Wednesday, August 5, 2009

Kejahilan Melampau...

Keceluparan wakil rakyat Parlimen Jelutong dari DAP, YB Jeff Ooi amatlah mengecewakan seluruh umat Islam khasnya ahli PAS. Menyamakan mereka yang ingin menegakkan hukum Islam sebagai ekstremis tidak sepatutnya keluar dari seorang wakil rakyat yang dipilih rakyat termasuklah orang Islam.

Kejahilan mengenai Islam tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan berupa menghina. Lebih - lebih lagi jika yang mengeluarkan kenyataan tersebut mempunyai kenalan orang Islam dan sepatutnya lebih sensitif dan lebih peka dengan bertanyakan pendapat ataupun nasihat dari rakan Islam yang lain.

Kami ahli - ahli Pas berasa sungguh kecewa kerana kenyataan seperti itu boleh mengundang kegelisahan yang mendalam dalam meniti arus perubahan sokongan rakyat kearah Pakatan Rakyat. Beliau sepatutnya sedar batas - batas tertentu sebelum membuat kenyataan. Berada bersama dalam Pakatan Rakyat tidak bermaksud yang beliau mempunyai 'lesen' untuk menyuarakan pendapat mengenai agama Islam. Kesepakatan dalam menegak keadilan menentang kemungkaran BN tidak menjanjikan kebebasan penuh untuk mana-mana individu untuk mengeluarkan komen atau pendapat mengikut akal masing-masing mengenai agama Islam. Kita umat Islam tidak pernah memperlekeh mana - mana agama dan memberi kebebebasan penuh kepada penganut agama lain untuk menjalankan adat dan kepercayaan mereka dengan bebas. Justeru itu, sebarang komen mengenai agama Islam yang datang dari kejahilan seseorang individu adalah diluar batasan dan tidak dapat diterima, apatah lagi jika ianya datang dari orang bukan Islam. Mutakhir ini, seringkali kita dengar dan sedar akan kedayusan Umno yang memberi ruang yang cukup luas bagi parti komponen BN mengeluarkan komen-komen mencabar kedaulatan agama Islam dan sehinggakan orang Islam yang buta hukum - hakam Islam seperti Sister In Islam juga diberi lesen penuh untuk mempertikai hukum Islam sewenang-wenangnya. Jadi, janganlah kita anggap perkara sedemikian umpama memberi kebebasan kepada sesiapa jua untuk mempersendakan kepercayaan agama Islam.

Oleh itu , fahamilah keadaan sekarang, janganlah disebabkan kejahilan dan ingin menjadi jaguh kepada sesuatu bangsa, hak agama Islam tidak dijaga.
Sepatutnya, YB Jeff Ooi lebih bersikap rasional dan berbincang terlebih dahulu dengan rakan Pakatan Rakyat sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyinggung perasaan umat Islam di negara ini.

1 comment:

Anonymous said...

Salam saudara ku, saya amat bersetuju dengan pandangan saudara.Tetapi selaku ahli PAS saya teramat kecewa apabila tiada kempimpinan PAS Negeri mengeluar kenyataan mengecam Jeff Ooi.Sampai bila kita hendak menjaga perasaan mereka jika mereka tidak memahami kita.Ingat PAS memperjuangkan Islam.Jangan kerana takut hilang sokongan PAS jatuh tersungkur dlm PRU13 nanti atau PAS jatuh tetapi jatuh kerana mempertahankan ISLAM .Ayuh bangun pimpinan PAS Pulau Pinang,buat sesuatu supaya PAS dilihat oleh orang Islam Pulau Pinang sebagai satu jemaah yang mempertahankan ISLAM.Jangan sampai orang sebut " baik sokong UMNO,PAS pun sama aje !!.BANGUNNN...