Saturday, August 15, 2009

Sempadan Terancam...Rakyat Dipersalahkan


Jumaat 14 Ogos 2009 , Menteri Dalam Negeri berkata keadaan sempadan negara kita kian terancam dan terdedah kepada pelbagai masalah penyeludupan termasuklah penyeludupan manusia.

Menurut beliau, ini adalah disebabkan oleh kekurangan anggota atau kakitangan keselamatan disempadan negara kerana mereka terpaksa dikerah ke tempat lain yang lebih penting disebabkan oleh pihak pembangkang yang kerap mengadakan perhimpunan haram mutakhir ini. Sebagai contoh, hampir 10,000 anggota dikerah ke Kuala Lumpur semasa berlangsungnya Bantahan Memansuhkan ISA. Dan semasa berlakunya demo bantahan rampasan kuasa oleh BN di Ipoh, sejumlah 15,000 anggota dikerah ke Ipoh bagi mengawal keadaan agar majoriti rakyat dikawal keselamatan mereka.

Adalah amat malang sekali bagi segenap rakyat bila terpaksa menerima alasan demi alasan yang tidak berasas oleh seorang Menteri yang diamanahkan mengawal keselamatan rakyat. Sedarkah kita siapa yang sebenarnya mengeksploitasikan segala bentuk kekerasan yang terjadi selama ini? Dan adakah patut pihak berkuasa menggunakan kekerasan untuk menghalang perhimpunan hanya semata-mata kerana mereka mempunyai kuasa untuk berbuat demikian?

Pihak yang bertanggungjawab didalam permasaalahan ini seharusnya lebih berperihatin dengan keadaan rakyat yang terdesak mengutarakan pendapat mereka secara ikhlas. Itupun setelah berkali-kali permintaan dan bantahan yang dibuat rakyat melalui saluran yang lebih lembut dan mengikut lunas undang - undang. Lagipun didalam amalan demokrasi, tunjuk perasaan dan perhimpunan membantah sesuatu adalah amalan yang dibenarkan. Jadi persoalan terpaksa mengerah segala anggota keselamatan untuk menghalang bantahan sebegini adalah tidak berasas sama sekali.

Selanjutnya, jika pihak berkuasa lebih bertanggung jawab dan menjalankan kerja mereka dengan sewajarnya seperti termaktub dalam perlembagaan, segala kekecohan dan ketidaktentuan dapat dielakkan sama sekali. Dan perhimpunan yang dijadualkan untuk berjalan dengan aman dapat diteruskan tanpa kekacauan. Anggota - anggota polis yang sebsgini ramai hadir dimasa perhimpunan sewajarnya dapat dikurangkan dengan kadar yang besar sekadar hanya untuk mengawal lalu lintas sahaja. Kita semua merupakan orang yang bertamaddun dan rakyat sebenarnya akur dengan undang-undang, tetapi, yang mencetuskan perbalahan merupakan tindak tanduk anggota keselamatan itu sediri yang diarahkan agar meleraikan perhimpunan aman.

Justeru itu persoalan terpaksa mengutamakan perhimpunan raksasa dan terabainya pintu sempadan negara adalah tidak sepatutnya dihempap keatas kepala mereka yang berhimpun secara aman. Tetapi, Pak Menteri dengan segala bentuk media dibelakangnya cepat menuding jari kepada rakyat,sehinggakan, kekurangan gula sekarang ini juga adalah disebabkan oleh anggota polis terpaksa berkorban menentang perhimpunan haram dan bukannya membenteras penyeludupan.

Itulah Umno yang sebenarnya...seperti ayam yang berkokok merata tapi tahi penuh diekor sendiri.

1 comment:

Anonymous said...

hahahaha..anak nik aziz kt siam ko x tau...tanyer org sane mesti dieorang tau anak nik aziz kt danok..setiap khamis mlm..truskan meyokong danok..pas dannok...x caye cari kat bangkok club danok..setiap khamis mlm jumaat