Saturday, August 15, 2009

Media Pro Umno ....


Terbaru ... kecoh dan heboh 1Malaysia perihal kenyataan akhbar TGNA yang membenarkan DAP menghina Islam. Seluruh jentera kerajaaan , seluruh media kerajaan dan termasuklah seluruh pecacai-pecacai Umno bertungkus lumus menyerang TGNA.

Sekonyong-konyong lahirlah cendiakawan-cendiakawan agama yang tersohor membidas kenyataan ini. Termasuklah mantan PM kita Tun Mahathir, yang suatu ketika dulu mempersendakan hukum hudud, yang mempersendakan hukum Allah dan sehingga kini masih kuat menentang terbentuknya kerajaan negeri yang mahu mempraktikkan hukum-hukum Islam di Malaysia.

Dan secara tiba-tiba beberapa cendiakawan Islam berpihak kepada Umno dan beramai-ramai menghentam TGNA seolah-olah TGNA bertopengkan Islam untuk kepentingan politik. Walhal , apabila pemimpin Umno bertindak diluas batasan agama, tidak pula mereka bersuara. Apabila PM kita bertafakur dihadapan tugu, dan terang-terangan bertentangan dengan hukum Islam, tidak pula mereka bersuara. Apabila pemimpin Umno bersekongkol dengan MCA mengeluarkan pelbagai lesen arak , judi dan kelab malam , tidak pula mereka berasa terpanggil untuk menghalang pemimpin Umno.

Lupakah kita siapa yang menghalang undang-undang Islam dilaksanakan di Kelantan? Siapa pula yang begitu beria-ria menghalang hudud dan qisas di Terengganu? Tidak pula ada cendiakawan-cendiakawan ini dengan pantas bersuara menasihati Umno agar tidak menghalang undang - undang Islam ini dilaksanakan.

Menyorot kenyataan TGNA semalam , TGNA menjelaskan beliau bukan bermaksud untuk tidak membantah tindakan sebilangan pemimpin DAP yang menghina Islam seperti mana yang disiarkan di akhbar semalam.

Sebaliknya beliau berkata, beliau telah tersilap menggunakan perkataan ‘tidak salah’ dan perkataan yang sepatutnya dinyatakan ialah ‘tidak pelik’.

“Memang saya kata tidak salah pemimpin DAP menghina Islam. Tetapi maksud saya ialah tindakan pemimpin DAP itu tidak pelik kerana mereka bukan beragama Islam.

Tambahnya lagi ...

“DAP hina Islam itu, sebab dia bukan orang Islam. padan la kalau dia hina Islam. Sebab itulah, kita nak dedah Islam kepada rakyat, termasuk DAP, supaya mereka tahu Islam itu apa dia”

“Orang Islam yang tolak Islam itu, kerana apa?? Inilah yang dikatakan menghina Islam. bila orang islam sendiri hina Islam, padanlah kalau orang bukan islam hina Islam”

“kita nak dedah Islam kepada masyarakat. Sebab itulah, PAS bersama dengan DAP, supaya DAP faham Islam. kita guna wacana, forum, dan macam-macam. Lama-lama mereka faham lah islam”


Tetapi, bagi pihak media yang pro Umno, kesilapan sebegini amat dialu-alukan agar mereka dapat menggunakannya untuk kepentingan Umno itu sendiri. Jadi, memang benarlah apa yang diperkatakan tentang Umno, mereka akan melakukan apa saja yang terdaya untuk memutarbelitkan segala kenyataan TGNA dan mengeksploitasikannya untuk kepentingan mereka. Dan yang pastinya , perjuangan Umno untuk Islam hanyalah berupa kosmetik luaran sahaja.



No comments: