Semalam waktu balik dari kerja , hujan lebat mencurah - curah , lebat sangat sampai kekadang permandangan jadi kabur dan terpaksa aku memperlahankan kereta. Seketika , anak sulungku telefon, "Assalamuaikum..Abah...tolong beli face mask nak pakai kat sekolah!"...Mualim suruh ! ". Tersentak seketika, hujan yang mencurah - curah menginsafkan kita semua, akan rahmat ALLAH yang tak terhingga , membersih jerebu yang sudah berhari-hari menyelubungi ruang udara, menyempit pernafasan kita ..yang berhari-hari membatasi permandangan kita. Tapi...jumlah kematian yang meningkat kepada 12 orang pada kelmarin 5 Aug 09 kerana gejala virus H1N1 sepatutnya lebih menginsafkan kita.
Bala yang ALLAH turunkan kepada manusia seharusnya menjadi iktibar bagi kita bermuhasabah diri. Ujian Allah meliputi semua tak kira bangsa , agama dan pegangan hidup. Harus diingatkan, sesekali kita perlu diuji agar kita kembali kepangkal jalan. Jauh dilubuk hati, kita mestilah ada sedikit rasa bersalah mengenangkan segala noda dan dosa yang kita lakukan hampir setiap detik. Berbalik kepada wabak H1N1, kita seharusnya patut menyalahkan diri kita sendiri. Telah berapa lama kita bergelumang dengan isu babi , namun , sayangnya kita masih lagi tidak peka atau kita tidak ambil peduli daripada pengajaran lampau.
Wabak nipah atau SARS juga berasal dari makhluk ini, melanda 2-3 tahun yang lalu , langsung tidak kita ambil pengajaran darinya. Kita tidak mengambil tindakan drastik untuk menghalang penternakan babi yang tumbuh haram merata-rata. Kita tidak peduli langsung , ditempat majoriti orang Islam terdapat kandang babi. Tidak hairankan kita , di sesetengah tempat , babi lebih banyak daripada penduduk disesuatu kawasan? Dan kita tidak pernah ambil kisah perihal pelbagai pembongkaran yang dilakukan media mengenai pencemaran air minuman kita oleh najis babi , ataupun , ikan yang kita makan dijamu dengan daging babi.
Tidak hairankah kita mengapa Singapura yang mempunyai majoriti penduduk bangsa cina mengharamkan penternakkan babi? Namun di sini kita masih lagi terkial - kial mencari jawapan bagaimana hendak menghapuskan kandang babi haram di kawasan kita. Disini kita masih lagi takut untuk berhadapan dengan minoriti penduduk yang makan babi dan manghapuskan terus pembiakkan babi dikawasan kita. Semuanya adalah kerana tiket untuk kita menang pilihanraya?? Tiket untuk kita terus berkuasa, mengaut keuntungan sebanyak mungkin, sehingga sanggup menggadaikan maruah dan pegangan kita. Berapa lama lagikah kita sanggup menunggu , tak pelikkah , orang lain yang makan babi , orang lain pulak yang mati disebabkan babi???
No comments:
Post a Comment