Tuesday, August 18, 2009
Permatang Pasir..Perang Dah Mula Dah
Gendang perang sudah berbunyi di Permatang Pasir. Pekan Permatang Pasir yang selalunya boleh dikatakan kurang sibuk, semakin hangat dengan pelbagai ragam manusia. Walaupun beberapa hari ini hujan mencurah - curah ,kedinginan ini ditenggelami oleh kehangatan isu- isu lebih mendesak di Permatang Pasir.
Lalu lintas juga semakin sibuk sekarang ini, dengan kuda - kuda putih berselerakan hampir disetiap simpang. Kuda - kuda ini bersama-sama penunggangnya berlagak seakan raja di jalanraya sambil menjeling setiap penduduk yang berkopiah putih. Berapa banyak wang rakyat akan digunakan untuk menyediakan segala kemudahan - kemudahan untuk mereka ini kali ini...? Tapi yang pastinya, kehadiran mereka ini yang terlampau lebih jumlahnya menyebabkan rakyat lebih berasa gelisah.
Penamaan calon berjalan dengan lancar pada mulanya sehinggalah insiden yang berlaku antara YB Gobala dengan pihak berkuasa yang lebih menampakkan ketidakadilan pihak berkuasa. Hanya disebabkan beliau menggunakan 'hailer' beliau dilanyak oleh polis.Tv3 pula seakan gila berulang kali menayangkan insiden YB Gobala menampar polis, walhal , insiden dimana beliau digasak mereka sehingga seluarnya terkoyak tidak pula ditayang. YB GOBALA telah di kasari dan mengalami kecederaan yang serius.Kecederaan yang di alami seperti bengkak di bahagian dada dan lebam di bahagian rusuk,selain itu juga hasil daripada imbasan X-RAY menunjukkan terdapat keretakan tulang di bahagian tangan YB GOBALA,dada YB GOBALA turut terdapat kesan lebam. Itulah Tv3, yang hanya layak ditonton bila program bicara mufti disiarkan ataupun dimasa program Jejak Rasul.
Siapakah diantara Ustaz Salleh Man dari parti Pas ataupun En Rohaizat dari BN yang akan menjadi pilihan pengundi - pengundi Permatang Pasir, sama-samalah kita tunggu 25hb Ogos nanti. Pun begitu jika dinilai keperibadian calon - calon ynag bertanding, terbukti , dengan pengalaman yang ada sebagai PesuruhJaya Pas Negeri, maupun pengalaman sebagai Ketua Ulamak Pas negeri dan sebagai mudir Sekolah Agama, tidak dapat tidak Ustaz Salleh Man seharusnya mempunyai peluang yang lebih cerah untuk mempertahankan Dun Permatang Pasir. Sebaliknya, pemilihan En Rohaizat sebagai calon tercalar dengan kes perlucutan tauliahnya sebagai peguam akibat salah laku menggelapkan wang pelanggan. Jadi, secara rasionalnya, maukah penduduk - penduduk Permatang pasir mempunyai seorang wakil yang korup mewakili mereka?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment