Sunday, August 30, 2009
Kepala Lembu..Khairi
Setelah selesai PRU 12 bulan March 2008 yang lalu, Umno seakan-akan suami yang gila talak. Umno kononnya terpanggil untuk membela nasib rakyat lebih - lebih lagi untuk negeri-negeri yang ditawan Pakatan Rakyat. Pelbagai dakyah, tohmahan dan fitnah dijaja merata-rata terlebihnya oleh media-media pecacai Umno.
Segala bentuk fitnah dan tohmahan dilakukan keatas Pakatan Rakyat terutamanya kepada Negeri Selangor yang diterajui oleh TS Khalid melalui pecacai-pecacai mereka. Antaranya isu lembu zakat, isu YB Eli, isu arak dan terbaru isu kuil Hindu di seksyen 23 Shah Alam. Media pula seakan-akan gila memutar belitkan kenyataan - kenyataan pemimpin Pakatan dan melaga-lagakan mereka.
Semua ini adalah kerana Selangor merupakan nadi kepada pembangunan Malaysia. Selangor dibawah pemerintahan BN menyediakan sumber ekonomi yang besar kepada kerajaan persekutuan. Selangor memberi pulangan modal dan juga komisen yang tinggi kepada juak-juak mereka. Justeru itulah Najib mengisytiharkan bahawa BN mahu merampas kembali Selangor daripada Pakatan Rakyat. Setelah kerajaan Perak di rampas secara haram, kini mereka beralih pula kepada negeri Selangor.
Mutakhir, isu pembinaan kuil hindu dan perarakan 'kepala lembu' di seksyen 23 Shah Alam. Tidak mustahil jika ada dalang Umno dibelakang kontoversi ini. Umno sanggup melakukan apa saja untuk menjatuhkan reputasi negeri Selangor dimata rakyat pelbagai bangsa. Sentimen perkauman sudah sinonim dengan Umno dan mereka sudah berkali-kali menjadi talam dua muka. Lihat saja cara mereka berkempen semasa PRK Permatang Pasir, dihadapan pengudi Melayu, mereka sanggup mengatakan bahawa Melayu didalam Pakatan Rakyat sudah menjadi kuda tunggangan DAP dan diwar-warkan sebaliknya kepada pengundi Cina.
SAMA KAN ! KEBETULAN PULA
Dan, mereka bingkas bangun membantah perarakan 'kepala lembu' ini seakan-akan menunjukkan keperihatinan Umno dalam menangani masalah perkauman di negara ini. Khairi, seperti selalunya, orang yang pertama sekali membantah dan memberi komen bagi pihak Umno dengan harapan untuk memulihkan reputasi Umno dimata rakyat.Inilah Umno, cara politik yang 'tipikal' dan 'stereotype' ini telah lama dilakukan mereka bagi meraih simpati rakyat. Sebelum ini juga semasa isu arak, Khairi juga lah yang menjadi jaguh bagi pihak Umno mengeksploitasikan kenyataan-kenyataan Pas dan Dap untuk kepentingan Umno.
Wallahualam.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment