Thursday, August 27, 2009

PAKATAN RAKYAT ...Bravo..



Kemenangan sudah berpihak kepada PAS dalam PRK Permatang Pasir dengan majoriti 4551. YB Salleh Man dilimpahi ALLAH dengan kemenangan yang penuh bergaya mengalahkan pencabarnya yang seterang-terangnya tewas sebelum perang bermula lagi.

Biar apa pun yang pemimpin - pemimpin Umno nak kata selepas kekalahan mereka tidak menjadi hal lagi. Memang adat orang yang kalah, lebih - lebih lagi yang kalah dengan banyaknya. Sebelum hari mengundi, pelbagai tohmahan dan cacian dilontarkan kepada pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya TGNA. Pelbagai teknik dan tektik Umno lakukan termasuklah mengerahkan segala kekuatan kerajaan persekutuan, termasuklah pihak tentera untuk menjamin kemenangan mereka di Permatang Pasir.

Sehinggakan SPR pun terang - terangan berpihak kepada BN dengan mengenakan pelbagai undang-undang baru sebelum hari mengundi. Antaranya adalah larangan berkempen termasuklah larangan memasang bendera parti ataupun gambar calon di kenderaan, hatta , payung yang mempunyai lambang parti juga diharamkan. Sampai begitu sekali BN terdesak untuk menang pada pilihanraya kali ini.



Sehari sebelum hari mengundi, Ketua Perhubungan Umno Negeri, Zahid Hamidi dengan bangganya berkata bahawa angin perubahan telah bertiup kencang di Permatang Pasir dan kemungkinan besar Umno akan berjaya merampas kerusi DUN ini. Ketua Penerangan Umno juga senda dengan Zahid mengatakan 'pendulum' sedang 'swing' ke BN. Itu pun setelah berjuta-juta wang ditabur sepanjang kempen dijalankan. Pemberian Hamper , basikal , beras dan keperluan harian lain. Sehinggakan , ada yang dipaksa mengangkat sumpah untuk mengundi BN sebelum menerima 'buah tangan' BN.

PRK Permatang Pasir memberi impak yang besar kepada Pakatan Rakyat. Kemenangan PAS di Permatang Pasir memberi gambaran yang jelas kepada pemerintah bahawa Gabungan Pakatan makin diterima oleh Rakyat, walaupun diasak bertubi-tubi oleh media yang mewakili Umno dengan isu-isu perbalahan antara pemimpin Pakatan Rakyat, seperti , isu babi dan arak serta isu perbalahan antara pemimpin Pakatan.

Namun , Pemimpin Pakatan Rakyat telah menunjukkan kematangan dalam berpolitik dan kesungguhan mereka untuk meneruskan agenda memertabatkan rakyat. Boleh dikatakan kesemua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dari setiap parti bertungkus-lumus berkempen bagi pihak PAS. Dengan kerjasama erat yang ditunjukkan oleh pemimpin - pemimpin ini sedikit sebanyak mempengaruhi pengundi untuk mengundi PAS dan menolak dakyah BN yang kononnya Pakatan Rakyat sebuah gabungan yang rapuh.Dan seterusnya membolehkan Pakatan Rakyat manghampiri agenda yang lebih besar iaitu perjalanan ke Putra Jaya.
Rakyat semakin mempercayai gabungan Pakatan Rakyat dan semakin merasai bahawa Paktan Rakyat adalah satu gabungan yang 'Asli' dan boleh menjamin sebuah negara yang lebih telus dan adil dimasa hadapan.

No comments: