah saya dihentam begitu teruk kerana kononnya ingin berpolitik di atas masjid? Nampaknya, selepas bangunan UMNO di Kota Bharu sudah terjual, UMNO sendiri sudah ingin menjual prinsipnya pula..



Nasihat saya, kembalilah kepada Islam. Tinggalkanlah pemikiran sekular yang tidak akan sampai ke akhirat. Sangatlah jauh berbeza pemikiran seorang mukmin dan seorang pendukung sekular. Orang-orang Mukmin melihat jauh ke akhirat berbeza dengan orang-orang sekular melihat hanya setakat dunia sahaja. Umpama seorang anak yang berumur dua tiga tahun bila bersama ibunya ke pasar. Anak kecil itu hanya berfikir untuk membeli belon dan alat-alat permainan yang boleh menyeronokkan. Berbeza dengan pemikiran si ibu yang berfikir lebih jauh, pemikiran ibu berkisar kepentingan sekeluarga, apakah lauk pauk atau makanan yang perlu dibawa pulang untuk kesiapan rumah nanti. Itulah perumpamaan pemikiran sekular yang hanya terhenti setakat di dunia, ia tidak lebih umpama seorang anak kecil yang hanya berfikir untuk alatan permainannya semata-mata!

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Pejabat Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 20 Dzulka'edah 1431 H | 28 Oktober 2010



.

Friday, October 29, 2010

Umno Lebih Islamik ????

Kecoh satu Malaysia , Rosmah dengan Islamic Fashion Show dibawah naungannya telah mencemar kesucian agama apabila kebanyakkan fesyen yang dikatakan bercirikan Islam telah diperagakan oleh model-model yang kebanyakkannya separuh terdedah. Kecoh juga apabila rakyat dikejutkan oleh perancangan rapi pihak kerajaan sekular BN untuk menjadikan Malaysia sebagai hub kelab malam dan spa terbesar dirantau ini berdasarkan perancangan transformasi ekonomi (ETP) yang dijuarai Umno. Kononnya untuk menjana pendapatan negara menuju kearah negara maju.

Dengan kemasyuran Islam dimata barat hinggakan semakin ramai orang - orang barat yang tertarik untuk mengucapkan dua kalimah syahadah. Namun, kerajaan pimpinan Najib pula ingin meneruskan agenda memperbanyakkan kelab-kelab malam dan hub hiburan terbesar diranatau ini. Kononnya untuk memantapkan ekonomi negara, hinggakan sanggup menggadai maruah dan menolak hukun hakam Islam yang jelas menentang kemungkaran ini. Dan hari ini kita dapat melihat kerakusan Umno/BN dibawah kepimpinan Najib terus menjadi batu penghalang untuk menjadikan Islam sebagai tunjang undang - undang Islam di negara ini. Umno juga terus menakut-nakutkan golongan bukan Islam dari mendekati Islam.

Hari ini kita pula menyaksikan kelibat pimpinan Umno, terus mempersendakan Islam dengan tingkah laku mereka yang jahil tentang agama. Dimasa mereka kononnya menjuarai Islam dan orang Melayu, tingkah laku mereka , keluarga mereka serta suku sakat mereka semakin jauh menyimpang dari ajaran Islam. Mereka terus mengamalkan rasuah dan mereka terus juga menyuburkan pertumbuhan maksiat dengan meluluskan pelbagai lesen perjudian. Malah berhasrat pula untuk menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam dirantau ini, hanya kerana hendak memperkayakan kroni masing-masing.

Jika umat Islam negara ini terus memperakui Umno/BN sebagai tunjang pemerintahan negara ini pada PRU 13 nanti, Islam akan terus menjadi hanya sebagai simbol dan akan terus dihina dibumi ini . Dan sesungguhnya, kita akan melalui satu lagi episod menuju kearah kemurkaan Allah dan azab Allah sebenarnya amat pedih bagi mereka yang menyedarinya.

Orang-orang Melayu Islam negara ini haruslah sedar akan hala tuju Umno dan pemimpin mereka yang semakin menjauhi hak agama Islam sebagai agama rasmi negara ini. Kepimpinan Umno dibawah pimpinan yang sekular seharusnya ditukarkan kepda mereka yang rata-rata lebih berpengetahuan dan berilmu mengenai Islam untuk memerintah Malaysia pada waktu yang terdekat ini. Pas tidak dapat tidak perlu menjadi pemangkin kepada perubahan kearah negara yang lebih islamik dan demi kesejahteraan Islam di Malaysia ini.

Kerjasama Pas dan DAP serta PKR jelas mendekatkan orang bukan Islam untuk lebih memahami agama Islam dengan lebih tepat setelah hampir 50 tahun ditipu Umno/BN. Rata-rata rakyat bukan Islam sekarang ini lebih terbuka untuk menerima Islam setelah 'foundation' kukuh kerjasama Pas DAP dan PKR terjalin sejak 2008 lalu. Hari ini rakyat dapat melihat penerimaan jelas sebahagian besar rakyat yang bukan beragama Islam dibawah naungan pemimpin Pakatan Rakyat. Hari ini, jelas kekeliruan 50tahun orang bukan Islam lahir dari konsep 'divide and rule', hasil strategi Umno/BN selama ini menuju kepada kehancuran. Rakyat semakin hari semakin jelas dengan penerimaan mereka kepada Islam.

Wednesday, October 27, 2010

Laporan Audit Negara 2009

Kecohlah sementara sekali lagi perihal laporan yang dikeluarkan Ketua Audit Negara untuk tahn 2009 baru-baru ini. Dan seperti selalunya, gemparlah seluruh rakyat Malaysia termasuklah PM kita sendiri. Maka bermulalah satu lagi adegan tuduh menuduh sesama sendiri dan akhirnya tiada satu pun dibendung dan tidak mustahil juga kejadian yang sama akanberulang seperti tahun-tahun yang lalu..habuk pun tarak....

Dan seperti sedia maklum, laporan kali ini juga seakan-akan ' carbon copy ' laporan audit tahun - tahun yang sebelumnya. Penyelewengan demi penyelewengan terus berlaku didalam agensi kerajaan seperti biasa. Amalan pembaziran yang ketara seperti tahun-tahun yang sebelumnya seakan tidak diambil iktibar langsung oleh pihak kerajaan dan hasilnya, sekali lagi rakyat digemparkan dengan defisit perbelanjaan agensi-agensi kerajaan. Pembaziran disana sini terus berlaku tanpa ada sesiapa yang mempedulikannya.

Untuk tahun kedua berturut - turut negeri - negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat menunjukkan peningkatan dari segi keberhasilan yang positif dan berjaya menarik pelaburan asing walaupun dalam masa yang sama, kerajaan pusat terus menerus menganaktirikan negeri-negeri ini.

Bayangkanlah dengan sumber ekonomi yang terhad serta penuh dengan pelbagai sekatan dri Umno/BN, Kelantan , Pulau Pinang , Kedah dan Selangor terus menunjukkan prestasi yang membanggakan dari segi belanjawan yang berhemah serta kecekapan menguruskan sumber kewangan yang terhad ini. Disamping itu , pendekatan yang lebih telus dipraktikan negeri-negeri dibawah Pakatan Rakyat terus mendapat sokongan semakin hari dari rakyat negeri masing-masing. Harapan agar dikekalkan corak pemerintahan yang telus ini memungkinkan rakyat lebih terbuka minda mereka untuk terus bersam Pakatan Rakyat

Monday, October 25, 2010

Bulan Jatuh Ke Riba..

Kata Tan Sri Muhyiddin, jika rakyat Galas ingin menunggu Pas membuat pembangunan disana, mereka umpama menuggu 'Bulan Jatuh ke Riba', mereka akan terus ketinggalan dari segi pembangunan. Walhal, banyak lagi tempat-tempat lain seangkatan dan mungin lebih teruk dari situasi di Galas, malahan , negeri termiskin di Malaysia ini bukannya negeri yang dibimbing Pakatan Rakyat ataupun Pas. Negeri termiskin di Malaysia ini hakikatnya dipimpin Umno/BN lebih 50 tahun. Sabah dan Terengganu merupakan negeri pertama dan kedua termiskin di Malaysia walaupun mempunyai sumber hasil bumi petroleum yang banyak selama ini.

Menilai dari cakap-cakap pemimpin berprofil tinggi ini, ianya tidak lebih daripada hanya cakap-cakap seperti kebudak-budakkan dan tidak mencerminkan kewibawaan beliau sebagai pemimpin. Jika inilah mentaliti pemimpin kedua tertinggi Malaysia ini berbicara, sahlah bahawa Umno/BN memang ketandusan kepimpinan yang profesional.

Politik Umno/BN yang didukung selama 50 tahun pemerintahan mereka di Malaysia selama ini tidak lebih daripada berunsurkan penindasan dan peras ugut. Setiap kali pilihanraya kecil diadakan, maka berduyun-duyunlah kelibat pemimpin-pemimpin mereka yang hipokrit kesana kemari dengan wang dana hasil rakyat sendiri.Kononnya menjaja betapa keperihatinan mereka terhadap nasib rakyat selama ini tidak pernah berbelah bagi. Malah mereka sanggup memeras ugut dan merasuah rakyat dengan pelbagai janji pembangunan jika memilih mereka.Bentuk rasuah sedemikian berleluasa sehinggakan puluhan juta ringgit sanggup dijanjikan andai Umno/BN menang dikawasan tersebut.

Rasuah pilihanraya sedemikian terus dimononopoli mereka kerana pemantauan yang dibuat badan berkuasa tidak efektif langsung lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan kepimpinan Umno/BN. Kelantan yang selama ini ditindas dan diketepikan hak mereka oleh kerajaan pusat terus berjaya meloloskan diri dari kelompok negeri termiskin dan bergerak kearah pembangunan yang patut dibanggakan dengan izin Allah dan berkat ketelusan kepimpinan TGNA. Kelantan mahupun negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain langsung tidak diberi layanan baik dan terus ditindas kerajaan pusat, walhal , negeri-negeri dibawah kepimpinan Umno/BN ditonjolkan media sebagai tempat - tempat terbaik untuk didiami kerana diperintah Umno/BN.

Pulau Pinang sebagai contoh yang unik..setelah hampir 3 tahun kerajaan yang dipilih rakyat , Pakatan Rakyat memerintah, KONONNYA orang-orang Melayu di Pulau Pinang sekarang ini sudah ketinggalan dari pelbagai segi jika dibandingkan dengan 50 tahun dibawah rejim Umno/BN. Media memanipulasi dan mensensasikan apa sahaja yang berkaitan dengan rakyat negeri Pulau Pinang kerana ingin menggambarkan betapa seriusnya keadaan orang Melayu Pulau Pinang. Media terutamanya TV3 terus memainkan pelbagai isu biarpun ianya sekadar cakap-cakap kosong kerana pengaruh media cukup besar untuk meracuni pemikiran rakyat yang hanya bergantung kepada TV sebagai sumber berita. Biarpun sesuatu beria itu hanyalah mainan fitnah semata-mata.

Permainan politik sebegini akan terus menjadi darah daging Umno/BN dan hari ini bermulalah lagi satu episod menabur janji-janji kosong kepada seluruh rakyat Galas dan penggunaan rasuah pilihanraya secara berleluasa oleh Umno/BN untuk cuba merampas kerusi Dun Galas ini....

Sunday, October 24, 2010

Pertahankan PutraJaya

Maka bersumpahlah Pemuda dan Puteri Umno diakhir persidangan Umno.."PutraJaya akan dipertahankan hingga ke titisan darah yang terakhir ...."

Kononnya Pakatan Rakyat yang ingin merampas Putrajaya dari Umno/BN WAJIB dihalang kerana Malaysia akan porak peranda jika ianaya menjadi realiti. Kononnya Melayu dan Islam akan hancur jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya. Kononnya, barisan kepimpinan Pakatan Rakyat akan memastikan rakyat akan ditimpa musibah terbesar dalam sejarah jika Pakatan Rakyat memerintah kelak. Kononnya , akan terjadi ketidakstabilan politik yang agung, kemiskinan yang paling tragis dalam sejarah dan yang teramat malang sekali Melayu dan Islam akan merempat ditanahair sendiri...

Itulah hasil kesimpulan dari persidangan Umno baru-baru ini. Berakhirlah satu lagi episod hipokrit barisan kepimpinan Melayu yang jelas menipu diri sendiri dan khasnya seluruh rakyat Malaysi selama ini. Berakhirlah satu lagi sandiwara Umno dengan hakikat masih terus menerus ingin menguasai tampuk pemerintahan demi 'temolok dan busung' sendiri. Berduyun - duyunlah barisan kepimpinan yang semakin hari semakin menyimpang jauh , yang terus lena hidup dalam kemewahan hasil kerahan tenaga dan wang rakyat. Hakikat yang sebenrny, Umno yng diktkan pembel bangsa dn agama terus menerus memainkan polemik ini sedangkn hakikat sebenarnya adlah disebaliknya.

Retorik yang stereotype kepimpinan Umno ini dapat dilihat setiap kali persidangan Umno saban tahun. Ucapan berapi - api kepimpinan Umno kononnya untuk membela bangsa dan agama tersungkur setiap kali berakhirnya persidangan mereka. Islam terus dihina saban hari oleh kepimpinan Umno dan proksi - proksi mereka. Umno akan terus dengan agenda mereka selama ini dan akan terus membiarkan Islam jauh ketinggalan dan hanya kekal sebagai agama rasmi tanpa ingin memertabatkannya. Pemimpin-pemimpin serta isteri-isteri mereka terus menerus dengn agend mempersendakan Islam. Bagi mereka Islam hanyalah sembahyang lima waktu semata-mata, dan perihal seperti hubungan dan kehidupan harian adalah hk masing-masing. Aurat dipersendkan mereka saban hari, hubugan sesama inasan melalui batas-batas keagamaan terus tersungkur dihadapan kepimpinan mereka. Walhal , barisan yang dikatakan ulama Umno terus menikus dibawah ketiak pemimpin-pemimpin Umno dan terus membisu seribu bahasa melihat kerakusan pemimpin Umno mempersendakan Islam sehari-hari.

Hari ini, pemimpin Umno semakin hari semakin bongkak dengan kuasa dan wang ringgit rakyat yang mereka kuasai. Hari ini, pemimpin Umno mendabik dada dengan kepelbagaian sumber hasil dari wng rakyat. Contohnya, TPM pada hari ini baru sahaja melancarkan program rumah rakyat di DUN Galas dengan anggaran RM180 Juta hasil dari dana kerajaan pusat dan bermegah mengatakan kerajaan negeri Pas mustahil untuk melaksanakannya. Hari ini, Umno bersama-sama jutaan ahlinya masih diulit mimpi hasil kemewahan yang mereka kuasai. Dan hari ini juga, Umno akan terus menerus agenda mereka untuk merembes segala macam bentuk maksiat kedlam hati sanubari seluruh rakyat terutamanya generasi baru dengan khayalan dan hiburan semata-mata.

Hakikatnya, rakyat mestilah bertekad untuk membuat perubahan pada PRU13 nanti jika mahu Islam dimertabatkan dan hak rakyat khasnya orang Melayu dikembalikan tanpa syarat. Jangka hayat umur Umno/BN mungkin semakin hari semakin dekat dengan kehancuran, namun Pakatan Rakyat seharusnya tidak pula diulit mimpi hasil kejayaan PRU12 yang lalu kerana Umno/BN akan terus mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun. Kerja keras untuk memenangi hati rakyat mestilah diutamakan sekarang ini dan agenda untuk memperkasakan hak rakyat mestilah diperhebatkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat jika ingin ke Putrajaya.

Saturday, October 23, 2010

Umno / BN ...Apa Nak Jadi..?

Rentetan beberapa peristiwa penting sejak kebelakangan menyentuh sebahagian besar hati rakyat terutamanya yang berkaitan dengan telatah kepimpinan Umno berpolitik. Serangan demi serangan berbentuk tohmahan malahan fitnah nyata diperhebatkan oleh media Umno mutakhir ini terhadap Pakatan Rakyat mencerminkan tahap pemikiran dan mentaliti mereka yang semakin bercelaru menjelang hampirnya PRU 13. Serangan keatas negeri-negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat terutamanya Selangor dan Puau Pinang jelas menampakkan kepncangan Umno dalam menghadapi gelombang perubahan rakyat. Isu perkauman hebat dimainkan media kerana rata - rata media yang dipimpin secara gelap oleh kepimpinan Umno, MCA mahupun MIC terus bermain kata-kata sesama mereka berkenaan dengan isu dan hak sesuatu kaum agar dpat dilihat sebagai jaguh untuk bangsa mereka sendiri.

Terbaru , Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung sekarang ini juga digunakan bukan untuk muhasabah pari Umno sendiri tetapi lebih menjurus kepada mencari peluang untuk menghentam Pakatan Rakyat. Mentaliti kepimpinan Umno baik dipusat mahupun yang datang sebagai perwakilan memberi ucapan sebahagian besarnya berkisah kepada ingin memburukkan Pakatan Rakyat. Malah rata-rata yang berdiri memberi ucapan termasuklah Presidennya sendiri lebih berupa retorik lama iaitu Umno dan tiada lain selain Umno sahaja yang berhak menjadi parti tunjang pemerintahan negara selama-lamanya. Retorik bangsa Melayu hancur jika Pakatan Rakyat ke PutraJaya dimainkan saban hari sepanjang persidangan , malah diambil kesempatan pula oleh media disiarkan tanpa henti dan sedikit sebanyak telah berjaya mempengaruhi dan menghantui pemikiran rakyat.

Kesinambungan pemerintahan oleh Umno/BN yang menjadi topik paling besar sekarang ini jelas menunjukkan Umno semakin gelabah dengan bayangan mereka sendiri. Umno/BN menjadi semakin bercelaru seperti anak yang kehilangan ibu. Tindakan demi tindakan yang terus menyimpang dari agenda memperkasakan rakyat, terus didokong kepimpinan Umno/BN. Pada pemimpin Umno, agenda untuk lebih mengutamakan pengekalan kuasa mereka kini menjadi tumpuan kerana sebilangan besar mereka ini mengelabah untuk meraih sokongan rakyat. Pemimpin - pemimpin Umno baik diperingkat pusat hingga ke peringakat cawangan sedar akan kesuntukkan masa untuk mereka mengembalikan kepercayaan rakyat keada mereka , oleh itu , cara yang terbaik ialah mencari dan memburukkan keperibadian Pakatan Rakyat adalah jalan terbaik bagi mereka sambil berharap rakyat termakan dengan hasutan sedemikian dan kembali kepada Umno/BN.

Yang nyatanya, rakyat dengan jelas dapat membezakan antara kaca dengan berlian. Umno. Pulau Pinang sebagai contohnya sekarang ini hebat menyerang segala program kebaikan yang cuba dijalankan kerajaan negeri. Fitnah berleluasa , agenda perkauman seolah jaguh kepada orang Melayu terus dimainkan Umno. Sedangkan hak orang Melayu selama 50 tahun yang lalu langsung tidak diendahkan. Umno melalui proksi-proksi mereka secara jeleknya terus cuba menggambarkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat cuba dimonopoli oleh DAP yang kononnya ingin mengusir orang Melayu dari Pulau Pinang. Sedangkan, Umno dan Gerakan sebelumnya bebas berleluasa mengaut segala keuntungan peribadi mereka dan tidak langsung menghiraukan Melayu Pulau Pinang. Kenapa baru sekarang Umno Pulau Pinang merasa terpanggil untuk membela nasib orang Melayu? PAS dan Keadilan serta DAP sememnagnya bersepakatan bahawa hak orang Melayu akan terus terpelihara berlandaskan perlembagaan Malaysia. Cuma perbezannya lebih keada memberi dan menjurus kepada merit seseorang bukannya melalui proksi-proksi politik seperti yang berlaku lebih 50 tahun lalu.

Kepada kepimpinan Umno/BN Pulau Pinang, hanya dengan menyebarkan dakyah perkauman sahaja mereka merasakan sokongan mereka akan dikembalikan rakyat. Namun, apa yang cuba diketengahkan Umno di Pulau Pinang sebenarnya rasa kekecewaan mereka kerana rakyat semkin nampak kebaikan dan menafaat kerajaan baru Pakatan Rakyat walaupun baru menjangkau tahun ketiga. Apa yang sebelumnya tidak diimpikan rakyat kini dapat direalisasikan Pakatan Rakyat. Ketelusan kepimpinan kerajaan negeri yang sebelum ini tidak pernah dirasai juga semakin mendapat tempat dihati rakyat Pulau Pinang. Perbezaan yang nyata hanyalah merupakan retorik dan kesinambungan Umno Pulau Pinang melalui media arus perdana yang semakin jahat menyebarkan fitnah untuk meraih simpati. Janji Paktan Rakyat untuk menerajui Pulau Pinang jauh dari acuan kerajaan korup terdahulu jelas menampakkan hasil yang semakin dirasai oleh rakyat terutamanya yang berpendapatan sederhana dan rendah. Jadi, Umno/BN semakin menggelabah dan mulalah cuba mencari pelbagai jalan salah untuk memburukkan kerajaan negeri.

Saturday, October 9, 2010

KuLi Sah Pengarah PRK Galas Umno

Spekulasi KuLi sebagai pengarah PRK Dun Galas akhirny terjawab pagi ini setelah empunya diri mengakui menerima tangungjawab sebagai Pengarah Pilihanraya Dun Galas untuk Umno pagi ini.

Beliau berkata demikian setibanya daripada bercuti di luar negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, pagi ini.
Menurut Razaleigh beliau menerima tanggungjawab itu sebagai anggota Umno dan Ketua Umno Bahagian Gua Musang selama hampir 50 tahun, selain anggota Parlimen kawasan berkenaan.
Bagaimanapun pemimpin veteran Umno itu berkata, keputusan sama ada menerima tawaran sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu hanya akan diputuskan Isnin ini apabila mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Walaupun persetujuan KuLi itu sedikit sebanyak menggugat Pas daripada mempertahankan kerusi Dun Galas yang dimenangi dengan kelebihan 646 undi dahulu, namun Pas seharusnya menjadikan persetujuan KuLi itu sebagai satu lagi cabaran besar untuk perjuangan hakiki. PRU 12 yang lalu menyaksikan clon Pas Che Hashim Sulama mendapat 4399 undi berbanding calan BN Mohd Saufi Deraman 3753 undi.

Memanglah tidak dinafikan KuLi merupakan ancaman besar bagi Pas untuk PRK ini, namun kemenangan tidaklah mustahil kerana usaha yang teus menerus dari jentera parti dan dibantu oelh pelbagai isu semasa BN lebih-lebih lagi perihal penindasan berterusan kerajaan keatas penduduk asal serta penyelewengan royalti minyak terhadap seluruh rakyat Kelantan khasnya, akan menghantui jentera BN kali ini. Malah kemenagan dengan majoriti yang lebih besar juga dapat diilhamkan oleh Pas jika trategi menangani pelbagai masaalh rakyat di Dun tersebut menjadi agenda utama.

Jentera BN akan berkampung di Galas tidak lama lagi dan bersama-sama mereka , mungkin puluhan juta ringgit akan ditaburkan bagi menarik minat penduduk setempat, namun, Pas seharusnya lebih bersikap terbuka dan menerima kesanggupa KuLi itu sebagai satu lagi bentuk cabaran untuk Pas membuktikan kemampuan jentera parti.

Tidak dapat tidak, kesanggupan KuLi itu mengecewakan rakyat Kelantan kerana sebelum ini , KuLi dilihat lebih adil dan saksama memandangkan kesanggupan beliau seiringan dengan Kerajaan Negeri menuntut royalti minyak dari Kerajaan Pusat.Namun, rakyat Kelantan kini lebih matang dan terbuka minda mereka menyaksikan kelibat KuLi nanti sebagai Pengarah Jentera Pilihanraa BN untuk Dun Galas nanti.Samada beliau akan lebih bersikap professional semasa kempen nanti akan kita saksikan ataupun beliau seperti pemimpin-pemimpin BN yang lain dan akan terus menipu rakyat.

Jentera Pas haruslah menjadikan kesanggupan KuLi ini sebagai cabaran yang biasa kerana sebelum ini pun KuLi sememangnya menetang Pas seumur hidupnya. Jadi tentang samaada KuLi merupakan penentu kepada kemenangan BN di Galas tidaklah harus dijadikan penghalang kepada usaha-usaha jentera Parti Pas untuk berusaha lebh keras memastikan kemenangan calon Pas nanti. Mungkin KuLi juga akan sanggup memikul tanggungjawab sebagai calon Dun Galas, namun, jenera Pas akan menjadikan kenyataan tersebut sebagai satu lagi lumrah dalam pilihanraya kecil Malaysia.

Saturday, October 2, 2010

Siapa Penipu?....

Muhyiddin kata KuLi dah terima perlantikan sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil Dun Galas, sedangkan KuLi dalam twitternya semalam menaikan perkara tersebut kerana hanya akan membuat keputusan hanya selepas beliau pulang ke tanahair pada 9 Oktober nanti.

Kata Tengu Razaleigh...
"Rakan, rakan, saya tidak berkata ya ataupun tidak. Saya akan menjelaskan berhubung Galas apabila saya pulang ke Malaysia,” katanya pada jam 6.35 waktu tempatan.

Kenyataan ringkas itu adalah reaksi sulung Tengku Razaleigh yang kini berada di luar negara kerana melawat Queen's University di Belfast, Ireland, terhadap pelantikan kontroversi itu.

Rentetan paparan twitter itu, bekas Presiden Semangat 46 yang dijadual pulang 9 Oktober ini, mendapat reaksi pengikut twitter yang bertanya: "Harap maaf Tengku, tetapi kenapa TPM asyik berkata bahawa anda telah persetujui? Bukan sekali tetapi hampir setiap hari.”

Tanpa memberi sebarang kata putus, Teng Razaleigh hanya berkata: "Itu, kita kena tanya beliau. Saya setakat ini belum membuat sebarang kenyataan.”

Namun TPM tanpa segan silu juga terus bermain kata-kata malah mencadangkan KuLi sebagai calon Galas pada PRK nanti...

Harapan rakyat KuLi akan lebih bersikap terbuka dalam isu yang melibatkan kepentingan rakyat Kelantan umumnya dan pengundi-pengundi Galas khasnya dan akan membuat keputusan yang bernas sekembalinya nanti...Keadilan seharusnya menjadi keutamaan beliau sekarang kerana jelas perjuangan Umno terus terang menyimpang jauh dari keentingan agama dan bangsa..

Thursday, September 30, 2010

Penolakkan Wang Haram..Ustaz Zaharuddin Menjawab..

Pulangkan wang sumbangan kerana hasil judi?

by Zaharuddin.net on Thursday, September 30, 2010 at 9:32pm

Oleh kerana web asyik down server kerana diserbu pelawat secara serentak. Saya sertakan artikel terbabit di sini.

Tindakan penerima wang bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan kembali wang tersebut boleh dinilai dari dua sudut iaitu sudut politik dan sudut agama atau hukum. Saya tidak berhasrat menyentuh isu terbabit dari sudut politik kerana ia bukan bidang saya.

Cuma jika, tindakan tersebut jika dijadikan ikutan, nanti kita akan dapat melihat kebanyakan orang miskin di Malaysia memulangkan wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kerajaan pusat dan syarikat. Ini kerana sebahagian pendapatan kerajaan negeri dan pusat juga adalah dari sumber haram seperti cukai pusat judi, pelaburan haram, riba, pusat hiburan, rumah urut ‘pelacuran' dan sebagainya. Justeru bantuan mungkin sahaja diambil dari wang haram tersebut.

DARI SUDUT HUKUM

Jika dilihat dari sudut hukum, jika tindakan warga emas tersebut dibuat atas dasar kononnya wang dipulang kerana ia tidak bersih dan haram, tindakan mereka adalah SALAH lagi terkeliru dengan cakap-cakap orang yang tiada memahami hukum Islam. Ini kerana dari sudut hukum, faqir dan miskin HARUS menerima sebarang sumbangan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, walaupun diketahui kerajaan negeri mempunyai sumber wang yang HARAM.

Fakta berikut perlu difahami:

1. Wang kerajaan negeri Pulau Pinang ( dan lain-lain tentunya) adalah bercampur.

Para ulama telah membahaskan persoalan penerimaan sumbangan, derma atau menikmati juadah makanan dari individu yang mempunyai pendapatan bercampur antara halal dan haram. Majoriti ulama telah sepakat bahawa selagi mana harta si pemberi itu bercampur selagi itulah kita orang biasa boleh menerima hadiah, sumbangan, derma, menikmati makanan yang disediakan mereka.

Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul. Itu adalah hukum untuk orang biasa, maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti faqir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas KEHARUSANNYA.

Malah terdapat dalil yang jelas berkenaan keharusan terbabit. Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya. Selain itu, juga turut menerima sumber halal seperti hasil minyak, jualan komoditi dan sebagainya.

2. Wang itu sendiri tidak najis atau haram pada zatnya.

Wang dan harta hanya dikira haram atau halal pada cara mendapatkannya dan membelanjankannya, ia dinamakan haram dari sudut hukmi bukan ‘hissi'. Ia tidak berpindah dari seorang kepada yang lain. Ia bukan seperti najis yag berpindah apabila disentuh oleh seeorang.

3. Bagaimana jika benar-benar sumbangan dari terus dari kantung wang judi, riba dan rasuah?.

Jika keadaan itu berlaku, ia masih lagi HARUS DITERIMA oleh Faqir, miskin dan digunakan untuk maslahat umum seperti sumbangan warga emas, pembinaan jalanraya, pembersihan dan sebagainya. Itu adalah ijtihad majoriti mazhab silam dan ulama kontemporari. Termasuklah, Majlis Fiqh Antarabangsa OIC, Majlis Fatwa Eropah, Majma Buhuth Mesir[1], Al-Lajnah Al-Daimah, Arab Saudi[2] dan ribuan ulama perseorangan seperti Imam Al-Ghazali, Imam An-Nawawi, Syeikh Al-Qaradawi , Syeikh Az-Zarqa[3], Syeikh Faisal Al-Maulawi dan ramai lagi.

Derma bagi wang haram tidak mampu dipulangkan semula kepada tuannya ini hendaklah disedeqahkan kepada orang faqir miskin telah difatwakan harus oleh majoriti mazhab utama Islam ( Hasyiah Ibn ‘Abidin, 6/443 ; Fatawa Ibn Rusyd, 1/632 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 225 )

PANDANGAN ULAMA MAZHAB

Ulama hanafi menyebut :-
والملك الخبيث سبيله التصدق به, ولو صرف في حاجة نفسه جاز . ثم إن كان غنيا تصدق بمثله

Ertinya : Pemilikan kotor ( haram) jalan keluarnya adalah disedeqahkannya, malah jika pemilik itu seorang faqir), ia bleh mengambil untuk dirinya sendiri, kemudian, jika selepas itu dia menjadi kaya, hendaklah dia mendermakan wang haram (yang pernah diambilnya sewaktu miskin dahulu) ( Al-Ikhtiyar Li Ta'lil al-Mukhtar, 3/61)

Ulama mazhab Maliki seperti Al-Qarafi dan Ad-Dawudi menjelaskan wang haram tidak hanya terhad untuk diberikan kepada faqir dan miskin sahaja tetapi juga apa-apa pembangunan dan kegunaan yang memberi manfaat kepada umum menurut budi bicara dan penilaian pemerintah adil. Jelasnya, mazhab maliki juga setuju faqir, miskin malah warga emas yang memerlukan boleh menerima wang sedemikian tanpa masalah. ( rujuk Al-Dzakhirah, 5/69)

Ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali yang berkata:
وإذا دفعه - أي المال الحرام- إلى الفقير لا يكون حراماً على الفقير , بل يكون حلالا طيبا
Ertinya : sekiranya wang haram itu diberikan kepada faqir miskin, ia tidaklah haram ke atas faqir ( dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka. ( Al-Majmu' , 9/428)

Imam A-Ghazzali juga menjawab keraguan beberapa ulama lain :-

وقول القائل: لا نرضى لغيرنا ما لا نرضاه لأنفسنا فهو كذلك ولكنه علينا حرام لاستغنائنا عنه وللفقير حلال إذا حلّه دليل الشرع وإذا اقتضت المصلحة التحليل وجب التحليل
Ertinya : Menjawab kata-kata orang yang berkata : "Kita tidak sepatutnya redha untuk diberikan kepada orang lain sesuatu yang kita tidak redha untuk kita". Memang benar sebegitu, namun dalam kes wang haram yag dimiliki, ia haram ke atas diri kita (pemilik) untuk menggunakannya, namun ia bagi faqir, miskin adalah halal, kerana telah ada dalil syara' yang menghalalkannya dan di ketika wujud kebaikan dari pemberian tersebut (kepada penerima), maka wajiblah diberikan. (Ihya Ulumiddin, 2/212)

Syeikh al-Qaradawi ketika membicara hal pengagihan wang haram berkata :

إذن ما دام هو ليس مالكا له, جاز له أخذه والتصدق به على الفقراء والمساكين أو يتبرع به لمشروع خيري
Ertinya : Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa' sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). ( Fatawa Mu'asiroh, 1/606)

RINGKASAN DALIL

Terdapat banyak sekali dalil yang dijadikan sandaran oleh majoriti ulama, terdiri dari hadis-athar, qiyas dan logik aqal. Antara hujjah yang dipegang bagi mengharuskan ‘derma' wang haram yang tidak diketahui tuannya, cukup sekadar memaklumkan beberapa secara ringkas:-

1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a pernah bertaruh (di awal Islam) dengan seorang Musyrik (yang mencabar ketepatan Al-Quran dari surah Ar-Rum ayat pertama dan kedua yang mengisyaratkan kejatuhan Rom) iaitu kerajaan Rom akan tewas. Kemudian apabila Rom benar-benar jatuh, Sayyidina Abu Bakar dikira sebagai pemenang dan telah memperolehi harta pertaruhan itu (ianya haram kerana judi dan tujuan Abu Bakar hanyalah untuk membuktikan kebenaran al-Quran). Apabila Sayyidina Abu Bakar datang kepada Rasulullah s.a.w menceritakan perihal harta perolehan pertaruhan itu, Rasulullah bersabda :
هذا سحت فتصدق به
Ertinya : Ini kotor, sedeqahkan ia. (At-Tirmizi . 16/22 ; At-Tirmizi : Sohih)

Selepas peristiwa ini, barulah turun perintah pengharaman judi secara sepenuhnya sekalipun dengan orang kafir. (Tafsir At-Tabari, 20/16) Kisah ini dengan jelas menunjukkan Nabi tidak mengarahkannya dikembalikan kepada si Kafir, tetapi disedeqahkan untuk tujuan umum dan kebaikan ramai.

2. Selain itu, hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti wang rasuah yang dibawakan oleh Ibn Lutaibah, Nabi meletakkan wang ini di baitul mal dan diagihkan kemudiannya kepada faqir miskin dan kepentingan awam.[4]

3. Terdapat juga athar dari Ibn Mas'ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi.

KESIMPULAN

Warga emas, faqir dan miskin di pulau pinang dan mana-mana negeri dan Negara lain, DIHARUSKAN untuk menerima sumbangan dari mana-mana kerajaan negeri, syarikat dan individu selagi mana harta mereka (pemberi sumbangan) itu bercampur antara wang halal dan haram. atau dalam kata lainnya, harta mereka masih ada yang neutral dan halal.

Sekiranya mereka ingin memulangkan semula wang tersebut, itu juga harus hukumnya. Kerajaan negeri boleh selepas itu memberikan sumbangan dari poket kanan mereka dan wang dipulang itu masuk poket kiri kerajaan. Ia akan jadi sama sebenarnya.

Sebaiknya penyumbang tidak kira kerajaan, syarikat dan sepertinya; tidak mendedahkan sumber pemerolahan harta yang disumbang agar tidak mengelirukan penerima sebagaimana kes yang berlaku ini
Mereka juga HARUS untuk menerima wang sumbangan dari penyumbang tadi, walaupun jelas ia adalah dari hasil yang haram seperti judi lumba kuda rasuah, riba dan sebagainya. Tiada kotor pada wang yang diterima oleh mereka, kerana mereka adalah penerima yang diiktiraf oleh syara'. Manakala dosa hasil dari pemerolehan wang itu hanya ditanggung oleh pelaku dosa dan ia tidak merebak kepada penerima dari kalangan faqir miskin dan yang memerlukan.

Jika dilihat dari sudut hukum dan agama, warga yang menerima sumbangan terbabit TIDAK PERLU SAMA SEKALI memulangkan semula wang yang diterima.

Namun jika dilihat dari strategi politik pihak tertentu, tindakan tersebut di luar fokus artikel ini.


Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
30 Sept 2010

http://www.zaharuddin.net/content/view/963/72/

Friday, September 24, 2010

Che Det Buat Pulak Dah..


Che Det dalam satu wawancara kelmarin tanpa segan silunya membuat kenyataan yang berbaur perkauman yang melampau. Dakwaan beliau Melayu akan kehilangan kuasa jika Pakatan Rakyat memerintah dengan sejelas-jelasnya berbaur perkauman. Mutakhir ini kita dapat melihat tingkah laku Che Det lebih terjurus kepada perkauman yang melampau semenjak menjadi hulubalang Perkasa Ibrahim Ali.

Samaada CheDet sedar ataupun tidak, CheDet sebenarnya mencerminkan ciri-ciri mereka yang takut kehilangan kuasa. Umno semakin hari semakin terhakis pengaruh mereka dan tidak mustahil akan digantikan Pas sebagai tunjang pemerintahan orang Melayu Islam. Justeru itu, permainan politik perkauman cuba diketengahkan Umno melalui Perkasa dan CheDet.

Apa yang menjadi ketakutan Umno dan CheDet sebenarnya lebih kepada bayangan merupakan igauan ngeri Umno mutkhir ini setelah melihat perubahan ketara politik tanahair sejak PRU 12 yang lalu. Malah , senario politik dunia yang menjurus kepada perubahan politik yang ketara juga menjadi mimpi ngeri Umno. Parti Buruh yang memerintah British selama berdekad lamanya juga kecundang hasil daripada perubahan politik. Malah, di Australia juga rakyat telah menolak parti pemerintah yang korup sebelum ini. Andaian untuk Umno memerintah terus Malaysia selama-lamanya telah tidak relevan lagi. Mereka sedar akan angin perubahan rakyat tidak dapat lagi dibendung dengan cara demokrasi tulen, lantas percaturan serta isu-isu perkauman menjadi bahan politik mereka mutakhir ini dengan harapan menjadi pemangkin kepada kembalinya sokongan orang Melayu keada Umno.

Malahan, rakyat semakin bijak menilai setelah membuat perbandingan antara 5 buah negeri yang diperintah Pakatan Rakyat dengan negeri-negeri dibawah naungan BN. Kejayaan demi kejayaan dibawah struktur pemerintahan yang telus walaupun mendapat pelbagai rintangan dari kerajaan Pusat, Kelantan , Pulau Pinang , Kedah , Selangor dan Perak ( sebelum dirampas ) terus menunjukkan prestasi yang cemerlang. Unjuran untuk melihat negeri-negeri Pakatan Rakyat hancur tidak menjadi kenyataan dan menyebabkan Umno dalam kepanasan untuk mencari formula memenangi hati rakyat kembali. Lantas, jlan paling mudah adalah mencetuskan pelbagai siu yang lebih bersifat perkauman agar dilihat rakyat sebagai jaguh pembela bangsa. Walhal, segala kemelut dan isu perkauman yang melanda rakyat sebenarnya hasil kerja tangan Umno / BN selama ini.

Cetusan untuk menjadikan isu perkauman sebagai modal politik amat jelas bertentangan dengan polisi negara berpelembagaan seperti Malaysia. Negara kita berpelembagaan yang jelas menjadikan Melayu dan Islam sebagai tunjang pemerintahan negara dan seluruh rakyat tidak kira bangsa apa sekalipun akur dengan hal ini. Jadi ,kenyataan -kenyataan berbaur perkauman oleh CheDet dan Perkasa sebenarnya lebih menjurus kepada ketegangan kaum. Rakyat sebenarnya semakin bijak menilai keadaan sekarang dan menolak poltik sempit sebegini.

Wednesday, September 22, 2010

Cah Keting Politik dalam Pas?

Salam Aidil Fitri untuk seluruh umat Islam Maaf Zahir Batin...Persoalan menyelubungi samaada kewujudan politik 'cah keting' dalam mana-mana parti politik tatkala menjelang proses memilih pimpinan kerap menghantui ahli-ahli biasa mana-mana parti politik tanahair. Jikalau Umno berleluasa dengan pelbagai sumber rasuah samada berupa wang ringgit mahupun pelbagai kemudahan dan keseronokan duniawi, Pas pula agaknya lebih cenderung kepada hasutan mahupun hasad dengki sesama pimpinan.

Ahli Pas yang baru hendak berkecimpung dengan parti akan terkeliru perihal keadaan ini. Pada mereka Pas yang bertunjangkan Islam sebagai wadah perjuangan sepatutnya lebih mengutamakan asas perjuangan menegakkan agama Allah dari terus bergelumang dengan politik cantas mencantas ini. Lebih menyedihkan tikam menikam sesama kepimpinan dibuat tanpa segan silu bertunjangkan paksi ingin berkuasa, walhal , jika dinilai asas pengorbanan mahupun sumbangan sesetengah mereka ini tidaklah seberapa.

Lebih mengelirukan lagi, ahli-ahli bawahan yang bertungkus lumus sepanjang masa terus diketepikan hak mereka untuk bersuara untuk memilih pimpinan diperingkat atasan samaada kawasan mahupun negeri. Politik berpuak-puak terus subur didalam Pas sendiri dek kerana nafsu yang menjalar dalam diri untuk berkuasa. Proksi-proksi segelintir kepimpinan mula memainkan peranan mereka untuk memastikan kepimpinan mereka terus dilihat 'relevan' dimata kepimpinan atasan sepanjang masa walaupun hakikatnya adalah disebaliknya.

Nafsu untuk terus berkuasa ini tidak mungkin akan pudar jika kita tidak kembali kepada asas perjuangan yang sebenarnya. Perkara sebegini akan terus memburukkan imej Pas malahan imej pemimpin-pemimpin itu sendiri. Ahli-ahli biasa seperti kami yang baru hendak berkecimpung dengan lebih aktif didalam Pas akan merasa tertipu akibat mainan politik sebegini. Rata-rata ahli-ahli bawahan lebih optimistik dengan Pas jika kepimpinan lebih bersikap terbuka dan lebih professional menilai diri sendiri.

Persoalan 'Nawaitu' setiap individu pemimpin itu haruslah diutamakan daripada terus mengejar kuasa untuk memimpin. Jika benar wujudnya proksi-proksi yang bergerak secara halus mahupun terang-terangan untuk 'mencantas' mana - mana pemimpin sekalipun , haruslah , dihentikan serta merta demi menjaga asas perjuangan Pas.

Ahli - ahli Pas terutamanya yang ingin melihat 'perangai-perangai' buruk dan jijik Umno tidak menular dalam Pas akan terus hampa jika politik 'cah keting' ini subur menjalar dari hari ke hari.

Friday, August 13, 2010

PRU 12 - Fakta Nombor....

Tahukah Anda...Jumlah undi yang diterima Umno/BN pada PRU 12 ialah 3,444,386 undi (48.71%) sedangkan Pakatan memperolehi 3,461,318 undi (48.95%). Maknanya MAJORITI rakyat Malaysia menolak UMNO. Sekalipun majoriti rakyat Malaysia mengundi Pakatan dengan kelebihan 16.932 undi, , UMNO masih memerintah kerana SPR dan sistem pilihanraya Malaysia. Pemerintahan dikira berdasarkan kerusi dan bukan jumlah pengundi. Kerusi dan kawasan pula dicorakkan oleh SPR untuk memenangkan UMNO.

Tahukah Anda...Undi rosak saja 153,755. Bodoh sangatkah rakyat Malaysia sehinggakan nak tanda kertas undi pun tak reti? Atau ada udang disebalik batu? Untuk memenangkan Umno/BN disesetengah tempat?

Tahukah Anda...PAS peroleh 1,188,162 (45.32%) daripada jumlah pengundi berdaftar di kawasan yang ditandingi. UMNO BN pula memperolehi 1,379,867 (52%) iaitu lebih 191, 705 berbanding PAS. Jika kita membuat analisa dengan lebih terperinci, PAS sebenarnya gagal meraih sokongan padu dari pengundi Melayu.

Yang pasti lagi, pengundi Melayu memberikan sokongan mutlak dan padu kepada UMNO khususnya orang Melayu Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan pastinya Johor.

JUSTERU, ini membongkar rahsia mengapa kepimpinan UMNO begitu ghairah membakar isu-isu agama khususnya yang melibatkan nama Allah suatu ketika dahulu kerana mereka faham bahawa mereka hanya mampu bertahan dengan undi Melayu yang pro-UMNO.

Saturday, August 7, 2010

Ungkit...

Perangai buruk Umno /BN selama ini masih lagi menjadi bahan bekempen mereka setiap kali pilihanraya samaada umum ataupun kecil diadakan. Umno/BN melalui jentera parti mereka akan acapkali mengungkit jasa-jasa yang mereka lakukan sekan-akan tanpa mereka rakyat akan terus merempat selama-lamanya sejak 50 tahun yang lalu.

Umno terlebih lagi akan menggunakan pelabagai strategi kolot mereka mendabik dada dengan segala pembangunan yang ada sebagai jasa mereka. Mitos 'Tanpa Umno Melayu Merempat' di tanahair sendiri merupakan kegemaran pemimpin Umno takala menghadiri mana-mana program yang dijalankan mereka. Kegemaran melakarkan kebaikan diminda oraang Melayu oleh Umno akan berterusan selama-lamanya memandangkan ianya seakan menjadi dara daging mereka untuk mengungkit. Umno mendabik dada kononnya segala prasarana seperti masjid, jalanraya, lebuhraya , sekolah dan bermacam-macam lagi merupakan jasa mereka yang rakyat seharusnya berterima kasih..Rakyat bukan sahaja harus berterima kasih malah wjib mengundi mereka semula diatas jasa-jasa mereka.

Apa yang Umno/BN lupa atau buat-buat lupa adalah segala yang digembar-gemburkan mereka merupakan sesuatu yangwajib dilakukan oleh mana-mana pemerintah sekalipun. Malah jika Pakatan Rakyat memerintah nanti, kemudahan-kemudahan asa seperti itu sebenarnya wajib disediakan ataupun dipertingkatkan kerana memang itu tanggungjawab sebagai pemerintah....Jadi untuk medabik dada kononnnya Umno/BN yang banyak berjasa menyediakan segala keerluan asas itu hasil daripada kebaikkan mereka adalah satu yang karut.

Ungkitan sedemikian hanya menunjukkan 'ketidakikhlasan' mereka dalam membela nasib rakyat selama ini. Malah mereka lakukan ini seakan-akan segala kemudahan yang disediakan datang dari hasil titik peluh wang mereka. Walhal, segala perbelanjaan mereka sebenarnya datang dari duit rakyat. Melalui cukai yang dikutip, hasil bumi seperti galian dan pertanian , Umno/BN sebenarnya hanya menolong mengurus dan membelanjakan wang rakyat untuk rakyat.

Jadi untuk mengambil seluruh kredit dan memaksa rakyat untuk membalas jasa mereka dengan mengundi mereka semula sememangnya sesuatu yang tidak semestinya diikut rakyat. Hak mengundi dan memilih kerajaan terletak secara mutlak kepada rakyat. Kepada Umno/BN , sedarlah dan cukuplah setakat ni rakyat dipijak dan ditindas. Mitos yang selama ini digunapaki tidak akan dapat lagi menyekat perubahan rakyat kepada yang lebih baik.....

Tuesday, July 27, 2010

Hidung Tak Mancung Pipi Tersorong - Sorong....

Teringat peribahasa Melayu..'Hidung Tak Mancung Pipi Tersorong - Sorong', itulah perumpamaan tepat untuk keadaan Umno sekarang ini dengan isu lapuk Perpaduan Melayu mereka. Setelah pelbagai tentangan dari kesemua pemimpin termasuklah Mursyidul Am Pas TGNA, Umno seakan - akan kemaruk dengan secara terus terusan mengasak Pas untuk menerima agenda muslihat perpaduan mereka.

UMno yang dilihat semakin hari semakin lemah menuju kemusnahan ingin mengambil segala bentuk kesempatan yang ada untuk memecah belah kesepakatan Pakatan Rakyat. Jika Pas walupun sekelumit pun ingin menerima ajakan ini, media-media Umno akan memperbesarkan agenda ini dan sekaligus meretakkan hubungan akrab Pakatan Rakyat. Mujur juga Pas cepat menyedari agenda politik kotor Umno dan berjaya mengelak tipu daya muslihat mereka.

Pas melalui beberapa Naib Presiden parti dan termasuklah TGNA berulang kali menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Umno kerana menyedari ajakan Umno merupakan satu lagi umpanan untuk memecahbelahkan Pas dan seterusnya berusaha untuk mencerminkan Pas sebagai anti perpaduan Melayu. Apa pun perancangan Umno sekarang ini melalui kenyataan-kenyataan umpama 'anjing tersepit' oleh beberapa pemimpin tertinggi Umno, jelas menunjukkan berapa terdesaknya mereka untuk cuba mengalih pandangan rakyat dari isu-isu yang lebih penting buat masa ini.

Isu ketirisan dana termasuklah beberapa penyelewengan - penyelewengan lain cuba dikesampingkan jauh oleh pemimpin Umno dari pandangan rakyat dan cara yang berkesan adalah melalui media yang setiap hari menyiarkan berita muka depan isu perpaduan Melayu Pas dan Umno.

Umno sebenarnya amat terdesak sekarang ini setelah menyedari akan kelemahan yang mereka hadapi setelah hampir berakhirnya mesyuarat Agung Bahagian Umno diseluruh negara. Mesyuarat Agung Bahagian Umno di beberapa negeri berlangsung dengan tegang dan sehingakan ada yang terpaksa ditunda akibat percakaran dan perebutan kuasa sesama mereka. Ada juga bahagian yang menyaksikan acara baling kerusi dan pertikamanlidah yang serius sesama mereka seperti tahun sebelumnya. Ada negeri juga masih lagi dibelenggu masaalah kepimpinan yang sampai sekaang masih lagi tidak dapat diselesaikan hatta oleh Najib sendiri.

Justeru itu, dengan memperbesar-besarkan isu perpaduan Melayu bersama Pas, Umno cuba mengalih pandangan rakyat serta berharap rakyat akan menyalahkan Pas jika agenda ini gagal dilaksanakan nanti. Dan seperti biasa juga pemimpin-pemimpin Umno tanpa segan silu mengeluarkan kenyataan - kenyataan sensitif yang berbaur rasis semata-mata untuk meraih sokongan orang Melayu.

Sunday, July 25, 2010

Kenyataan Akhbar Dr Hassan Ali .. Isu Perpaduan Umno dan Pas


Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah menyekat malah sentiasa menggalakkan ahli-ahli Exconya mengadakan pertemuan dengan mana-mana pihak tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik mereka. Pertemuan seperti ini diatur bagi meningkatkan keupayaan, kemampuan, prestasi serta profesionalisme ahli-ahli Exco berkenaan. Dengan cara ini sistem pengurusan dan pembangunan negeri terus dapat dipertingkatkan.

Pertemuan saya dengan Dato’ Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan pada kira-kira dua bulan yang lepas merupakan salah satu daripada “engagement” sedemikian yang dilakukan atas sifat saya sebagai ahli Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab secara langsung antara lainnya portfolio Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu.

Pertemuan tersebut diatur bagi membolehkan saya meninjau ilmu dan pengalaman beliau secara amali mengurus Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu. Saya dimaklumkan beliau telah berkhidmat lebih 30 tahun sebagai Mufti dan sebelum itu menjawat jawatan sebagai Kadhi Besar Negeri Perak Darul Ridzuan. Ilmu dan pengalaman yang begitu luas yang beliau miliki sudah tentu dapat dimanfaatkan untuk kebaikan bersama dan umat Islam seluruhnya.

Saya ingin menegaskan bahawa:


1. Pertemuan tersebut adalah pertemuan di antara saya selaku ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor dengan beliau selaku Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan;

2. Pertemuan diatur bagi meraih kebaikan bersama demi untuk kemajuan Islam dan kesejahteraan umat;

3. Pertemuan tersebut bukan pertemuan sulit, malah diadakan secara terbuka ditempat yang terbuka.

4. Saya tidak pernah diberi mandat oleh parti saya untuk membincangkan hal-hal politik perpaduan, oleh itu tidak ada agenda khusus membincangkan soal itu;

5. Pertemuan tersebut tidak menatijahkan apa-apa tindakan susulan di kedua-dua pihak bahkan tidak ada sebarang perhubungan antara kami berdua selepas itu;

6. Pertemuan itu diadakan sehari sebelum mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Saya telah diminta mewakili kerajaan negeri dalam mesyuarat tersebut. Saya menjadikan pertemuan itu sebagai sebahagian daripada persediaan saya menghadiri mesyuarat tersebut.

Kepada sesiapa yang mempunyai prasangka dan agenda jahat terhadap saya dalam hal ini, saya menyeru supaya mereka dapat merenung semula dan bermuhasabah diri agar tidak menghabiskan masa dengan kerja-kerja yang tidak memberi manfaat kepada kemajuan agama, parti yang sama-sama kita cintai dan umat seluruhnya. Marilah kita bersama-sama menumpukan tenaga dan pemikiran bagi menghadapi cabaran Pilihanraya Umum Ke 13 yang dijangka akan berlaku tidak berapa lama lagi.

Sekian terima kasih.

24 Julai 2010

YB Dato’ Dr Hasan Bin Mohamed Ali
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam,
Adat-adat Malayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam
Tingkat 2, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Wednesday, July 21, 2010

Kerajaan Perihatin

Antara alasan kerajaan menaikkan harga gula 25 sen sekilogram baru - baru ini selain untuk menyelaraskan subsidi , juga adalah kerana keperihatinan kerajaan terhadap taraf kesihatan rakyat. Gula akan menimbulkan masaalah kesihatan jika diambil secara berlebihan. Jadi dengan kenaikkan harga tersebut, kerajaan telah berjaya menyediakan satu formula pengurangan pengambilan gula oleh rakyat secara automatik.

Alasan kerajaan tersebut cukup menggelikan hati kerana kerajaan sanggup mempermainkan hak rakyat dan mengeluarkan pelbagai alasan yang boleh dikatakan lucu demi kepentingan politik mereka. Apakah alasan yang sebenarnya disebalik kenaikkan harga barangan utama yang kebanyakkan rakyat amat memerlukannya? Apakah kenaikkan barangan keperluan tersebut terjadi setelah kegagalan kerajaan mengutip hasil judi bolasepak baru-baru ini? Hasil tentangan sebahagian besar rakyat keatas perlaksanaan judi bolasepak telah mengakibatkan kerajaan BN mengalih kepada kenaikkan harga barangan utama rakyat kononnya untuk menyelaraskan subsidi.

Seharusnya kerajaan menaikkan harga beberapa barangan lain untuk memastikan rakyat terus berada dalam keadaan sihat selalu. Kerajaan disarankan menaikkan harga daging dan juga harga hasil laut. Ini adalah kerana , daging akan mengakibatkan kenaikkan tahap kolestrol dan hasil laut seperti sotong dan udang boleh mengakibatkan kenaikkan tahap asid urik dalam badan jika diambil berlebihan. Tahap asid urik yang tinggi boleh membawa kepada penyakit 'gaut' yang kronik. Oleh itu, jika inilah alasan yang diberikan kerajaan , haruslah kerajaan menaikkan harga barangan daging dan juga hasil laut.

Lebih menggelikan hati, apabila tindakan drastik beberapa pakar kesihatan yang mendokong segala tindakan kerajaan dengan berlumba-lumba memberi reaksi positif keatas tindakan kerajaan tersebut. Sekonyong-konyong timbullah pelbagai pendapat yang 'mengiakan' alasan mereka menjustifikasikan kenaikkan harga tersebut.

Apa yang mengecewakan kita, adalah , tindakan kerajaan ini dilihat langsung tidak perihatin kepada permasaalahan yang lebih kronik dihadapi rakyat pada masa sekarang ini. Dengan keadaan kuasa membeli rakyat yang semakin berkurangan, dengan kadar inflasi yang gagal diimbangi oleh kenaikkan gaji mereka, kerajaan seharusnya lebih perihatin dengan keadaan in dan seboleh-bolehnya mengelak daripada menaikkan harga barangan tersebut.

Rakyat sekarang ini dilihat terus dihimpit dengan kenaikkan harga barangan setiap tahun namun sumber kewangan mereka terus berada ditakuk lama. Ada diantara pekerja swasta yang dibekukan kenaikkan gaji mereka hampir 2 tahun akibat kelembapan ekonomi. Namun, terpaksa pula menghadapi kenaikkan harga barangan keperluan ini sedangkan masih berlaku ketirisan dana kerajaan berbilion ringgit hasil ketidakkecapan kerajaan menguruskannya.

Lantas, kerajaan sekarang ini seharusnya lebih bersikap mencermin diri dan berusaha mnguruskan dana mereka dengan lebih berhemah dan berjimat cermat sebelum melaksanakan apa saja tindakan yang membebankan rakyat.

2011.... ??

Tahun 2011 mungkin menjadi lembaran baru kepada rakyat Malaysia..Tahun 2011 mungkin menjadi detik sejarah kebangkitan rakyat ... Mungkin menjadi titik permulaan untuk Pakatan Rakyat menerajui Malaysia ...Buat pertama kalinya, rakyat yang semakin bosan dengan tingkah laku pemimpin-pemimpin BN memilih untuk menghantar sebahagian besar pemimpin Umno , MCA dan Mic kebahagian sebelah kiri bangunan Parlimen ... Kerusi Pembangkang !!!

Tiada apa yang mustahil kerana sebenarnya rakyat semakin dapat menerima idea ataupun kesepakatan Pakatan Rakyat untuk menerajui Malaysia. Sebahagian besar rakyat terutamanya generasi pertengahan umur dan generasi baru inginkan perubahan. Sebahagian besar rakyat dahagakan perubahan demi generasi akan datang.

Tahun 2010 menyaksikan buat pertama kalinya Parti Buruh di England mengalami kekalahan dan terpaksa berpuas hati sebagai pembangkang..2010 juga menyaksikan Australia diterajui oleh parti yang sebelumnya merupakan parti pembangkang..Jadi mungkinkah 2011 menyaksikan perubahan tampuk pemerintahan bagi Malaysia ?

Kemungkinan besar pilihanraya akan diadakan pada tahun 2011 semakin menjadi kenyataan. Tindakan Umno sekarang yang mengasak Pas dengan pelbagai rencana jahat mereka terutamanya dengan isu perpaduan Melayu, Umno berharap parti kedua terbesar orang Melayu Islam ini akan berpecah dan berpuak-puak. Umno amat berharap jika Pas berpecah, Pas akan menjadi lemah dan Umno akan dilihat sebagai parti orang Melayu Islam yang paling dominan. Staregi 'thintank' Umno ini dilihat sebagai senjata yang akan menjadi senjata makan tuan kerana Pas serta Pakatan Rakyat tidak mudah untuk menjadi habuan Umno hasil tindakan ini. Rata-rata kepimpinan Pas serta ahli Pas sependapat dengan kepimpinan tertinggi Parti. Perpaduan Islam yang lebih utama berbanding dengan perpaduan bangsa Melayu. Dan jelas sekali Pas sanggup berpecah daripada bersama-sama dengan mereka yang secara jelas menentang Islam. Pendek kata , adlah lebih baik Melayu yang berpecah daripada bersatu sedangkan Islam dipinggirkan.

Monday, July 19, 2010

Datuk Harussani Berbohong Lagi???


Menurut Ahli Dun Titi Serong Drs Idham Lim didalam blog beliau, 'http://idhamlim.blogspot.com' , perjumpaan yang digembar-gemburkan oleh Mufti Perak Datuk Harussani berkenaan perpaduan antara Umno dan Pas sebenarnya tidak berlaku seperti yang didakwa. Individu Pas yang dikatakan berjumpa dengan Datuk Harussani itu sebenarnya untuk berbincang mengenai perihal lain dan bukannya penyatuan Umno dan Pas. Tambah Drs Idham Lim, beliau tahu individu Pas tersebut dan mempunyai bukti tarikh, waktu , tempat serta topik yang dibincangkan bersama Datuk Mufti.

Apakah Datuk Harussani berbohong lagi ???

Jika benar dakwaan yang dibuat Datuk Harussani, berita pertemuan melibatkan Umno dan individu Pas ini hanyalah tatkala Umno menghadapi krisis kepimpinan yang teruk. Berita seringkali timbul apabila Umno menjadi begitu terdesak dengan sokongan orang Melayu. Bagi Umno , dengan cara melemparkan isu perkauman sebegini sedikit sebanyak akan memberi impak yang positif kepada Umno dari segi sokongan orang Melayu.

Tambahan pula, isu yang sebegini bila digebar-gemburkan media samaada media cetak, elektronik malahan di alam maya blog-blog, Umno akan berjaya mengalih pandangan rakyat dari isu kenaikan harga barangan keprluan baru-baru ini. Taktik pembiasan berita sebegini memang gemar dan seringkali diamalkan Umno untuk sekian lamanya.

Malah teknik sebegini sebenarnya pada kebiasaannya akan membawa kepada perbincangan serta menjadi buah mulut rakyat untuk satu masa yang agak panjang dan seterusnya memberi ruang masa untuk Umno / BN untuk mencongak strategi baru menidakkan hak rakyat seterusnya. Kemelut kehilangan kuasa orang Melayu yang cuba dibawa Datuk Harussani ini lebih mencerminkan betapa tebalnya perjuangan berlandaskan bangsa yang lebih utama berbanding dengan perjuangan agama yang diterajui Umno untuk sekian lama.
Orang Melayu sebenarnya dahagakan perubahan pimpinan selain dari Umno, dan disebabkan oleh senario ini , Umno dalam kepanasan dan akan mencuba seluruh jentera parti untuk cuba memecahbelahkan keutuhan Pakatan Rakyat dengan menimbulkan isu perpaduan Umno dan Pas.

Sunday, July 18, 2010

Penghancur Islam dan Bangsa Melayu .... UMNO


Pendedahan yang dibuat oleh bekas mufti Perlis, Ustaz Asri semasa program wacana bertajuk 'Bolehkah Melayu bersatu ?' di Kelantan baru-baru ini amat mengejutkan seluruh rakyat. Pengakuan mantan PM Malaysia Tun Abdullah di London suatu masa dulu dapat membuka minda orang-orang Melayu yang sebahagiannya selama ini terus mendokong perjuangan assobiyah sempit Umno. Tun Abdullah mengakui kepentingan Pas untuk orang Melayu dengan menyatakan jika Umno menjadi tunjang parti orang Melayu, dan Pas tidak ujud, Umno akan terus MEROSAKKAN masyarakat Melayu dan agama Islam.

Begitu keras pengakuan dan luahan Tun Abdullah terhadap parti yang selama ini menjadi dokongan beliau sendiri , lantas , mencerminkan kebenaran bahawa Umno sememangnya punca segala permasaalahan yang dihadapi orang Melayu dan agama Islam di Malaysia selama ini.

Ketaksuban pemimpin-pemimpin Umno selama ini menggadai maruah agama Islam demi kepentingan politik mereka tidaklah sesuatu yang asing kepada rakyat yang celik, terutamanya, sejak akhir-akhir ini. Penyelewengan demi penyelewengan yang dilakukan Umno serta penindasan berterusan mereka terhadap kebangkitan Islam di Malaysia bukannya sesuatu yang baru. Kelibat Umno dalam menggagalkan perlaksanaan hukum hudud dan qisas di Trengganu dan Kelantan menjadi bukti kukuh mengiakan apa yang dikatakan Tun Abdullah.

Selanjutnya, pengasingan antara politik dan agama oleh Umno juga merupakan salah satu daripada kezaliman mereka terhadap institusi keagamaan itu sendiri. Dizaman Umno kita dihidangkan dengan pelbagai sekatan - sekatan terhadap ilmuan Islam untuk menyampaikan ilmu secara terus kepada rakyat selagi ianya tidak sealiran dengan kehendak Umno. Umno menghalalkan apa saja selagi ianya memberi keuntungan kepada Umno. Contoh terbaik ialah mengenai judi bola yang cuba dilaksanakan pentadbiran Najib kerana ianya akan memenuhu kantung kewangan Umno/BN, malah hukum-hakam Islam dengan jelas telah cuba diketepikan mereka.

Tingkah laku pemimpin Umno yang secara terang - terangan menindas golongan yang tidak sealiran dengan Umno jelas mencerminkan mentaliti rendah pemimpin-pemimpin Umno. Kehendak Umno amat jelas, selagi ianya menguntungkan mereka, Umno tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan apa sahaja yang memberi menafaat kepada mereka biarpun bertentangan dengan agama.

Saturday, July 17, 2010

Pelarasan Subsidi ??? Rakyat Di Dahulukan...

Kata Najib, kenaikan harga beberapa barangan keperluan penting rakyat baru-baru ini merupakan perlarasan subsidi yang akan berjaya menjimatkan perbelanjaan kerajaan hampir RM 750 juta setahun. Jika dinilai jumlah yang berjaya dijimatkan amatlah cukup tinggi untuk seluruh rakyat marhein dan tidak terkira bagi kita untuk menghitungnya dan mencerminkan kononnya Najib berani membuat perubahan demi kepentingan masa depan rakyat. Namun disebalik kenaikan harga barangan ini, rakyat masih lagi diulit mimpi indah dibuai media kerajaan yang mengeksploitasi rakyat dan pertubuhan-pertubuhan yang mesra kerajaan untuk mengeluarkan kenyataan-kenyataan menyokong kenaikan ini.

Walaupun rata-rata rakyat merungut, kerajaan Najib masih terus - menerus menggunakan kuasa mutlak mereka bermaharajalela dengan pelbagai langkah-langkah penindasan rakyat. Belum pun reda sebahagian rakyat berbelanja menghantar anak-anak ke menara gading baru-baru ini dan ada yang masih lagi termenung panjang berfikir untuk menyelesaikan segala hutang mereka kerajaan pimpinan Najib meneruskan juga kenaikan ini.

Protes demi protes yang diajukan rakyat tidak langsung diendahkan malah kerajaan Najib masih terus dengan agenda memperkayakan kroni dengan ketirisan teruk perbelanjaan kerajaan hari demi hari. Tiada langsung keperihatinan kerajaan kepada rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah. Inflasi terus meningkat tahun demi tahun, kenaikan gaji pekerja tidak dapat menampung perbelanjaan harian rakyat , namun ini tidak mematahkan langsung hasrat kerajaan Najib menghimpit rakyat dengan kenaikan harga ini.

Tidak mustahil selepas ini akan ada kes - kes yang melibatkan peningkatan rakyat terjebak dengan gejala Along kerana tidak mampu lagi menampung perbelanjaan harian mereka. Tidak mustahil juga akan ada peningkatan yang ketara gejala jenayah samaada ragut ataupun pecah rumah kerana akan ada rakyat yang ingin mengambil jalan mudah untuk 'survival' mereka seharian.

Akan ada juga mereka-mereka yang terjebak dengan hutang kad kredit yang tinggi dan hanyut dengan gejala kehabisan wang gaji untuk membayar hutang kad kredit mereka. Ini semua bagi kerajaan Najib hanyalah merupakan satu fenomena biasa yangtidak dapat dielakkan dan hanya menyalahkan rakyat jika peningkatan gejala negatif ini meningkat.

Saban hari rakyat akan terus dibelenggu dengan kenaikan barangan keperluan asaas yang lain kerana tidak mustahil ada golongan yang merasakan kenaikan harga barangan lain dalah suatu yang mesti dilakukan untuk menampung perbelanjaan pemimpin-pemimpin Umno.

Lebih menyedihkan, tatkala umat Islam di Malaysia bersiap sedia untuk menyambut kedatangan Ramadhan dan Syawal, Najib dan konco-konconya tanpa segan silu menambah kesempitan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah.

Kononnya , kerajaan Najib akan memantau agar barangan keperluan lain tidak meningkat akibat penyelarasan subsidi ini, rakyat sudah pasti akan menyaksikan barangan keperluan yang lain akan meningkat selaras dengan kenaikan harga barangan asasi tadi.

Kepada seluruh rakyat Malaysia..sudah tiba masanya mereka menilai semula sokongan mereka kepada Umno kerana jelas sekali kepimpinan yang ada sekarang ini lebih mementingkan kantung mereka dari keputusan untuk membela nasib rakyat.

Friday, July 16, 2010

ADOLF HITLER




Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...

Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.



Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...



Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...




Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...



Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Wednesday, July 14, 2010

Umno Gila Talak...

Umno kembali melemparkan isu perpaduan Melayu sekali lagi demi survival politik Umno dalam kancah pemerintahan negara. Dalam pada kemelut politik Umno yang semakin meruncing dengan pelbagai masaalah dalaman parti haprak mereka, pemimpin kedua tertingginya cuba memancing undi orang Melayu dengan menyatakan kesediaan Umno untuk berunding dan bekerjasama dengan Pas demi kepentingan orang Melayu. Sentimen dan cara Muhyiddin terang terangan cuba menyalahkan Pas jika perbincangan yang cuba diketengahkan ini gagal dilaksanakan jika Pas menolak pelawaan Umno ini. Survival politik Umno kini semakin parah dan rakyat dapat meilai sendiri perihal keadaan sebenar Umno yang semakin hari semakin ditolak rakyat.

Masa dikatakan amat suntuk untuk Umno merayu Melayu untuk menyokong Umno dan undi orang Melayu kini semakin menjauhi Umno..dan inilah yang amat ditakuti oleh Muhyiddin. Lantas atas sebab musabab inilah Muhyiddin cuba memancing undi orang Melayu untuk terus menyokong mereka....Alasan UMNO sedia bertemu dan menjalinkan kerjasama dengan Pas dalam usaha memperkukuh Islam dan kedudukan orang Melayu di negara ini. Muhyiddin Yassin berkata, walaupun usaha tersebut sering menemui kegagalan, tetapi ia tidak pernah mematahkan semangat UMNO untuk memulakan kerjasama yang diimpikan oleh semua orang Melayu.

Umno akan sentiasa memainkan isu perpaduan ini setiap kali keadaan mereka tertekan kerana sejarah telah membuktikan akan ada 'swing support' daripada orang-orang Melayu kepada Umno setiap kali isu untuk menyatu padukan Melayu ditimbulkan. Dan media-media dibawah pengaruh mereka akan terus menerus memainkan peranan busuk mereka memanipulasikan berita ini hari demi hari kononnya untuk mencerminkan keikhlasan Umno.

Apakah Umno dan pemimpin - pemimpin mereka tidak sedar ataupun masih lagi gila talak kerana terus menerus mengasak Pas untuk berkompromi kononnya demi perpaduan Melayu. Pas yang sudah berkali-kali menolak lamaran Umno ini sebenarnya sudah jelak dengan maina politik busuk Umno. Pas , tidak mungkin menerima Umno ataupun bekerjasama dengan Umno selagi semangat perkauman dan bukannya kepentingan Islam menjadi tunjang Umno.

PAS tetap akan menentang perjuangan Umno dan Barisan Nasional (BN) sehabis mungkin selagi parti itu tidak menerima dasar perjuangan Islam sebenar.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata sebagai sebuah parti yang menjadi harapan rakyat pelbagai bangsa di negara ini, khususnya umat Islam, PAS akan tetap menentang dasar Umno dan BN.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Persidangan Perwakilan Jawatankuasa Kesepakatan Bersama Peneroka (Sepakat) Malaysia.

“Biarpun mereka menuduh PAS mengamalkan ajaran sesat, namun PAS yang tetap berada di landasan yang benar tidak akan menghentikan perjuangannya semata-mata ugutan pihak lawan,” ujarnya lagi.

Tuesday, July 13, 2010

Just For Fun..Paul's next move ... 2011 ?



Not for us to believe this but if a non brainer squid can also choose PAKATAN over BN , come next General Election , the people of Malaysia will have to open their mind and give Pakatan one big chance to prove their capabilities to rule Malaysia. The change is dearly and desperately required by the people as the current government has been proven unfair to all Malaysian...

For us, Malaysian, the next General Elections is so critical to the survival of our future generations.

Sunday, July 11, 2010

Perkasa Cina .. Perkasa India .. Perkasa Melayu...


Terdengar cerita berkenaan MCA ingin mempunyai NGO versi Cina seperti Perkasa Melayu kononnya ingin memperjuangkan kepentingan bangsa Cina di Malaysia..Khabarnya juga ingin mengimbangi Perkasa Melayu yang ditunjangi Raja Katak Ibrahim Ali yang semakin lantang memperjuangkan hak orang Melayu. Mungkin juga sedikit masa lagi kita akan ada pula Perkasa untuk bangsa India,,kemudian Iban,,kemudian Kadazan,,dan akhir sekali Perkasa untuk Bangla pun ada....

Langkah MCA ini jelas menunjukkan konsep 1Malaysia yang cuba diketengahkan oleh Najib hanya lebih kepada slogan kerana parti-parti politik pendokongnya juga nampaknya jelas menyimpang jauh dari matlamatnya...Konsep 1Malaysia Najib nampaknya akan berkubur bersama-sama tertubuhnya NGO-NGO yang berteraskan kepentingan sesuatu bangsa. Sejak beberapa pemimpin tertinggi Umno menyatakan sokongan yang teguh kepada Perkasa, MCA dan MIC seakan-akan lemas dengan tekanan dari penyokong-penyokong mereka untuk bertindak.

Program-program yang cuba diketengahkan kerajaan untuk mempromosikan konsep 1Malaysia jelas sekali gagal memperbaiki keretakan yang ada dikalangan parti-parti komponen BN. Jelas sekali 'ketidaksenangan' sesetengah pemimpin-pemimpin parti komponen BN terhadap Umno yang menyokong secara langsung Perkasa tidak dapat dibendung lagi.

Naib presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai, yang membuat cadangan itu juga membayangkan agar kumpulan berkenaan diterajui oleh Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) yang seringkali dilihat lantang membuat tuntutan mengenai kepentingan masyarakat Cina.

Katanya, tanggungjawab itu tidak sesuai dipikul oleh MCA kerana ia parti politik dan NGO dibolehkan bertindak dalam cara yang berlainan.
Komuniti Cina dan persatuan Cina seperti KLSCAH boleh memainkan peranan itu. MCA hanya boleh bertindak sehingga peringkat tertentu - ia sepatutnya NGO menentang pencabarnya,” kata Lim.

Sunday, June 27, 2010

Ulamak 40 Umno...



Kata Najib, 40 ulamak yang baru sahaja menyerahkan borang keahlian Umno sebenarnya menyokong dasar Umno selama ini. Dasar Umno yang berteraskan Al Quran dan Hadith ini kata Najib telah lama menjadi sandaran dan rujukan kepimpinan majlis tertinggi Umno bertahun-tahun lamanya. Lanjutan dari itu, tidaklah menjadi kejanggalan apa-apa jika 40 ulamak muda ini memilih Umno sebagai landasan untuk berdakwah sepanjang pembabitan mereka dalam Umno.

Antara alasan yang diberikan 40 ulamak muda ini untuk menyertai Umno adalah kerana ingin membantu kerja-kerja dakwah dalam parti itu.

"Saya mewakili kumpulan ulama muda untuk bekerjasama dengan Umno dalam perkara-perkara keagamaan dan kerohanian.

"Kami banyak buat perbincangan, kami dapati satu perkara positif untuk menyertai Umno bagi menggerakkan usaha -usaha untuk berdakwah.

"Kami berusaha untuk menegakkan kebenaran berasaskan kepada alQuran, hadith dan pandangan ulama muktabar," kata Fadlan Mohd Osman Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) .

Kemasukkan 40 ulamak muda ini yang kebanyakan mereka lulusan dari luar negara diharap dapat memainkan peranan mereka seperti yang diinginkan. Ini kerana politik Umno sebenarnya terlalu kotor dan bertentangan dengan ajaran Islam . Maksiat dan rasuah berleluasa hinggakan kepimpinan tertinggi juga terlibat sama menentang hukum Islam. Bagi Umno, asalkan ianya menguntungkan mereka, halal dan haram tidak menjadi halangan langsung selagimana ianya berjaya mencapai matlamat mereka. Perkara utama yang perlu dilakukan ulamak muda ini adalah untuk memastikan suara mereka kelak menjadi suara yang diambilkira kepimpinan Umno kerana selama ini mereka telah menyimpang jauh. Bukan tiada ulamak Umno terdahulu yang mencubanya, namun setelah dilimpah dengan wang dan kuasa, mereka - mereka yang dikatakan ulamak turut sama tenggelam bersama-sama arus kemewahan harta benda dan kuasa dan akibatnya, matlamat mereka membawa perubahan hancur di persimpangan jalan.

Perkara utama yang harus dilakukan ialah membawa kepimpinan Umno kearah Islam dan bertindak menghapuskan segala kemaksiatan yang selama ini menjadi darah daging Umno dan konco-konconya. DIharap ilmu yang ada menjadi menafaat dan tidak bertukar menjadi hanya ilmu yang ada didada tanpa berusaha menggunakannya akibat dek dihanyut kemewahan serta kuasa seperti mereka yang terdahulu.