Tuesday, August 25, 2009

Kartika..




Apa rasionalnya apabila PM dan Ketua Wanita Umno Shahrizat Jambul meminta Kartika untuk membuat rayuan keatas hukuman sebat ? Tidakkah mereka tahu yang Kartika sekeluarga nekad untuk meneruskan hukuman ini? Keinsafan yang ditunjukkan Kartika serta keredhaan oleh keluarganya sepatutnya dihargai oleh semua.

Kes Kartika ini merupakan satu kes yang unik sepanjang 50 tahun pemerintahan Umno BN. Dan kes ini lebih kompleks dari kes-kes syariah sebelumnya dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah Pahang merupakan kes 'precedent' dan akan menjadi rujukan dimasa hadapan. Kes ini melambangkan pendirian Umno BN tentang hukum Islam dan negara Islam yang dicanangkan mereka sebelum ini.

Sepatutnya Umno lebih bertanggungjawab mempertahankan hukuman ini, dan bukannya tunduk atas desakan NGO bukan Islam. Apa hak mereka mempertikai hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah. Mengapa Umno terus menerus tunduk atas nama 'Human Rights'. Mengapa begitu baculnya pemimpin-pemimpin Umno memberi ruang seluas-luasnya kepada mereka mempersendakan hukuman ini, seakan-akan hukuman yang cuba diketengahkan mengikut hukum Islam ini adalah zalim dan ketinggalan zaman.



Kemana perginya Ulamak-Ulamak Umno ketika ini ? Mengapa tidak disanggah kenyataan-kenyataan Sahrizat dan Najib yang turut sama mempertikai perlaksanaan hukum syariah ini. Tidakkah mereka rasa terpanggil untuk sama-sama mendesak kerajaan Umno BN untuk sekurang-kurangnya bersama-sama memastikan hukuman ini dijalankan.


Sebenarnya, Umno takut jika hukuman ini dijalankan kerana besar kemungkinan lebih ramai ahli - ahli Umno dan mungkin juga pemimpin Umno yang akan disebat kemudian nanti. Dilihat daripada reaksi Kartika, beliau merasa dirinya sendiri bersalah dan merasa hukuman ini setimpal dengan kesalahannya bahkan bagi membersihkan 'dosa' nya, beliau sanggup meneruskannya. Apa hak pemimpin Umno untuk menidakkan hak seorang muslim lain ?

No comments: