Monday, August 31, 2009

Merdekakah Kita ?


Merdekakah kita, jika setelah 52 tahun berlalu,kita masih dibelenggu oleh undang-undang darkonian..ISA?

Merdekakah kita, jika masih lagi diikat tangan dan kaki kita dalam menegakkan agama Allah?

Merdekakah kita, jika setiap pilihanraya yang kita lalui masih lagi dicemari oleh SPR sendiri?

Merdekakah kita, jika rasuah dan penyalahgunaan kuasa masih berleluasa dan menjadi anutan hampir setiap yang mempunyai kuasa?

Merdekakah kita, mengaku Islam tapi masih lagi mengamalkan cara hidup orang barat?

Merdekakah kita, jika kebebasan bersuara terus menerus disekat oleh kerajaan yang zalim?

Merdekakah kita, jika terus menerus disogok oleh kerajaan dengan hiburan yang melekakan hampir setiap hari?

Inilah antara persoalan yang masih bermain dibenak hampir setiap rakyat Malaysia setiap kali kita menyambut Hari Kemerdekaan. Dan setelah hampir 52 tahun kita Merdeka, dan sekiannya juga jawapan kepada persoalan diatas tetap sama...Kita Masih Lagi Dijajah!

Kalau 52 tahun dahulu , kita dijajah oleh Inggeris tetapi semenjak 31 Ogos 1957 , kita dijajah pula oleh BN. Setiap hari yang kita lalui kemudian nanti mungkin akan berbeza jika BN dan corak pemerintahan zalim mereka berjaya kita hancurkan dan Islam tertegak dengan megahnya di tanah air yang kita cintai ini.



Kita Merdeka, jika setiap rakyat dapat menyuarakan pendapat mereka tanpa rasa takut dihumban ke Kemunting.

Kita Merdeka, jika setiap individu Islam dapat melaksanakan cara hidup Islam yang sebenar diselubungi oleh undang-undang Allah.

Kita Merdeka, jika erti sebenar demokrasi ditegakkan dan pilihanraya yang adil dan saksama dapat dilaksanakan.

Kita Merdeka, jika rasuah dan setiap individu yang berkuasa berhemah dan adil dalam pemerintahan mereka.

Kita Merdeka, sepenuhnya jika hidup kita diatur mengikut acuan hidup Rasulullah melalui Hadis dan Al Quran sebagai rujukan.

Kita Merdeka, jika kita boleh menyuarakan pendapat kita tanpa rasa tertekan oleh pemerintah.

Dan Kita Merdeka, jika hidup kita sentiasa sederhana dan jauh dari segala bentuk hiburan yang 'toghut' dan menyesatkan.

Kemerdekaan ini akan kita kecapi jika seluruh rakyat sedar sudah tiba masanya rakyat bersuara dan bergandigan menguburkan BN bersama konco-konconya. Kerana , sebagai sebuah kerajaan, BN telah gagal berfungsi sebagai kerajaan yang adil dan telus kepada rakyat. Kerajaan BN secara terang-terangan telah gagal memerintah secara adil dan saksama sehinggakan bibit-bibit perkauman mula berbutik kembali.

No comments: