Tuesday, August 11, 2009

Permatang Pasir - Siapakah Jadi Pilihan ?


Haji Mohd Salleh Man

Menurut laporan Siasah Online , Pas Pulau Pinang menyenarai pendek 5 nama untuk dipilih sebagai calon Pas dalam pilihanraya Dun Permatang Pasir. Mereka adalah Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang , Ustaz Salleh Man , Timbalan Pesuruhjaya Pas II Mohammad Sabu , Timbalan Pesuruhjaya Pas III , Ustaz Rosidi Hussain, Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang Ustaz Husni Mat Piah dan bekas Pegawai Peribadi YB Hamdan , Syamsul Kamal Sahpie.


Ustaz Husni Mat Piah

Kesemua mereka yang tersenarai merupakan calon - calon terbaik untuk mempertahankan kerusi Dun Permatang Pasir ini. Dan persoalan siapakah diantara mereka yang akan terpilih yang akan diumumkan oleh pucuk pimpinan Pas Pusat , pada 14 Ogos nanti , haruslah diterima oleh pendokong - pendokong perjuangan Pas dengan hati yang terbuka.


Haji Rosidi Hussain

Didalam keadaan senario politik sekarang ini, dengan Umno kelihatan cukup bersedia dengan gerak kerja mereka, pemilihan calon haruslah menepati citarasa penduduk tempatan dan juga dapat diterima oleh pelbagai golongan masyarakat. Dalam keadaan Pakatan Rakyat didalam keadaan bertahan oleh asakan - asakan isu di kebanyakkan negeri -negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, diharap pucuk pimpinan lebih peka dan terbuka untuk memilih calon yang terbaik antara mereka.



Haji Mohamad Sabu

Kesemua calon yang terpilih mempunyai kelebihan masing - masing dan amat sukar bagi pucuk pimpinan membuat pemilihan.

Walau hanya seorang saja yang akan terpilih daripada 5 nama yang tersenarai, ahli - ahli Pas haruslah bersikap terbuka dan mengawal emosi masing-masing agar tidak terlanjur membuat kenyataan-kenyataan yang mempamirkan ketidaktentuan didalam parti Pas .


Yang pastinya , pucuk pimpinan Pas pusat akan memilih calon yang terbaik antara mereka. Justeu itu, sebagai pendokong perjuangan Islam , kita seluruh ahli Pas haruslah bersama-sama membantu sekudrat yang boleh di Permatang pasir untuk memastikan kejayaan berulang dan calon Pas akan dapat pertahankan satu-satunya kerusi Pas di Pulau Pinang. Yakinlah bahawa pucuk pimpinan Pas sedaya upaya menimbang tara calon yang terbaik dan yakinlah bahawa pemilihan calon nanti lebih bersifat keputusan menang-menang.



Takbir

No comments: