Saturday, August 29, 2009

Langkah Seterusnya...



PRK Permatang Pasir sudah berakhir, Pas melalui calonnya Ustaz Salleh Man berjaya mengekalkan satu-satunya kerusi Dun Pas di Pulau Pinang dengan bergaya.

Satu-satunya pengalaman ketika berkempen pada hari pengundian yang cukup menyentuh hati adalah apabila kami bertemu dengan seorang pengundi berbangsa cina. 'Lu jangan takut la, Pas mesti menang punya, saya satu keluarga pangkah Pas, olang cina semua undi Pas, Melayu tunggu apa lagi?'

Tersentak dengan kata-kata dia, kami hanya mampu tersenyum kelat kerana ada kebenaran kata-kata pengundi cina ini. Rata-rata disetiap PRK yang kami lalui, bangsa lain begitu beria-ria nak pangkah Pas. Bukan semua Melayu yang menyokong BN tapi hakikatnya memang masih ramai lagi Melayu yang beragama Islam terikut-ikut dengan Umno dan dasar kebangsaannya.

Memang sekitar 50% Melayu masih lagi bermati-matian menyokong dasar sekular Umno dan BN kerana mereka - mereka ini masih tertutup pntu hidayah mereka dan selainnya ada kepentingan yang tak dapat dilepaskan. Pemimpin-pemimpin mereka pula bergondong-gondong mengaut kekayaan demi kesinambungan karier politik mereka dan menggunakan kekayaan ini merasuah ahli Umno untuk terus memilih mereka sebagai pemimpin. Kebanyakkan mereka yang masih menyokong mereka merupakan golongan yang datangnya dari saluran 1 dan 2 , veteran - veteran Umno yang DULU, KINI dan SELAMANYA akan terus menyokong Umno.

Menurut analisa yang dibuat oleh YB Dr Zulkifli, Ahli Parlimen Kuala Selangor, PRU 12 manyaksikan kebanyakkan kerusi Parlimen yang dimenangi Umno merupakan kerusi majoriti orang Melayu. Dan tak mustahil jika peratusan ini akan bertambah jika Pas tidak mengorak langkah bersam-sama menarik perhatian pengundi-pengundi baru di PRU13 nanti.

Mengikut perangkaan yang dibuat oleh SPR baru-baru ini, ada sekitar 6 juta pengundi baru yang masih belum berdaftar sebagai pemilih dan rata-ratanya mereka ini adalah pengundi-pengundi Muda. Umno melalui gerak kerja sekular mereka telah pun menggunakan sayap mereka Puteri Umno dan Putera Umno untuk menarik minat pengundi - pengundi Muda ini untuk bersama-sama dengan Umno. Terbaru di PRK Permatang Pasir, terdapat sayap baru seakan-akan Unit Amal Pas ditubuhkan Umno yang dinamakan 'Kadet Putera'. Walaupun rata-rata mereka ini diupah untuk meramaikan suasana, namun perkembangan ini tidak boleh diambil sambil lewa oleh Pakatan Rakyat dan Pas khasnya. Janganlah kita berpeluk tubuh sambil memerhati segala perancangan Umno melalui dasar - dasar sekular mereka manyesatkan anak-anak muda Melayu kita.
Wallahualam

No comments: