Peperangan berat sebelah menggunakan media sudah pun dimulakan oleh BN bagi menghadapi PRK Permatang Pasir. Sudah mula terpampang kisah-kisah kepincangan Pakatan Rakyat , kerapuhan kesatuan Pakatan Rakyat , ketidaktentuan dalam membuat keputusan oleh Pakatan Rakyat dan sebagainya. Umum mengetahui, akhbar-akhbar yang pro BN akan bertindak dengan kadar yang pantas dan tanpa mengambil kira samada berita yang disampaikan kepada rakyat khususnya di Permatang Pasir benar atau tidak.
Apa saja yang boleh dijadikan isu akan diperbesar-besarkan oleh media untuk memaksimumkan simpati rakyat kepada Umno. Dengan mengsensasikan segala bentuk serangan keatas Pakatan Rakyat, mereka berharap dapat mengubah perhatian rakyat dari kepincangan dan kesalahan mereka sendiri.
Sehari - hari segala bentuk berita yang diberitakan samada di dada-dada akhbar , dicorong radio maupun di kaca televisyen , kisah mengenai Pakatan Rakyat lebih diutamakan agar mereka dapat memburuk-burukan Pakatan Rakyat. Ini yang dinamakan "political diversion". Dengan menguasai media , Umno dengan sewenang-wenangnya berkempen secara terus kepada rakyat. Mereka mempunyai "political advantage" kerana dapat meracuni pemikiran rakyat setiap hari melaui media yang dikuasai oleh mereka.
Bagi Pakatan Rakyat, medium yang lebih baik merupakan ceramah-ceramah kelompok yang diteruskan selama ini. Melalui ceramah berkelompok, Pakatan Rakyat dapat memberi penerangan secara terus kepada rakyat, pemimpin Pakatan Rakyat juga dapat menjawap segala tohmahan yang dilemparkan oleh Umno melalui media. Jadi kita amat berharap, rakyat dapat meluangkan masa pergi mendengar penerangan yang akan diaturkan oleh jentera pilihanraya Pas Permatang Pasir agar rakyat dapat menilai dan membuat perbandingan yang mana kaca dan yang mana intan.
1 comment:
sikit hari lagi bila pencen dah boleh jadi blogger
Post a Comment