Monday, August 17, 2009

Konvensyen Pilihanraya


Kelmarin 16 Ogos 2009 , saya bersama Abg Man dan Tuan Haji Sem berkesempatan menghadiri satu konvesyen pilihanraya yang dianjurkan oleh Pas Kawasan Kepala Batas bertempat di Dewan Orang Ramai , Bakau Tua, Penaga. Yang menjadi tarikan kepada konvesyen ini adalah pembentangan kertas kerja dan analisa keputusan pilihanraya secara khususnya keputusan pilihanraya bagi Dun Penaga oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor , YB Dr Dzulkifli merangkap AJK Pas Pusat.



Walaupun konvesyen ini bermula agak lambat disebabkan beberapa masalah teknikal, namun, keseluruhannya sepanjang bengkel ini, kami yang menjadi audiennya mendapat cukup menafaat hasil daripada keberkesanan penyampaian dan olahan oleh Dr Dzul. Hinggakan masa yang diperuntukkan kepada beliau telah dimenafaatkan dengan baik sehingga program ini tamat jam 3 petang. Agak memeranjatkan kerana audien yang merupakan ahli-ahli Pas cawangan dapat bertahan lebih 4 jam setengah mendengar dengan tekun dan bersama-sama mengambil bahagian menganalisa keputusan pilihanraya Dun Penaga ini.





Penuh dengan analisa yang menarik sekitar keputusan pilihanraya yang ke 12 lalu, pokok perbincangan lebih tertumpu kepada bagaimana Pas secara khususnya mengambil iktibar dan pengajaran tentang cara 'Politik Baru' berkembang. Dan pada masa itu harus mengekalkan model lama berpolitik disesetengah tempat yang boleh diklasifikasikan secara 'Orthodoks'.





Politik Baru memberi makna yang cukup mendalam di kawasan - kawasan yang majoriti pengundinya celik komputer. Kebanyakan pengundi dikawasan ini lebih bertumpu melayari blog-blog bagi mendapat informasi-informasi yang lebih adil dan lebih terbuka berbanding dengan media-media cetak pengampu kerajaan. Cara ini memberi gambaran bahawa bloggers - bloggers yang lebih mendapat pengiktirafan berbanding wartawan-wartawan. Ahli - ahli politik yang berkesempatan mendapat pengiktirafan dari bloggers memberi makna bahawa mereka juga secara tidak langsung mendapat pengiktirafan dari rakyat. Jadi, ahli politik terutamanya Pas mestilah bijak menangani segala isu yang dibangkitkan dan haruslah sedaya upaya mendapat pengiktirafan dari blogger - blogger ini.



Namun cara berpolitik cara lama, tidak patut diketepikan kerana masih ada lagi kawasan-kawasan yang memerlukan kita berkempen dari rumah ke rumah, yang memerlukan kita berceramah kerana maklumat perlu disampaikan secara terus kepada rakyat tanpa ditapis. Berpolitik cara ini lebih bermenafaat bagi kawasan yang kebanyakannya di kawasan luar bandar dan dimana kehidupan yang lebih sederhana dipraktikan. Pun begitu , kedua-dua cara ini tidak dapat memberi kesan yang baik kepada Pas khususnya jika ahli-ahli Pas tidak mempunyai perancangan yang strategik untuk meraih undi.





Perancangan Strategik penting kerana melibatkan segala bentuk analisa dan fakta bagi menterjemahkannya kepada bentuk ilmu dan seterusnya diambil kira untuk tindakan susulan yang terperinci. Tidak mustahil jika gerak kerja yang sewajarnya dimulakan sekarang Dun Penanga dapat ditawan oleh Pas pada Pilihanraya ke 13 nanti.



Namun, sebagai permulaan , gerak kerja dan kesatuan di antara Pas Kawasan dan Cawangan di Parlimen Kepala Batas haruslah mempunyai satu lajnah politik yang bersedia dan cukup kuat dan teratur. Lajnah Politik ini haruslah mempunyai daftar pemilih yang lengkap dan sentiasa 'up to date' dengan informasi-informasi sesuatu kawasan dengan tepat dan cepat. Pas kawasan mestilah mempunyai 'database' mengenai pengundi - pengundi yang berdaftar termasuklah pengundi baru. Gerak kerja Pas termasuklah bagaimana cara untuk mendekati pengundi - pengundi dari Umno ataupun yang atas pagar.





Disamping itu perlu diujudkan barisan pemikir - pemikir yang terdiri daripada mereka-mereka yang mempunyai pengalaman berpolitik cara 'orthodoks' bagi berhadapan dengan pengundi - pengundi 'lama' di Dun Penaga ini. Rata - rata pengundi Dun Penanga ini, terdiri daripada pengundi dari saluran 1 dan 2 , jadi pendekatan secara terus dan bersemuka perlulah diambil bagi menjayakan misi menawan Penaga. Mereka lebih gemar jika calon mereka lebih dekat dan sentiasa berada di kawasan, samada menghadiri kenduri - kendara , bergotong royong ataupun menziarahi orang mati. Salah satu cara mendekatkan diri dengan mereka dengan mengambil peluang berkhutbah Jumaat setiap minggu di seluruh Masjid di Dun Penaga.





Selanjutnya, perpaduan di antara PAS , PKR dan DAP di Parlimen Kepala Batas ini hendaklah dipertingkatkan dan dipanjangkan ke akar umbi bagi memupuk kesefahaman dan semangat toleransi antara Pakatan Rakyat. Umum mengetahui Pakatan Rakyat haruslah meningkatkan kerjasama hingga ke akar umbi jika ingin meruntuhkan tembok yang menghalang rakyat daripada memberi sokongan sepenuhnya kepada Pakatan Rakyat.


No comments: