Monday, August 31, 2009

Kena Tipu Lagi...

Kalau betullah apa yang sedang diwar-warkan sehari dua ini, bermakna kita sebagai rakyat ditipu hidup-hidup sekali lagi oleh pemimpin Umno. Jika kenaikkan minyak bergred rendah Ron 95 dari RM1.75 ke RM 1.80 dan Ron 97 dari RM 1.80 ke RM 2.05 pada tengah malam ini menjadi kenyataan, maksudnya ,sekali lagilah rakyat akan menerima tempias kenaikkan barangan keperluan lain disaat hari raya menjelma.

Ini merupakan satu lagi hadiah dari kerajaan BN kepada kita bersempena dengan hari kemerdekaan yang ke 52 hari ini. Begitulah keadaannya jika rakyat masih lagi dibuai mimpi indah dan disogok kerajaan kononnya minyak yang dijual sekarang masih lagi murah dibanding dengan negara serantau.

Sudah terang lagi bersuluh, memang selama ini agenda BN tidak memperjuangkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat. BN cuma berlagak dengan pelbagai slogan sahaja tanpa isi yang sepatutnya. Mana perginya ’1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’? Mana perginya keperihatinan kerajaan bagi meringankan beban rakyat disaat ekonomi negara mengalami penguncupan ketara? Tak sedarkah kesemua pemimpin - peminpin BN yang rakyat sepatutnya tidak dibebani dengan satu lagi kenaikan harga barangan.

Oleh itu, kepada rakyat yang masih lagi berpendapat bahawa hanya BN sahaja yang layak memerintah negara ini, sedarlah kalian semua,BN hanya tahu menyusahkan rakyat dan tidak sepenuh hati untuk membantu meringankan beban rakyat. Cukuplah setakat ini pemimpin - pemimpin BN menipu rakyat, cukuplah setakat ini mereka membaham segala harta rakyat. Cukuplah setakat ini segala penyelewengan dan rasuah yang mereka lakukan. Janganlah kita biarkan siPenipu Besar ini terus menerus menipu rakyat.

Merdekakah Kita ?


Merdekakah kita, jika setelah 52 tahun berlalu,kita masih dibelenggu oleh undang-undang darkonian..ISA?

Merdekakah kita, jika masih lagi diikat tangan dan kaki kita dalam menegakkan agama Allah?

Merdekakah kita, jika setiap pilihanraya yang kita lalui masih lagi dicemari oleh SPR sendiri?

Merdekakah kita, jika rasuah dan penyalahgunaan kuasa masih berleluasa dan menjadi anutan hampir setiap yang mempunyai kuasa?

Merdekakah kita, mengaku Islam tapi masih lagi mengamalkan cara hidup orang barat?

Merdekakah kita, jika kebebasan bersuara terus menerus disekat oleh kerajaan yang zalim?

Merdekakah kita, jika terus menerus disogok oleh kerajaan dengan hiburan yang melekakan hampir setiap hari?

Inilah antara persoalan yang masih bermain dibenak hampir setiap rakyat Malaysia setiap kali kita menyambut Hari Kemerdekaan. Dan setelah hampir 52 tahun kita Merdeka, dan sekiannya juga jawapan kepada persoalan diatas tetap sama...Kita Masih Lagi Dijajah!

Kalau 52 tahun dahulu , kita dijajah oleh Inggeris tetapi semenjak 31 Ogos 1957 , kita dijajah pula oleh BN. Setiap hari yang kita lalui kemudian nanti mungkin akan berbeza jika BN dan corak pemerintahan zalim mereka berjaya kita hancurkan dan Islam tertegak dengan megahnya di tanah air yang kita cintai ini.



Kita Merdeka, jika setiap rakyat dapat menyuarakan pendapat mereka tanpa rasa takut dihumban ke Kemunting.

Kita Merdeka, jika setiap individu Islam dapat melaksanakan cara hidup Islam yang sebenar diselubungi oleh undang-undang Allah.

Kita Merdeka, jika erti sebenar demokrasi ditegakkan dan pilihanraya yang adil dan saksama dapat dilaksanakan.

Kita Merdeka, jika rasuah dan setiap individu yang berkuasa berhemah dan adil dalam pemerintahan mereka.

Kita Merdeka, sepenuhnya jika hidup kita diatur mengikut acuan hidup Rasulullah melalui Hadis dan Al Quran sebagai rujukan.

Kita Merdeka, jika kita boleh menyuarakan pendapat kita tanpa rasa tertekan oleh pemerintah.

Dan Kita Merdeka, jika hidup kita sentiasa sederhana dan jauh dari segala bentuk hiburan yang 'toghut' dan menyesatkan.

Kemerdekaan ini akan kita kecapi jika seluruh rakyat sedar sudah tiba masanya rakyat bersuara dan bergandigan menguburkan BN bersama konco-konconya. Kerana , sebagai sebuah kerajaan, BN telah gagal berfungsi sebagai kerajaan yang adil dan telus kepada rakyat. Kerajaan BN secara terang-terangan telah gagal memerintah secara adil dan saksama sehinggakan bibit-bibit perkauman mula berbutik kembali.

Sunday, August 30, 2009

8Malaysia


VS



InsyaAllah , Pakatan Rakyat akan menyambut 8Malaysia sedikit masa lagi setelah SPR mengumumkan kekosongan kerusi DUN Seputih dan berakhirnya PRK Dun tersebut. Pakatan Rakyat berharap dengan momentum yang ada sekarang ini dan dengan penolakkan rakyat keatas BN secara total, peluang kemenangan yang ke-8 adalah cerah.

Pergolakkan dalaman parti MCA dan MIC sekarang ini dan dalam keadaan Umno yang terumbang - ambing, keputusan pilihanraya yang seterusnya tidak mustahil akan dicapai oleh Pakatan Rakyat.

Dan apabila kemenangan ke-8 ini menjadi kenyataan, keseluruhan keputusan Pilihanraya Kecil semenjak berakhirnya PRU 12 ialah

PAKATAN RAKYAT 8 BN 1

Kepala Lembu..Khairi



Setelah selesai PRU 12 bulan March 2008 yang lalu, Umno seakan-akan suami yang gila talak. Umno kononnya terpanggil untuk membela nasib rakyat lebih - lebih lagi untuk negeri-negeri yang ditawan Pakatan Rakyat. Pelbagai dakyah, tohmahan dan fitnah dijaja merata-rata terlebihnya oleh media-media pecacai Umno.

Segala bentuk fitnah dan tohmahan dilakukan keatas Pakatan Rakyat terutamanya kepada Negeri Selangor yang diterajui oleh TS Khalid melalui pecacai-pecacai mereka. Antaranya isu lembu zakat, isu YB Eli, isu arak dan terbaru isu kuil Hindu di seksyen 23 Shah Alam. Media pula seakan-akan gila memutar belitkan kenyataan - kenyataan pemimpin Pakatan dan melaga-lagakan mereka.

Semua ini adalah kerana Selangor merupakan nadi kepada pembangunan Malaysia. Selangor dibawah pemerintahan BN menyediakan sumber ekonomi yang besar kepada kerajaan persekutuan. Selangor memberi pulangan modal dan juga komisen yang tinggi kepada juak-juak mereka. Justeru itulah Najib mengisytiharkan bahawa BN mahu merampas kembali Selangor daripada Pakatan Rakyat. Setelah kerajaan Perak di rampas secara haram, kini mereka beralih pula kepada negeri Selangor.

Mutakhir, isu pembinaan kuil hindu dan perarakan 'kepala lembu' di seksyen 23 Shah Alam. Tidak mustahil jika ada dalang Umno dibelakang kontoversi ini. Umno sanggup melakukan apa saja untuk menjatuhkan reputasi negeri Selangor dimata rakyat pelbagai bangsa. Sentimen perkauman sudah sinonim dengan Umno dan mereka sudah berkali-kali menjadi talam dua muka. Lihat saja cara mereka berkempen semasa PRK Permatang Pasir, dihadapan pengudi Melayu, mereka sanggup mengatakan bahawa Melayu didalam Pakatan Rakyat sudah menjadi kuda tunggangan DAP dan diwar-warkan sebaliknya kepada pengundi Cina.


SAMA KAN ! KEBETULAN PULA

Dan, mereka bingkas bangun membantah perarakan 'kepala lembu' ini seakan-akan menunjukkan keperihatinan Umno dalam menangani masalah perkauman di negara ini. Khairi, seperti selalunya, orang yang pertama sekali membantah dan memberi komen bagi pihak Umno dengan harapan untuk memulihkan reputasi Umno dimata rakyat.Inilah Umno, cara politik yang 'tipikal' dan 'stereotype' ini telah lama dilakukan mereka bagi meraih simpati rakyat. Sebelum ini juga semasa isu arak, Khairi juga lah yang menjadi jaguh bagi pihak Umno mengeksploitasikan kenyataan-kenyataan Pas dan Dap untuk kepentingan Umno.
Wallahualam.....

PRK Permatang Pasir

Saturday, August 29, 2009

Kenangan Manik Urai

Langkah Seterusnya...



PRK Permatang Pasir sudah berakhir, Pas melalui calonnya Ustaz Salleh Man berjaya mengekalkan satu-satunya kerusi Dun Pas di Pulau Pinang dengan bergaya.

Satu-satunya pengalaman ketika berkempen pada hari pengundian yang cukup menyentuh hati adalah apabila kami bertemu dengan seorang pengundi berbangsa cina. 'Lu jangan takut la, Pas mesti menang punya, saya satu keluarga pangkah Pas, olang cina semua undi Pas, Melayu tunggu apa lagi?'

Tersentak dengan kata-kata dia, kami hanya mampu tersenyum kelat kerana ada kebenaran kata-kata pengundi cina ini. Rata-rata disetiap PRK yang kami lalui, bangsa lain begitu beria-ria nak pangkah Pas. Bukan semua Melayu yang menyokong BN tapi hakikatnya memang masih ramai lagi Melayu yang beragama Islam terikut-ikut dengan Umno dan dasar kebangsaannya.

Memang sekitar 50% Melayu masih lagi bermati-matian menyokong dasar sekular Umno dan BN kerana mereka - mereka ini masih tertutup pntu hidayah mereka dan selainnya ada kepentingan yang tak dapat dilepaskan. Pemimpin-pemimpin mereka pula bergondong-gondong mengaut kekayaan demi kesinambungan karier politik mereka dan menggunakan kekayaan ini merasuah ahli Umno untuk terus memilih mereka sebagai pemimpin. Kebanyakkan mereka yang masih menyokong mereka merupakan golongan yang datangnya dari saluran 1 dan 2 , veteran - veteran Umno yang DULU, KINI dan SELAMANYA akan terus menyokong Umno.

Menurut analisa yang dibuat oleh YB Dr Zulkifli, Ahli Parlimen Kuala Selangor, PRU 12 manyaksikan kebanyakkan kerusi Parlimen yang dimenangi Umno merupakan kerusi majoriti orang Melayu. Dan tak mustahil jika peratusan ini akan bertambah jika Pas tidak mengorak langkah bersam-sama menarik perhatian pengundi-pengundi baru di PRU13 nanti.

Mengikut perangkaan yang dibuat oleh SPR baru-baru ini, ada sekitar 6 juta pengundi baru yang masih belum berdaftar sebagai pemilih dan rata-ratanya mereka ini adalah pengundi-pengundi Muda. Umno melalui gerak kerja sekular mereka telah pun menggunakan sayap mereka Puteri Umno dan Putera Umno untuk menarik minat pengundi - pengundi Muda ini untuk bersama-sama dengan Umno. Terbaru di PRK Permatang Pasir, terdapat sayap baru seakan-akan Unit Amal Pas ditubuhkan Umno yang dinamakan 'Kadet Putera'. Walaupun rata-rata mereka ini diupah untuk meramaikan suasana, namun perkembangan ini tidak boleh diambil sambil lewa oleh Pakatan Rakyat dan Pas khasnya. Janganlah kita berpeluk tubuh sambil memerhati segala perancangan Umno melalui dasar - dasar sekular mereka manyesatkan anak-anak muda Melayu kita.
Wallahualam

Thursday, August 27, 2009

PAKATAN RAKYAT ...Bravo..



Kemenangan sudah berpihak kepada PAS dalam PRK Permatang Pasir dengan majoriti 4551. YB Salleh Man dilimpahi ALLAH dengan kemenangan yang penuh bergaya mengalahkan pencabarnya yang seterang-terangnya tewas sebelum perang bermula lagi.

Biar apa pun yang pemimpin - pemimpin Umno nak kata selepas kekalahan mereka tidak menjadi hal lagi. Memang adat orang yang kalah, lebih - lebih lagi yang kalah dengan banyaknya. Sebelum hari mengundi, pelbagai tohmahan dan cacian dilontarkan kepada pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya TGNA. Pelbagai teknik dan tektik Umno lakukan termasuklah mengerahkan segala kekuatan kerajaan persekutuan, termasuklah pihak tentera untuk menjamin kemenangan mereka di Permatang Pasir.

Sehinggakan SPR pun terang - terangan berpihak kepada BN dengan mengenakan pelbagai undang-undang baru sebelum hari mengundi. Antaranya adalah larangan berkempen termasuklah larangan memasang bendera parti ataupun gambar calon di kenderaan, hatta , payung yang mempunyai lambang parti juga diharamkan. Sampai begitu sekali BN terdesak untuk menang pada pilihanraya kali ini.



Sehari sebelum hari mengundi, Ketua Perhubungan Umno Negeri, Zahid Hamidi dengan bangganya berkata bahawa angin perubahan telah bertiup kencang di Permatang Pasir dan kemungkinan besar Umno akan berjaya merampas kerusi DUN ini. Ketua Penerangan Umno juga senda dengan Zahid mengatakan 'pendulum' sedang 'swing' ke BN. Itu pun setelah berjuta-juta wang ditabur sepanjang kempen dijalankan. Pemberian Hamper , basikal , beras dan keperluan harian lain. Sehinggakan , ada yang dipaksa mengangkat sumpah untuk mengundi BN sebelum menerima 'buah tangan' BN.

PRK Permatang Pasir memberi impak yang besar kepada Pakatan Rakyat. Kemenangan PAS di Permatang Pasir memberi gambaran yang jelas kepada pemerintah bahawa Gabungan Pakatan makin diterima oleh Rakyat, walaupun diasak bertubi-tubi oleh media yang mewakili Umno dengan isu-isu perbalahan antara pemimpin Pakatan Rakyat, seperti , isu babi dan arak serta isu perbalahan antara pemimpin Pakatan.

Namun , Pemimpin Pakatan Rakyat telah menunjukkan kematangan dalam berpolitik dan kesungguhan mereka untuk meneruskan agenda memertabatkan rakyat. Boleh dikatakan kesemua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dari setiap parti bertungkus-lumus berkempen bagi pihak PAS. Dengan kerjasama erat yang ditunjukkan oleh pemimpin - pemimpin ini sedikit sebanyak mempengaruhi pengundi untuk mengundi PAS dan menolak dakyah BN yang kononnya Pakatan Rakyat sebuah gabungan yang rapuh.Dan seterusnya membolehkan Pakatan Rakyat manghampiri agenda yang lebih besar iaitu perjalanan ke Putra Jaya.
Rakyat semakin mempercayai gabungan Pakatan Rakyat dan semakin merasai bahawa Paktan Rakyat adalah satu gabungan yang 'Asli' dan boleh menjamin sebuah negara yang lebih telus dan adil dimasa hadapan.

Kena Pi Cari Komik Nie...

PATUTLAH DIA SURUH RAMPAS....






















Wednesday, August 26, 2009

LA ...MENANG LAGI...



TAHNIAH kepada seluruh petugas PAKATAN RAKYAT...Kesemua 9 peti undi dimonopoli oleh PAS.

Tuesday, August 25, 2009

Kartika..




Apa rasionalnya apabila PM dan Ketua Wanita Umno Shahrizat Jambul meminta Kartika untuk membuat rayuan keatas hukuman sebat ? Tidakkah mereka tahu yang Kartika sekeluarga nekad untuk meneruskan hukuman ini? Keinsafan yang ditunjukkan Kartika serta keredhaan oleh keluarganya sepatutnya dihargai oleh semua.

Kes Kartika ini merupakan satu kes yang unik sepanjang 50 tahun pemerintahan Umno BN. Dan kes ini lebih kompleks dari kes-kes syariah sebelumnya dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah Pahang merupakan kes 'precedent' dan akan menjadi rujukan dimasa hadapan. Kes ini melambangkan pendirian Umno BN tentang hukum Islam dan negara Islam yang dicanangkan mereka sebelum ini.

Sepatutnya Umno lebih bertanggungjawab mempertahankan hukuman ini, dan bukannya tunduk atas desakan NGO bukan Islam. Apa hak mereka mempertikai hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah. Mengapa Umno terus menerus tunduk atas nama 'Human Rights'. Mengapa begitu baculnya pemimpin-pemimpin Umno memberi ruang seluas-luasnya kepada mereka mempersendakan hukuman ini, seakan-akan hukuman yang cuba diketengahkan mengikut hukum Islam ini adalah zalim dan ketinggalan zaman.



Kemana perginya Ulamak-Ulamak Umno ketika ini ? Mengapa tidak disanggah kenyataan-kenyataan Sahrizat dan Najib yang turut sama mempertikai perlaksanaan hukum syariah ini. Tidakkah mereka rasa terpanggil untuk sama-sama mendesak kerajaan Umno BN untuk sekurang-kurangnya bersama-sama memastikan hukuman ini dijalankan.


Sebenarnya, Umno takut jika hukuman ini dijalankan kerana besar kemungkinan lebih ramai ahli - ahli Umno dan mungkin juga pemimpin Umno yang akan disebat kemudian nanti. Dilihat daripada reaksi Kartika, beliau merasa dirinya sendiri bersalah dan merasa hukuman ini setimpal dengan kesalahannya bahkan bagi membersihkan 'dosa' nya, beliau sanggup meneruskannya. Apa hak pemimpin Umno untuk menidakkan hak seorang muslim lain ?

Monday, August 24, 2009

Alahai Yusri !!!


Adun Lunas Mohd Radzi Salleh, semalam mengumumkan keluar parti PKR dan menjadi Adun Bebas berkuatkuasa serta merta. Dan pada masa yang sama Yusri Ishak , rakan Rohaizat yang sebelum ini berada di pentas Pas menjelaskan perihal salah laku Rohaizat , buat pusingan 'U' mengatakan kekesalannya apabila pihak Pas menggunakan isu ini memburukkan peribadi calon BN di Permatang pasir itu.

Kedua-dua tindakan drastik ini berkemungkinan besar ada hubung kaitnya dengan PRK Permatang Pasir. Kedua-dua berita ini seakan merentap kesabaran Pakatan Rakyat secara mengejut diambang hari pembuangan undi esok. Adakah ini akan memberi kesan yang mendalam kepada keputusan pilihanraya Permatang Pasir ? Adakah ini akan merubah senario politik semasa ? Ataupun hanya lebih kepada berita sensasi di hari minggu ?

Umum mengetahui perihal Yusri yang sebelum ini diasak oleh pucuk pimpinan Umno sebagai dalang yang menggelapkan wang RM 160,000 koperasi. Segala bentuk tohmahan yang dilemparkan kepada Rohaizat semuanya ditempiaskan kepada Yusri, hatta , Rohaizat sendiri mengakuinya. Segala kerja buruk yang dilakukan sebelum ini semuanya dilemparkan kepada Yusri. Bangkitlah Yusri mempertahankan haknya, Bangkitlah Yusri diatas pentas Pas membetulkan fakta serta cuba membersihkan namanya.

"Saya adalah seorang bapa kepada anak-anak saya... seorang suami kepada isteri saya dan seorang anak kepada ibu-bapa saya dan hasil dari tuduhan tersebut, mereka-mereka ini menanggung malu... saya tidak akan membiarkan perkara ini berlaku terhadap diri saya dan keluarga saya, saya masih menghormati diri saya sendiri dan juga mereka-mereka yang mendampingi saya dan oleh kerana itulah saya tampil hari ini untuk membersihkan kembali nama saya yang telah dicemarkan oleh mereka-mereka yang gila pada kuasa, dan juga miskin politik..!"Itulah kata-kata Yusri Isahak ketika tampil dipentas PAS untuk membersihkan namanya yang telah diburukkan oleh orang-orang yang berkepentingan didalam UMNO demi untuk survival politik mereka.

Tidakkah pelik dengan secara tiba-tiba Yusri mengakui kesilapannya dan membodek Rohaizat? Secara tiba-tiba Rohaizat merupakan orang yang teramatlah baik budi pekertinya , orang yang telah lama menabur bakti di Permatang Pasir dan merupakan calon yang layak menerajui kepimpinan di sana. Yusri yang sebelum ini menjadi kambing hitam seakan mendapat kuasa yang baru dan bersungguh-sungguh membela Rohaizat. Seterusnya Yusri berasa amat kesal dengan keadaan sekarang dan menyalahkan Pas kerana menggunakan dan mempolitikkan isu ini.

Yusri seakan pengkhianat kepada Pas dengan putar belit yang beliau lakukan sekarang. Mungkin beliau lakukan ini akibat tekanan dari pihak BN atau mungkin juga ini merupakan perancangan halus dari pihak BN. Kita mesti sedar bahawa BN mempunyai pelbagai helah yang tersembunyi dan tidak teragak-agak menggunakan pelbagai cara untuk memenangi pilihanraya ini.

Anak Emas No 2 ....



Menurut terjemahan, Anak Emas bermakna anak yang terpilih diantara anak - anak yang lain. Selalunya Anak Emas akan dimanjakan dan segala kemahuannya akan dituruti oleh sibapa, walaupun diluar kemampuan sibapa.Dan seterusnya, akibat terlalu dimanjakan, selalunya Anak Emas akan membesar menjadi anak yang derhaka. Tidak mendengar cakap, keras kepala dan selalunya akan mengikis harta mak bapak. Kerana adanya Anak Emas juga menyebabkan adik beradik yang lain terasa tersisih. Sehinggakan timbul dendam kesumat dihati mereka. Timbul rasa cemburu dan iri hati yang mendalam di sanubari mereka.Sehinggakan ada dikalangan mereka menjadi pendendam dan membesar menjadi seorang yang sentiasa memberontak jiwanya.

Jadi, adakah seluruh pengundi Permatang Pasir mau menjadi Anak Emas kepada BN? Mahu termakan pujuk rayu BN yang secara terang-terangan mengenepikan hak - hak Dun lain di negara ini. Jika beginilah sikap BN, memerintah secara tidak adil dan pilih kasih, rakyat ditempat-tempat lain akan merasa keciwa yang amat sangat kerana hak mereka telah diketepikan.Dek kerana pilihanraya kecil, BN sanggup mengangkat martabat sesuatu kawasan menjadi Anak Emas, tanpa mengambil kira kawasan lain.

Begitu murahnya politik BN dalam menghadapi pilihanraya kali ini. Dulu Manik Urai juga diisytiharkan sebagai Anak Emas kerajaan persekutuan, tapi setelah tewas, segala janji - janji langsung tidak direalisasikan. Jadi Anak Emas jika BN menang pilihanraya saja !

Malang kepada 11 lagi DUN yang lain di Pulau Pinang yang dimenangi oleh Umno kerana tersisih dan tidak terpilih sebagai Anak Emas.Bak kata Ketua Penerangan Pas Ustaz Idris Ahmad, kesebelas DUN yang lain merupakan Anak Buluh Betong kerajaan BN. Seharusnya, kesebelan

Semalam, bertempat di UPU Permatang Tengah, Ketua Menteri Pulau Pinang mengingatkan pengundi-pengundi di Permatang Pasir agar lebih sanggup menjadi Anak Soleh daripada menjadi Anak Emas.

Sunday, August 23, 2009

Personal Attacks ???


It was so funny when the Umno leaders urged Pakatan to stop hitting on Rohaizat's personal issues.Since when Umno leaders behaving so righteous and so well behave regarding this. Don't they remember anything about launching personal attacks on Datuk Seri Anwar few months back? Don't they ever consider the implications to Anwars' personal life back then?

Nothing is personal when come to embezzlement. Nothing should be considered personal if got to do with money laundring. The people have the right to know the truth and they should have the priviledge to choose clean representative.If the soon to be leader was corrupted and at the same time had an affair with other woman, the people should know about this as the integrity of the leader is questionable.

For example, as a father, don't you want to know the background of your soon to be son in law? As a father don't you want to somehow know the history of your son in law personal life before you give your daughter to him ? If you think it is personal and not worth to investigate..so damn it man..vote for him. But if not..you better make sure he is out of the picture.

Looking at the scenario currently, the Permatang Pasir voters have to think twice if they still insist to elect Rohaizat as their representative. When come to August 25th , they need not to think anymore as clearly Ustaz Salleh Man is the right candidate to continue the Permatang Pasirs' economic and social improvements. By doing so, the voters will also send a strong signal to BN that they reject dishonest and corrupted leader.

Furthermore BN's tactics to woo voters are so racist and double standard against multiracial voters. In the Malay-dominated areas, Barisan Nasional are challenging incumbent PAS' religious credentials in view of its alliance with the secular DAP. But in contrast, BN's banners in the Chinese-dominated areas are accusing PAS of being overly religious.

Khairi..Hantu...Khairi..Hantu...


Pak Ak Tunjuk Tempat Pengundi Hantu

(Gambar Hiasan)


Baru-baru ini kecoh Khairi Jamaluddin jumpa hantu di Permatang Pasir. Kali ini katanya, terdapat hampir seribu pengundi hantu di Permatang Pasir. Kelakar sungguh ...memandangkan perkataan pengundi hantu ini keluar dari mulut pemimpin Umno. Tak sedarkah dia Umno sebenarnya bapak segala hantu selama ini. Khairi ini sebenarnya pandai berjenaka. 2-3 minggu sudah dia buat lawak bodo juga, tentang isu arak. Berkobar-kobar mencabar Pemuda Pas berdemo di Selangor menentang penjualan arak. Selinsing lengan tangan menepuk dada seumpama pejuang Islam tulin, dan menempelak Pemuda Pas..sedangkan DIA PUN MINUM JUGA ! Memang betul kata Tun Mahathir...'Melayu Mudah Lupa'.

Berbalik kepada isu hantu, sudah lupakah Umno, dengan 'Bersih'? Sudah lupakah Umno tentang beberapa tuntutan hasil dari perhimpunan Bersih tahun lalu? Tuntutan yang sampai sekarang dan mungkin tidak akan dilaksanakan jika Umno masih ditampuk pemerintahan. Masih ingatkah lagi saranan perlaksanaan 'dakwat kekal'? Siapa yang 'tergedik-gedik' membantah perlaksanaannya? Masih ingatkah Umno dengan kes-kes orang yang sudah mati tapi masih lagi berpeluang mengundi? Masih ingatkah Umno dengan pertindihan nama, nama hilang dari senarai dan nama pengundi ditukarkan ketempat pengundian yang lain ? Kerja siapakah semua itu ? Kalau bukan Umno!


Rupa Pejuang Islam????

Jadi, untuk Khairi cerminlah diri dulu sebelum melatah. Cerminlah perangai dulu sebelum mengata orang. Bak kata perpatah 'Paku Dulang Paku Serpih' ... 'Mengata Orang Dia Yang Lebih'. Kepada mereka yang cuba menabur fitnah dengan berlandaskan fakta yang karut marut, berhentilah kerana rakyat dah jelak dengan perangai munafik kamu itu. Bertopengkan syaitan dan berlandaskan kemungkaran untuk mencapai sesuatu tujuan adalah sifat Umno selama ini.

Saturday, August 22, 2009

Bertugas di UPU Permatang Tengah


UPU PERMATANG TENGAH

Seperti edisi PRK yang terdahulu , Pas cawangan Taman Bertam Indah tidak ketinggalan menghantar wakil ke UPU yang terpilih bagi memberi sumbangan berupa kewangan dan juga tenaga. Baru-baru ini bertempat di UPU Permatang Tengah beberapa ahli dari cawangan telah bersama-sama mengembeling tenaga bersama ahli-ahli Pas dari kawasan Kepala Batas menggantung poster di sekitar UPU itu. Walaupun kelengkapan dan keadaan yang serba kekurangan , namun itu tidak mematahkan semangat ahli bersama-sama bertugas malam itu.


Keadaan UPU terurus dengan baiknya dan setiap ahli yang hadir seakan sudah kenal lama dan ukhuwwah sesama Islam jelas terpancar di muka masing-masing. Agaknya nur keIslaman itu memberi sinar ukhuwwah dan dengan sendirinya setiap warga Pas yang hadir begitu mesra. Kekadang terasa seperti ada tarikan tersendiri bila bersama - sama ahli Pas, seperti kata seorang ahli Pas di Manik Urai , meremang bulu roma bila bersalaman dengan ahli Pas.




Tuan rumah, Ustaz Sanusi nampak letih tetapi begitu bersemangat mengendali urusan perjalanan UPU Permatang Tengah. Lebih bersemangat adalah wakil dari Terengganu yang juga yang diarahkan bertugas di UPU Permatang Tengah ini. Dengan berbekalkan keropok dan budi bahasa mereka berarak kerumah bakal pengundi-pengundi disekitar kawasan bagi meraih sokongan untuk calon Pas Ustaz Salleh Man.







Itulah ahli Pas yang terkenal dengan keikhlasan mereka berkhidmat untuk parti dan terutamanya untuk menegakkan Islam dibumi kita ini. Mereka sanggup berkorban meninggalkan keluarga masing-masing yang beratus-ratus kilometer dari sini, tanpa mengharapkan apa-apa balasan dan hanya berbekalkan keimanan semata.




YB ahli Parlimen Kuala Terengganu, YB Ustaz Wahid Endut sempat menjengah kami di UPU ini bagi meninjau keadaan dan mendapatkan secara langsung informasi dari ahli yang sempat meraih undi siang tadi. Terpancar semangat yang berkobar - kobar di mukanya walaupun sehari suntuk meninjau keadaan kawasan permatang pasir dan berceramah.





Sempat bertemu dengan orang kuat Permatang Sintok, wakil Pemuda ...Awie namanya. Dah hampir enam hari berkampung di UPU Permatang Tengah. Setahu kami dimana saja ada PRK, beliau akan bersama-sama menabur bakti dan keringat membantu calon PAS. Takjub melihat pengorbanan yang beliau lakukan tak kira siang dan malam.


Friday, August 21, 2009

Chameleon


Nampak gayanya kita akan disajikan dengan satu lagi drama Melayu di Permatang Pasir. Kita akan dapat menyaksikan satu lagi upacara mengangkat sumpah dalam cuba untuk meredakan segala bentuk cemuhan yang diterima oleh En 'Rohjahat' dalam kes pecah amanah yang melibatkan wang berjumlah hampir RM 160,000. Lagi-lagi nak sumpah..dulu 'Saifool' lani si 'Rohjahat' ni pulak.

Buat pengetahuan seluruh ahli Umno tak kira dimana mereka berada, Sekarang ni semakin hari orang dah tak peduli lagi dengan sumpah-sumpah ni. Rakyat dah naik muak dengan sesumpah dan rakyat semakin tak peduli dengan sesumpah yang bersumpah..dan rakyat semakin hari semakin menyampah dengan orang yang mempermainkan sumpah. Sikit-sikit nak angkat sumpah.

Janganlah ingat setiap kesalahan akan selesai dengan bersumpah. Janganlah sehingga memakan diri barulah hendak menyesal, dan baru hendak meminta maaf. Bukti dah terserlah, hatta, rakan kongsi kamu yang cuba dikambinghitamkan juga dah bersuara, apalagi yang En Rohjahat nak berdalih.

Rakyat semakin matang berpolitik dan semakin matang memilih yang mana intan yang mana kaca. Janganlah perjudikan nasib rakyat hanya kerana kesempatan untuk memperkayakan diri sehingga sanggup menggadai maruah diri.

Wednesday, August 19, 2009

Rohaizat....A Typical Umno Leader


Being an Umno member, Rohaizat could not help himself from a typical and yet famous behaviour .... 'dishonesty'. Most of the people do not know who is En Rohaizat, however, after the Permatang pasir nomination, 1Malaysia got to know him. So well until to the extend of his wrongdoing and him being disbarred from practicing law.

Financial misconduct become so common among Umno member,hence, that they no longer see it as a factor in a candidate’s suitability. The party leaders who select and screen candidates must have known of this but still considered financial misconduct a trivial matter.

Common sense teaches us the the candidates we field for election must have a clean record because we are asking the public to place their confidence in him as their leader.Sadly Umno still feel that they can still bluff their way out of this issue and the people are stupid enough to ignore it and still vote for BN.

To En Rohaizat, wake up , we are not here to sacrifice our integrity or our future to those hands full of shit. Look in the mirror and ask yourself, are you qualified to represent us with all the wrongdoings you have done before ?

Tuesday, August 18, 2009

Sekitar aktibiti Jul-Aug 09 - Mai Kita layan gambar gambar ni

Hari ni dok cuti lagi daripada mola aku pencen kerja kilang diPrai tiga bulan yang lalu yaitu Apr 09. Kerja ku disebuah opeh yang tak berpejabat dgn jawatan yang aku rekacipta sendiri sebagai Wang weng officer ( hampa tau la kot nu...)tiap tiap bulan sampai masa jolok kad dia keluag la duit.

Permatang Pasir..Perang Dah Mula Dah



Gendang perang sudah berbunyi di Permatang Pasir. Pekan Permatang Pasir yang selalunya boleh dikatakan kurang sibuk, semakin hangat dengan pelbagai ragam manusia. Walaupun beberapa hari ini hujan mencurah - curah ,kedinginan ini ditenggelami oleh kehangatan isu- isu lebih mendesak di Permatang Pasir.



Lalu lintas juga semakin sibuk sekarang ini, dengan kuda - kuda putih berselerakan hampir disetiap simpang. Kuda - kuda ini bersama-sama penunggangnya berlagak seakan raja di jalanraya sambil menjeling setiap penduduk yang berkopiah putih. Berapa banyak wang rakyat akan digunakan untuk menyediakan segala kemudahan - kemudahan untuk mereka ini kali ini...? Tapi yang pastinya, kehadiran mereka ini yang terlampau lebih jumlahnya menyebabkan rakyat lebih berasa gelisah.



Penamaan calon berjalan dengan lancar pada mulanya sehinggalah insiden yang berlaku antara YB Gobala dengan pihak berkuasa yang lebih menampakkan ketidakadilan pihak berkuasa. Hanya disebabkan beliau menggunakan 'hailer' beliau dilanyak oleh polis.Tv3 pula seakan gila berulang kali menayangkan insiden YB Gobala menampar polis, walhal , insiden dimana beliau digasak mereka sehingga seluarnya terkoyak tidak pula ditayang. YB GOBALA telah di kasari dan mengalami kecederaan yang serius.Kecederaan yang di alami seperti bengkak di bahagian dada dan lebam di bahagian rusuk,selain itu juga hasil daripada imbasan X-RAY menunjukkan terdapat keretakan tulang di bahagian tangan YB GOBALA,dada YB GOBALA turut terdapat kesan lebam. Itulah Tv3, yang hanya layak ditonton bila program bicara mufti disiarkan ataupun dimasa program Jejak Rasul.


Siapakah diantara Ustaz Salleh Man dari parti Pas ataupun En Rohaizat dari BN yang akan menjadi pilihan pengundi - pengundi Permatang Pasir, sama-samalah kita tunggu 25hb Ogos nanti. Pun begitu jika dinilai keperibadian calon - calon ynag bertanding, terbukti , dengan pengalaman yang ada sebagai PesuruhJaya Pas Negeri, maupun pengalaman sebagai Ketua Ulamak Pas negeri dan sebagai mudir Sekolah Agama, tidak dapat tidak Ustaz Salleh Man seharusnya mempunyai peluang yang lebih cerah untuk mempertahankan Dun Permatang Pasir. Sebaliknya, pemilihan En Rohaizat sebagai calon tercalar dengan kes perlucutan tauliahnya sebagai peguam akibat salah laku menggelapkan wang pelanggan. Jadi, secara rasionalnya, maukah penduduk - penduduk Permatang pasir mempunyai seorang wakil yang korup mewakili mereka?

Monday, August 17, 2009

Konvensyen Pilihanraya


Kelmarin 16 Ogos 2009 , saya bersama Abg Man dan Tuan Haji Sem berkesempatan menghadiri satu konvesyen pilihanraya yang dianjurkan oleh Pas Kawasan Kepala Batas bertempat di Dewan Orang Ramai , Bakau Tua, Penaga. Yang menjadi tarikan kepada konvesyen ini adalah pembentangan kertas kerja dan analisa keputusan pilihanraya secara khususnya keputusan pilihanraya bagi Dun Penaga oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor , YB Dr Dzulkifli merangkap AJK Pas Pusat.



Walaupun konvesyen ini bermula agak lambat disebabkan beberapa masalah teknikal, namun, keseluruhannya sepanjang bengkel ini, kami yang menjadi audiennya mendapat cukup menafaat hasil daripada keberkesanan penyampaian dan olahan oleh Dr Dzul. Hinggakan masa yang diperuntukkan kepada beliau telah dimenafaatkan dengan baik sehingga program ini tamat jam 3 petang. Agak memeranjatkan kerana audien yang merupakan ahli-ahli Pas cawangan dapat bertahan lebih 4 jam setengah mendengar dengan tekun dan bersama-sama mengambil bahagian menganalisa keputusan pilihanraya Dun Penaga ini.





Penuh dengan analisa yang menarik sekitar keputusan pilihanraya yang ke 12 lalu, pokok perbincangan lebih tertumpu kepada bagaimana Pas secara khususnya mengambil iktibar dan pengajaran tentang cara 'Politik Baru' berkembang. Dan pada masa itu harus mengekalkan model lama berpolitik disesetengah tempat yang boleh diklasifikasikan secara 'Orthodoks'.





Politik Baru memberi makna yang cukup mendalam di kawasan - kawasan yang majoriti pengundinya celik komputer. Kebanyakan pengundi dikawasan ini lebih bertumpu melayari blog-blog bagi mendapat informasi-informasi yang lebih adil dan lebih terbuka berbanding dengan media-media cetak pengampu kerajaan. Cara ini memberi gambaran bahawa bloggers - bloggers yang lebih mendapat pengiktirafan berbanding wartawan-wartawan. Ahli - ahli politik yang berkesempatan mendapat pengiktirafan dari bloggers memberi makna bahawa mereka juga secara tidak langsung mendapat pengiktirafan dari rakyat. Jadi, ahli politik terutamanya Pas mestilah bijak menangani segala isu yang dibangkitkan dan haruslah sedaya upaya mendapat pengiktirafan dari blogger - blogger ini.



Namun cara berpolitik cara lama, tidak patut diketepikan kerana masih ada lagi kawasan-kawasan yang memerlukan kita berkempen dari rumah ke rumah, yang memerlukan kita berceramah kerana maklumat perlu disampaikan secara terus kepada rakyat tanpa ditapis. Berpolitik cara ini lebih bermenafaat bagi kawasan yang kebanyakannya di kawasan luar bandar dan dimana kehidupan yang lebih sederhana dipraktikan. Pun begitu , kedua-dua cara ini tidak dapat memberi kesan yang baik kepada Pas khususnya jika ahli-ahli Pas tidak mempunyai perancangan yang strategik untuk meraih undi.





Perancangan Strategik penting kerana melibatkan segala bentuk analisa dan fakta bagi menterjemahkannya kepada bentuk ilmu dan seterusnya diambil kira untuk tindakan susulan yang terperinci. Tidak mustahil jika gerak kerja yang sewajarnya dimulakan sekarang Dun Penanga dapat ditawan oleh Pas pada Pilihanraya ke 13 nanti.



Namun, sebagai permulaan , gerak kerja dan kesatuan di antara Pas Kawasan dan Cawangan di Parlimen Kepala Batas haruslah mempunyai satu lajnah politik yang bersedia dan cukup kuat dan teratur. Lajnah Politik ini haruslah mempunyai daftar pemilih yang lengkap dan sentiasa 'up to date' dengan informasi-informasi sesuatu kawasan dengan tepat dan cepat. Pas kawasan mestilah mempunyai 'database' mengenai pengundi - pengundi yang berdaftar termasuklah pengundi baru. Gerak kerja Pas termasuklah bagaimana cara untuk mendekati pengundi - pengundi dari Umno ataupun yang atas pagar.





Disamping itu perlu diujudkan barisan pemikir - pemikir yang terdiri daripada mereka-mereka yang mempunyai pengalaman berpolitik cara 'orthodoks' bagi berhadapan dengan pengundi - pengundi 'lama' di Dun Penaga ini. Rata - rata pengundi Dun Penanga ini, terdiri daripada pengundi dari saluran 1 dan 2 , jadi pendekatan secara terus dan bersemuka perlulah diambil bagi menjayakan misi menawan Penaga. Mereka lebih gemar jika calon mereka lebih dekat dan sentiasa berada di kawasan, samada menghadiri kenduri - kendara , bergotong royong ataupun menziarahi orang mati. Salah satu cara mendekatkan diri dengan mereka dengan mengambil peluang berkhutbah Jumaat setiap minggu di seluruh Masjid di Dun Penaga.





Selanjutnya, perpaduan di antara PAS , PKR dan DAP di Parlimen Kepala Batas ini hendaklah dipertingkatkan dan dipanjangkan ke akar umbi bagi memupuk kesefahaman dan semangat toleransi antara Pakatan Rakyat. Umum mengetahui Pakatan Rakyat haruslah meningkatkan kerjasama hingga ke akar umbi jika ingin meruntuhkan tembok yang menghalang rakyat daripada memberi sokongan sepenuhnya kepada Pakatan Rakyat.


Saturday, August 15, 2009

Media Pro Umno ....


Terbaru ... kecoh dan heboh 1Malaysia perihal kenyataan akhbar TGNA yang membenarkan DAP menghina Islam. Seluruh jentera kerajaaan , seluruh media kerajaan dan termasuklah seluruh pecacai-pecacai Umno bertungkus lumus menyerang TGNA.

Sekonyong-konyong lahirlah cendiakawan-cendiakawan agama yang tersohor membidas kenyataan ini. Termasuklah mantan PM kita Tun Mahathir, yang suatu ketika dulu mempersendakan hukum hudud, yang mempersendakan hukum Allah dan sehingga kini masih kuat menentang terbentuknya kerajaan negeri yang mahu mempraktikkan hukum-hukum Islam di Malaysia.

Dan secara tiba-tiba beberapa cendiakawan Islam berpihak kepada Umno dan beramai-ramai menghentam TGNA seolah-olah TGNA bertopengkan Islam untuk kepentingan politik. Walhal , apabila pemimpin Umno bertindak diluas batasan agama, tidak pula mereka bersuara. Apabila PM kita bertafakur dihadapan tugu, dan terang-terangan bertentangan dengan hukum Islam, tidak pula mereka bersuara. Apabila pemimpin Umno bersekongkol dengan MCA mengeluarkan pelbagai lesen arak , judi dan kelab malam , tidak pula mereka berasa terpanggil untuk menghalang pemimpin Umno.

Lupakah kita siapa yang menghalang undang-undang Islam dilaksanakan di Kelantan? Siapa pula yang begitu beria-ria menghalang hudud dan qisas di Terengganu? Tidak pula ada cendiakawan-cendiakawan ini dengan pantas bersuara menasihati Umno agar tidak menghalang undang - undang Islam ini dilaksanakan.

Menyorot kenyataan TGNA semalam , TGNA menjelaskan beliau bukan bermaksud untuk tidak membantah tindakan sebilangan pemimpin DAP yang menghina Islam seperti mana yang disiarkan di akhbar semalam.

Sebaliknya beliau berkata, beliau telah tersilap menggunakan perkataan ‘tidak salah’ dan perkataan yang sepatutnya dinyatakan ialah ‘tidak pelik’.

“Memang saya kata tidak salah pemimpin DAP menghina Islam. Tetapi maksud saya ialah tindakan pemimpin DAP itu tidak pelik kerana mereka bukan beragama Islam.

Tambahnya lagi ...

“DAP hina Islam itu, sebab dia bukan orang Islam. padan la kalau dia hina Islam. Sebab itulah, kita nak dedah Islam kepada rakyat, termasuk DAP, supaya mereka tahu Islam itu apa dia”

“Orang Islam yang tolak Islam itu, kerana apa?? Inilah yang dikatakan menghina Islam. bila orang islam sendiri hina Islam, padanlah kalau orang bukan islam hina Islam”

“kita nak dedah Islam kepada masyarakat. Sebab itulah, PAS bersama dengan DAP, supaya DAP faham Islam. kita guna wacana, forum, dan macam-macam. Lama-lama mereka faham lah islam”


Tetapi, bagi pihak media yang pro Umno, kesilapan sebegini amat dialu-alukan agar mereka dapat menggunakannya untuk kepentingan Umno itu sendiri. Jadi, memang benarlah apa yang diperkatakan tentang Umno, mereka akan melakukan apa saja yang terdaya untuk memutarbelitkan segala kenyataan TGNA dan mengeksploitasikannya untuk kepentingan mereka. Dan yang pastinya , perjuangan Umno untuk Islam hanyalah berupa kosmetik luaran sahaja.



Sempadan Terancam...Rakyat Dipersalahkan


Jumaat 14 Ogos 2009 , Menteri Dalam Negeri berkata keadaan sempadan negara kita kian terancam dan terdedah kepada pelbagai masalah penyeludupan termasuklah penyeludupan manusia.

Menurut beliau, ini adalah disebabkan oleh kekurangan anggota atau kakitangan keselamatan disempadan negara kerana mereka terpaksa dikerah ke tempat lain yang lebih penting disebabkan oleh pihak pembangkang yang kerap mengadakan perhimpunan haram mutakhir ini. Sebagai contoh, hampir 10,000 anggota dikerah ke Kuala Lumpur semasa berlangsungnya Bantahan Memansuhkan ISA. Dan semasa berlakunya demo bantahan rampasan kuasa oleh BN di Ipoh, sejumlah 15,000 anggota dikerah ke Ipoh bagi mengawal keadaan agar majoriti rakyat dikawal keselamatan mereka.

Adalah amat malang sekali bagi segenap rakyat bila terpaksa menerima alasan demi alasan yang tidak berasas oleh seorang Menteri yang diamanahkan mengawal keselamatan rakyat. Sedarkah kita siapa yang sebenarnya mengeksploitasikan segala bentuk kekerasan yang terjadi selama ini? Dan adakah patut pihak berkuasa menggunakan kekerasan untuk menghalang perhimpunan hanya semata-mata kerana mereka mempunyai kuasa untuk berbuat demikian?

Pihak yang bertanggungjawab didalam permasaalahan ini seharusnya lebih berperihatin dengan keadaan rakyat yang terdesak mengutarakan pendapat mereka secara ikhlas. Itupun setelah berkali-kali permintaan dan bantahan yang dibuat rakyat melalui saluran yang lebih lembut dan mengikut lunas undang - undang. Lagipun didalam amalan demokrasi, tunjuk perasaan dan perhimpunan membantah sesuatu adalah amalan yang dibenarkan. Jadi persoalan terpaksa mengerah segala anggota keselamatan untuk menghalang bantahan sebegini adalah tidak berasas sama sekali.

Selanjutnya, jika pihak berkuasa lebih bertanggung jawab dan menjalankan kerja mereka dengan sewajarnya seperti termaktub dalam perlembagaan, segala kekecohan dan ketidaktentuan dapat dielakkan sama sekali. Dan perhimpunan yang dijadualkan untuk berjalan dengan aman dapat diteruskan tanpa kekacauan. Anggota - anggota polis yang sebsgini ramai hadir dimasa perhimpunan sewajarnya dapat dikurangkan dengan kadar yang besar sekadar hanya untuk mengawal lalu lintas sahaja. Kita semua merupakan orang yang bertamaddun dan rakyat sebenarnya akur dengan undang-undang, tetapi, yang mencetuskan perbalahan merupakan tindak tanduk anggota keselamatan itu sediri yang diarahkan agar meleraikan perhimpunan aman.

Justeru itu persoalan terpaksa mengutamakan perhimpunan raksasa dan terabainya pintu sempadan negara adalah tidak sepatutnya dihempap keatas kepala mereka yang berhimpun secara aman. Tetapi, Pak Menteri dengan segala bentuk media dibelakangnya cepat menuding jari kepada rakyat,sehinggakan, kekurangan gula sekarang ini juga adalah disebabkan oleh anggota polis terpaksa berkorban menentang perhimpunan haram dan bukannya membenteras penyeludupan.

Itulah Umno yang sebenarnya...seperti ayam yang berkokok merata tapi tahi penuh diekor sendiri.