Thursday, August 6, 2009

Eee....Bongkaknya .... Umno


Baru-baru ini semasa lawatan ke Kelantan , Pok Jib sempat berbisik kepada TGNA yang menyambutnya di lapangan terbang agar berbuat baik dengan parti Umno jika mahukan Kerajaan Pusat berbaik dengan Kerajaan Negeri Kelantan...Tambahnya lagi , Pas kena jaga hati orang Umno jika hendak pertolongan daripada kerajaan pusat. Tak professional langsung dan bongkaknya seorang pemimpin Umno...


Meskipun TGNA dari parti PAS tetapi atas kapasiti seorang Menteri Besar, beliau bersikap rasional dan sanggup menjemput Pok Jib atas kapasiti seorang PM. Namun , seorang PM untuk 1Malaysia , gagal bertindak sebagaimana yang diwar - warkan. Gagal bersikap professional dan masih lagi bersikap kebudak-budakan. Masih lagi bersikap mementingkan diri, menolong hanya mereka yang menyokong dan mengenepikan mereka yang menyanggah.


Kenapa? Begitu terukkah Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin oleh TGNA selama 18 tahun sehingga kenyataan seperti diatas disebut berulang kali dalam media yang dikuasai oleh BN. Dosa besarkah Pas keatas Umno sehinggakan syarat yang begitu menjijikkan di letakkan. Patutkah rakyat Kelantan ataupun di negeri-negeri Pakatan Rakyat dilayan sedemikian rupa. Sepatutnya sebagai seorang PM , Pok Jib harus mencerminkan keperibadian yang tinggi dan janganlah hanya gah dengan slogan - slogan yang meloyakan setiap hari. Hipokrit dan tidak bertimbang rasa langsung!


Tak sedarkah beliau bahawa kebanyakkan rakyat tak kira fahaman politik mereka terpaksa menyelesaikan cukai pendapatan setiap bulan dan tak sedarkah beliau yang kita sepatutnya menerima layanan yang sama rata tak kira Agama, Bangsa ataupun fahaman politik. Barulah yang dikatakan demokrasi sebenar ujud di Malaysia.


Namun, kita masih lagi tidak berkeupayaan untuk mengubah persepsi dan pegangan Umno ini. Pemimpin Umno masih lagi berpendapat semua orang mesti menyokong mereka. Walaupun, jika pemimpin Umno itu korup, rakyat masih lagi harus mengikut telunjuk mereka jika ingin mendapat layanan yang baik dari pemerintah.


Wahai pemimpin Umno, cerminlah diri sendiri, apakah kamu layak untuk memimpin jika dasar yang kamu pegang ini bercanggah dari norma - norma kepimpinan.

No comments: